Laventarine - 68

85 16 1
                                    

"Assalamualaikum, abang dah balik" salam diberi.

Safyna yang hanya menjadi pengikut setia di belakang mula sumpah seranah dalam hati. Acah alim, pandai pula bagi salam setan ni!

"Waalaikumussalam" satu suara lunak menjawab salamnya. Tidak lama kemudian, muncul susuk tubuh wanita yang sedang berjalan ke arah mereka.

Terkedu dan terpaku Safyna melihat wanita itu. Cantik yang amat, bak bidadari orang kata. Rupa fizikalnya berjaya menarik perhatian Safyna. Dia terpaku pada mata wanita itu. Tanpa sebarang calitan kosmetik pun dia dapat menangkap hujung mata yang seperti disentuh eyeliner. Membuatkan ia tampak lebih tajam dan menarik.

Dari atas sampai bawah Safyna teliti, bukan niatnya mahu kritik tapi disebabkan terlalu cantik di mata dia. Tambah pula dengan keayuan dan kelembutan sebagai seorang wanita, erat dalam dakapannya mendukung seorang bayi yang comel. Terserlah aura keibuan. Argh, geram pula dia lihat bayi itu! Nak geget!

"Hayder sayang.. ihh comelnya.." hidung dilagakan dengan hidung kecil anaknya. Mereka saling bergelak ketawa, keluarga harmoni sangat.

"Oh ye, biy. Ni abang kenalkan pada awak, Safyna. Kalau awak masih ingat perkara.. hah awak tahulah kenapa saya bawak dia" ringan hati dia memperkenalkan Safyna kepada isteri kesayangan.

Safyna yang terdengar namanya diseru terus angkat kepala berpaling ke arah dua manusia tersebut. Senyum kekok dia ukir ketika bersemuka dengan isteri jejaka di sebelah. Wanita tersebut turut membalas senyuman, alahai manis betul.

"Abang bawa dia datang sini sebab dia kata nak minta maaf dekat biy. Dia rasa betul-betul menyesal. Abang sebenarnya tak nak pun bawa dia sebab abang takut yang biy sakit hati. Cuma.. bila orang dah sampai melutut, you know.. tak sampai hati abang nak biarkan" cekak leher terasa seperti diputar dengan spanar, teragak-agak Safyna berpaling.

Ya Allah, kau sabarkan lah hati hamba-Mu ini. Kalau tak kenangkan situasi dan hukuman yang akan ditanggung, 7 kaki ke bawah mamat ni dia tolak karang.

"Oh.. okay, saya faham" pendek wanita itu balas. Anak matanya meneliti Safyna yang sedang sibuk merenung lantai dan kaki.

"Safyna, ni isteri cikgu, Ashin. Yang comel tu pula anak cikgu, Hayder Andra" dia memperkenalkan kepada ahli keluarganya. Safyna dalam hati nak saja angkat kening tinggi-tinggi, siapa tanya?

"Kau orang berdua bincanglah apa yang patut. Saya nak naik atas pergi solat jap" Cikgu Hayyan minta diri sebelum langkahnya menuju ke anak tangga.

Kini, tinggallah Safyna dan Ashin berdua-duaan di ruang tamu rumah. Safyna sudah mula telan liur, janggal betul rasanya. Bebola mata bermain di sekitar tempat, tak tahu nak buka mulut macam mana.

"Safyna duduklah. Letak beg sekolah kat tepi sofa ke.. kat mana-mana je dulu" pelawa Ashin bersama senyuman manis yang diukir. Safyna angguk sedikit kepala, otaknya menyusun sesuatu.

Punggung perlahan-lahan dilabuhkan pada sebuah sofa berbentuk L setelah dipelawa oleh Ashin lagi. Wanita itu turut sama menyertai dia, bayi comel bernama Hayder tersebut diletakkan di sisi sang ibu.

"Nama penuh Safyna apa?" Lembut Ashin bertanya. Tergagap-gagap Safyna menjawab pertanyaannya, mereka memulakan sesi perkenalan antara satu sama lain.

"Safyna Nadda" tersenyum Ashin mendengar namanya.

"Cantik nama, macam orangnya. Ni mesti waris wajah ibu kan.." sebuah tawa kecil dihamburkan. Anak mata Ashin meratah wajah Safyna, membuatkan gadis itu makin menunduk ke bawah.

"Safyna duduk mana?" Dia bertanya lagi.

"Taman Bunga Mekar."

"Ohh.. acik tahu tempat tu. Err Safyna ada adik-beradik lain tak? Kalau Safyna ada, mesti Safyna jadi kakak atau adik yang baik. Yelah, tengok dari luar pun dah tahu macam mana orang-orangnya."

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now