Laventarine - 84

83 9 1
                                    

"Akak, akak ada tak kenal sesiapa nama Safiyyah Mawaddah? Maksud Fyn, selain dari kakak akak?" Safyna mula menyoal siasat. Oh tolonglah my Fyn, bukan seketul orang je ada nama macam itu kat dunia ini.

"Selain kakak akak? Hmm.. akak rasa tak ada pula akak kenal orang lain nama Safiyyah Mawaddah. Kenapa Safyna tanya macam tu?" Soalan dikembalikan.

"Tak ada apa. Saya ke sini sebab nak cari kubur orang nama Safiyyah Mawaddah. Kebetulan pula saya ada gambar arwah tu, and then bila nampak muka akak punya kakak, entah kenapa.. tapi saya rasa itu kubur orang yang saya cari. Kakak akak" terang Safyna. Dia terus mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

Kak Sab di sebelah teguk liur, uish terbayang pula kakaknya meninggal. Dia mengangguk dan memberi pemerhatian kepada pemanduan.

"Err.. saya nak tunjuk something. Tapi, mungkin bila dah sampai kat tempat yang sesuai. Macam kat rumah akak ke.." Gambar itu dikepal lembut kembali, Safyna menarik tangannya lalu diletakkan di sisi peha.

Terasa seakan-akan dunia berhenti berputar, kelopak mata Safyna perlahan-lahan dibuka. Pandangannya dilihat kabur dan lama-kelamaan ianya berubah menjadi jelas. Dia tertidur ke?

"Jom, Safyna. Kita dah sampai kat rumah Kak Sab" suara lunak itu bermain di gegendang telinga.

Safyna pandang orang sebelah kemudian pandang pemandangan di hadapannya. Dia sedikit buntu dengan apa yang sedang berlaku.

"Rumah Kak Sab?" Perempuan itu angguk.

"Dah, jom masuk. Safyna boleh rehat-rehat kat dalam" ujarnya lagi.

Pintu kereta dibuka, kaki Safyna menjejak lantai perkarangan rumah itu. Dia menutup semula pintu dengan berhemah lalu menapak mendekati pintu gril rumah.

Tidak sampai beberapa minit, pintu gril itu telahpun diselak ke tepi. Safyna mendahulukan tuan rumah untuk masuk dahulu, nampak biadap betul kalau dia yang masuk. Bercakap tentang siapa yang patut masuk dulu, tiba-tiba otak membuat sebuah biasan memori. Sebuah memori perit di antara dia dan Pak Zail.

Boleh dikatakan silap dia juga rasanya sebab main masuk saja, ataupun tidak. Sebab masa itu dia tak nampak pun kelibat Pak Zail itu kat luar rumah, dah masuk mungkin. Tunggu apa lagi, dia jejaklah kaki ke dalam rumah dan tak pasal-pasal kena tendang dari belakang sampai terhantuk kat besi gril.

Sebab itu sekarang ini, apa-apa perkara sahaja dia gemar dahulukan orang lain dahulu. Banyak je benda yang berlaku kat rumah tu tapi malas dia ulas.

Safyna perlahan-lahan menapak masuk. Salam diberi. Dia dijemput untuk duduk di sofa ruang tamu itu. Safyna akur, dia berjalan menuju ke arah yang disediakan lalu dengan penuh beradab melabuhkan punggung. Kepalanya hanya menunduk ke bawah, tetapi jangan cakap dia tak perasan semua benda dalam rumah ini.

"Safyna duduk dulu, akak pergi buat air okay" layanan itu membuatkan kepalanya mendongak naik.

"Eh tak apa kak. Tak perlu. Saya tak dahaga pun" bantah Safyna. Jujur anak tekaknya tak terasa nak terima tetamu baru.

"Tak apa.. akak sudi buat. Kejap eh."

Tak sempat Safyna menghalangnya, Kak Sabrina telahpun beredar ke dapur. Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Sebaliknya, belakang bandar disandarkan pada sofa itu. Tangan menyeluk kocek seluar, dia membawa keluar sesuatu. Gummy bear.

Plastik dibuka, jemarinya mengambil satu persatu coklat gummy bear itu. Ianya mempunyai pelbagai warna tetapi tetap rasanya sama saja. Bahagian bawah gummy bear itu digigit lalu ditarik sehingga terputus. Entah kenapa habitnya gemar makan dari bahagian punggung terlebih dahulu.

Mata redup Safyna galak menala pada karpet di bawah. Kepalanya sedang terbang ke alam lain. 1001 perkara sedang bermain di dalam otaknya sekarang. Lebihan gummy bear dikunyah kasar.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now