Laventarine - 22

263 30 1
                                    

"Fyn, jom mandi kolah" ajak Hannah yang sedang mengeluarkan dua helai kain batik dari dalam almari bajunya. Kemudian perlahan-lahan berjalan ke arah Safyna.

"Mandi kolah? Macam mana tu?" Kedengaran budak moden sangat tapi realitinya memang dia tak tahu. Macam mana nak tahu kalau hidup pun lebih karam daripada kapal karam segi tiga Bermuda.

"Alah senang je. Nanti dah sampai dalam bilik air belakang tu aku ajar. Mandi guna kain batik tau. Best" ujar Hannah. Memang lah seronok, dah dia ada banyak pengalaman. Kain batik tona biru gelap dihulurkan kepada Safyna, gadis itu lantas menyambutnya.

Kain batik itu dibelek-belek, segala perincian yang dibuat menampakkan setiap titik peluh dan usaha perekanya. Cantik sangat. Mandi kolah? Dapat pengalaman baru. Tapi itu lah, nak mandi macam mana.

"Okay" dia akur.

Baru dia teringat sesuatu! Mata beralih semula pada wajah Hannah di hadapannya.

"Eh cop! Baju kecil aku macam mana? Aku nak sarung guna apa nanti?" Tanya Safyna bersama riak cuaknya. Takkan nak pakai benda yang sama, lagi-lagi seluar dalam, sanggup lagi dia tutup guna daun keladi.

Hannah meletuskan tawa kecil, mengundang sebuah tanda soal di dalam kepala gadis di hadapannya. Kedua belah kaki mula menapak ke pintu lalu berhenti seketika. Badan ditundukkan ke luar sedikit kemudian tangan menarik sebuah beg yang agak besar, badan kembali merujuk ke arah Safyna semula.

"Nah, buka lah" arah Hannah.

Teragak-agak Safyna mahu membuka beg tersebut, setelah disuruh sekali lagi, baru dia terhegeh-hegeh mahu buka. Apabila iris mata melihat pemandangan di hadapan, kepala terus pusing menatap wajah Hannah.

"Wei macam mana..? Macam mana kau boleh ambil barang-barang aku?" Mendatar serius persoalan yang diajukan. Tiba-tiba otak tak boleh berfungsi.

"Well this is Hannah. Everything is on her fingertips" selamba Hannah berkata-kata.

Safyna mengetap bibir, ada juga yang lunch kaki orang karang..

"Serius boleh tak?! Jawab lah, macam mana kau boleh dapat pakaian-pakaian aku tu?"

"Macam tu lah. Tuan rumah bagi izin, kita masuk. Settle" sejurus itu kedua belah bahu dijongket sedikit.

"Hannah Adira! Jangan main-main boleh tak?" Jerkah Safyna lagi.

"Ya Allah main apanya? Betullah. Rumah kau tu, pintu belakang tak berkunci, aku masuk je lah. Yang biul sangat tak kunci pintu dah kenapa? Nak sangat orang buat dajal kat rumah sendiri?"

Safyna tergamam. Macam mana pula pintu belakang tak berkunci? Selalunya pintu semua berkunci rapat. Tak kan lah Pak Zail balik lepastu masuk ikut pintu belakang? Tahu lah dah tua. Hm.. kalau ye sekalipun, mesti hancur Hannah dibuatnya. Kan? Wait!

Ikut logik akal fikiran, kalau Hannah yang ambil, sejak bila dia keluar pergi ambil?

"Hannah! Kau jujur!" Arah Safyna keras bersama jari telunjuknya menuding tepat ke arah Hannah. Tersentak gadis itu dijerkahnya.

"Apa?" Lagi nak tanya!

"How and when did you.." ayat itu saja dibiarkan tergantung.

Bagaikan faham akan maksud Safyna, Hannah mengangguk setuju tanda mahu memberitahu lalu berkata.

"Aku pecah masuk neraka tu. Nak tengok banyak mana setan yang terkinja-kinja menunggu kehadiran kau. Sekali aku cak terus semua diam. And then home sweet home.. let me do what I want! Terima kasih sangat-sangat kepada kepala batas sekor tu sebab memudahkan kerja aku, lain kali biul lah lagi, biar pintu belakang tu tak berkunci tak bermangga, kemaruk sangat nak bagi orang lain jenguk dalam rumah dia. Love your mind, Zail Harun. Haha.. eh jap. Sorry sorry, correction. Not me yang ambil but my bodyguard. Love you mister" sarkastik tak sarkastik kita tolak tepi. Nak sangat jawapan jujur, hah nah ambik!

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें