Laventarine - 10

319 39 1
                                    

"Fyn!"

Seraya itu tubuh Safyna dipeluk erat oleh Hannah. Terpegun seluruh badan Safyna dengan kelakuan Hannah yang secara spontan. Dia menggerak-gerakkan sedikit tubuhnya yang didakap erat. Physical touch, benda paling dia benci.

Safyna toleh kepala ke bawah.

"Kenapa kau ni Hannah?" Soal Safyna bersama kerutan di dahinya.

Hannah melepaskan pelukan, sayu dia memandang ke dalam iris mata Safyna di depannya. Bening mata dia juga agak terganggu.

Safyna pula sedang terpinga-pinga sendirian. Akibat penat, tak dapat dia menghadam jawapan disebalik air muka sahabatnya.

"Kenapa ni Hannah?" Soal Safyna.

Beberapa detik hanya kebisuan yang mengisi masa mereka. Hannah seolah-olah sedang berlawan dengan diri sendiri. Dia telan liur.

"Benda tu dah tersebar.." sayu nada suara Hannah ketika melafazkan perkataan tersebut.

Kedua belah kening Safyna kian bercantum. Dia langsung tak faham apa maksud Hannah sekarang ni. Ligat kepala otaknya cuba berfikir.

"Benda apa Hannah?!" Kata Safyna sambil memegang erat kedua belah bahu Hannah.

Jantungnya berdegup kencang, tak pasti sama ada boleh terima kenyataan yang akan dinafikan. Dapat dia rasakan ada badai akan melanda diri.

"Pasal kau dengan Cikgu Hayyan" gumam Hannah perlahan. Lalu buang pandang ke tempat lain.

"What?" Bagaikan angin suara gadis itu berucap.

Wajah Safyna berubah pucat.

Dan perlahan-lahan tangan Safyna jatuh dari bahu Hannah. Luluh sungguh jantungnya apabila dia dikejutkan dengan berita duka itu. Hampir terhenti nafasnya.

Tubuh Safyna tersandar ke pintu tandas. Kaki melemah. Akhirnya, dia terduduk sambil diiringi pelbagai perasaan. Sedih diganti marah, marah diganti kecewa. Perit ya amat.

Ya Allah, ujian apa lagi yang kau mahu beri ni Ya Allah?

Safyna raup muka lalu berpaling ke arah Hannah. Mahu berkata sesuatu tapi kotak suaranya bagaikan sudah lesap dan hilang fungsi.

"Fyn.. aku minta maaf. Aku dapat tahu benda ni dari mulut Asyraf. Dia terdengar kau gaduh dengan cikgu masa lalu dekat depan bilik guru. Lepastu tiba-tiba benda ni heboh. Habis semua orang tahu" Hannah menafikan perkara tersebut. Makin lama makin oktaf suaranya menghilang.

"Tapi aku percaya kau tak akan buat benda zina tu! Aku kenal kau, aku tahulah kau macam mana. Dekat 1 meter dengan laki pun kau dah melompat ni kan pulak.. ergh. Start kecoh sebab mulut masin mamat Asyraf tu. Tak padan dengan botak, ada jugak aku gesek guna kertas pasir! Boleh jatuh fitnah gila" bangkang Hannah sepuas-puasnya.

'Boleh jatuh fitnah' sebaris ayat itu membuatkan kepala Aya mengangguk setuju. Realitinya, dia difitnah! Dalam hati mengharapkan agar semua orang tahu perkara sebenar. Tapi alangkah peritnya, itu semua hanya berlaku di dalam mimpi.

Sepanjang perjalanan Safyna dan Hannah ke kelas, pelbagai versi cemuhan, soalan dan makian ditujukan pada dirinya. Baik senior, baik junior. Dua-dua memang kempunan nak rasa penampar khas.

Hannah di sebelah tak putus-putus menjadi manager kepada Safyna. Kalau dia rasa nak tolak, dia tolak. Nak hempuk, dia hempuk. Biar lah kena hadap cikgu disiplin sekalipun, kesah apa dia.

"Fyn, kau duduk sini. Aku nak ambil air jap" pesan Hannah lalu meninggalkan Safyna di tempat duduknya.

"Safyna! Safyna" beberapa suara budak lelaki menyeru namanya. Derapan kaki mereka seolah-olah sedang menuju ke meja dia.

Safyna malas nak alih muka. Dia terlampau penat sekarang ni. Baik luaran mahupun dalaman. Semuanya tak dapat diungkapkan.

"Pergh tengok ni. Juara pingat emas kita, Safyna Nadda" kata salah seorang dari mereka bertiga, Rayyan. Tangan kasarnya menongkat pada meja Safyna.

"Berani ek kau buat projek dengan cikgu sendiri? Hmm.." Fawaz membongkokkan sedikit tubuhnya supaya selari dengan paras si mangsa.

"Camne rasa? Sedap tak? Kalau tak, kita boleh recreate" berdentum gelak tawa mereka bertiga. Jenaka bagi manusia gila nafsu macam diorang.

"Badan kau dahlah mantap. Ada aku terkam juga kang."

"Untung Cikgu Hayyan hahahaha!"

"Rezeki jangan ditolak orang kata."

Bertubi-tubi Safyna diperlecehkan oleh mereka bertiga. Tiada siapa yang menghalang, malah lebih ramai orang mengikut serta sesi sexualising tersebut. Dia mahu melawan tapi jiwanya sudah terlalu penat nak menghadap.

BUK! BUK! BUK!

Bunyi pukulan kuat yang hinggap di tubuh seseorang membuatkan satu kelas itu segera berpaling. Kelihatan Hannah bersama botol air plastik ditangannya. Baru selesai mencederakan anak teruna orang. Mangsa yang bernama Irfan pula sedang mengerang kesakitan seperti cacing kepanasan. Padah bila mulut bercakap ikut suka.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now