Laventarine - 34

155 20 3
                                    

Safyna di dapur sedang sibuk menyiapkan pesanan yang telah dipinta. Separuh ikhlas dia membuatnya, ais di dalam plastik digenggam lalu dimasukkan ke dalam gelas tinggi yang berisi air sirap. Sampai tumpah-tumpah sirap itu dibuatnya. Ais banyak, air sikit, nak sangat sejuk kan, hah ambik!

Cerek elektrik diangkat lalu airnya dituangkan ke dalam gelas untuk membuat kopi pesanan Pak Zail. Hampir penuh gelas itu dengan air panas sahaja, biar terbakar mulut najis tu. Penutup merah dibuka, tangan hanya mengambil secubit besar gula di dalamnya lalu dimasukkan ke dalam air kopi. Panas tambah pahit, mantap. Pesanan sedia untuk dihidangkan.

Kedua-dua gelas dipegang kemas, Safyna mengatur langkah ke ruang tamu. Apabila mata terpandang aksi haram di hadapan, terus dia tundukkan pandangan. Ingat sweet ke peluk-peluk, pegang-pegang, cium-cium bagai? Rasa nak muntah adalah.

"Dah siap, minum lah" gelas diletakkan ke atas meja.

Kepala perempuan itu berpaling ke arah Safyna, pandang sinis. Apa? Nak gaduh? Dia mengambil pesanan sirapnya lalu disuakan ke mulut. Pak Zail turut membuat perkara yang sama. Safyna pula menjadi tunggul, kalau ikutkan hatinya, nak saja dia angkat kaki sekarang. Panas duduk sini lama-lama.

PUFFFF!

Bunyi orang tersembur mengundang perhatian si perempuan yang sedang duduk meribakan peha sang kekasih.

"Baby, kenapa ni?" Soalnya cemas. Tangan pantas menepuk-nepuk belakang dada Pak Zail, orang tua itu yang tersembur dan Safyna tahu kenapa.

Pak Zail geleng kepala, dia mendongak untuk melihat Safyna. Renungan sinisnya terbias sebuah kemarahan. Sebelah tangan mengelap air kopi yang masih tersisa, bibir dikemam kuat. Mungkin mahu hilangkan rasa melecur. Safyna tahan gelak.

"Kau ni memang sengaja, kan?!" Tempik Pak Zail

"Kenapa, baby? Apa yang bibik ni dah buat? Dia ada letak apa-apa ke dalam minuman you? Hah, be honest baby!" Tangannya naik memegang dagu lelaki kesayangan. Risau konon.

"Betina ni.. Kau memang sengaja buat air aku panas, kan?! Apa kau nak bagi mulut aku terbakar?! Kau memang tak serik lagi ke?! Pahit sial.." Pak Zail memainkan lidahnya di dalam, pahit yang mencengkam dinding mulut kian terasa.

Bibir Safyna naik menyinis, tangan yang sedang memeluk tubuh dikejapkan. Makan kau punya sedap tu! Kerana mulut, badan binasa. Balasan Tuhan.

"What?! Omaigad.. eh maid, are you sick? Biul sangat ke sampai air kopi pun kau tak boleh buat? Kau sengaja nak cederakan kami, kan? Apa niat kau sebenarnya hah perempuan?!" Badan mula bangun, dengan marahnya dia berjalan mendekati Safyna.

Safyna mengeluh, ni nak bertegang leher lah ni? Okay, faham. Tangan diluruskan ke bawah, kepalanya berpaling menghadap perempuan asing yang merangkap kekasih baru Pak Zail.

"Kalau ye, kau nak buat apa? Pukul aku? Tampar aku? Hah tampar lah, ni muka ni, tampar lah kuat-kuat! Nak bagi penumbuk pun tak apa. Aku dah muak lah dengan benda remeh macam tu" balas Safyna sambil jari telunjuknya menuding ke muka sendiri. Ye, dia cabar.

Perempuan itu mengetap rahangnya.

"Kau sebelum aku layang tangan aku ni betul-betul, lebih baik kau melutut minta maaf sekarang! Atau kau nak kena pijak macam haritu?" Sebelah kening dinaikkan, poyo. Dia cuba mengugut jiwa Safyna, tapi apakan daya, hati gadis itu sudah tawar dan muak. Entah daripada mana datangnya semangat berani ini, tapi itu kita tepis tepi dulu. Sekarang ni dia ada kerja yang nak kena hadap, layan perangai si nangka busuk.

"Tak. Nak. Aku mati hidup balik, tak mati-mati, tak hidup-hidup sekalipun, aku tak akan sanjung kaki longkang macam korang! Sebab tu pepatah mengatakan, kerana mulut badan binasa. Lain kali perangai buat cara orang ada agama, bukannya Islam atas IC je" sekali kelas Bahasa Melayu dia beri. Harap sangat lah melekat kat dalam kepala otak terencat tu.

Makin berang dibuatnya, terus sedas tamparan dilayangkan ke pipi Safyna. Kepala Safyna terteleng ke tepi, tetapi dia tidak mengadu kesakitan mahupun mengeluarkan air mata. Malah, bibirnya naik senyum. Terasa lah tu, baru tegur sikit nak protes. Cuba pasang ceramah agama, bukan takat protes, habis kena rasuk.

"Kau tak payah cakap macam kau tu beragama sangat! Satu hari berapa kali kau sujud? Lima je? Haha lemah! Orang agama tak main lima lah bodoh! Diorang tak gerak dari sejadah suci diorang tu.. tangan diorang main tasbih bukannya berus, slime. Aduh.. dik kau tak payahlah acah tahu agama sangat, munafik je lebih kau tahu? Religious people, so annoying!" Jari telunjuk kanan menunjal kepala Safyna. Gelak kecil diletuskan, lucu apabila orang seperti Safyna bercakap tentang agama.

"Sekurang-kurangnya aku berusaha nak perbaiki diri, mencari redha-Nya. Daripada tak ada langsung, kan? Aku tak nak tempah tempat duduk dalam neraka. Kalau kau batak sangat nak rasa, silalah.. teruskan. Wish you luck" anak mata bersabung dengan iris mata Pak Zail yang sedang merenungnya tajam. Tak sampai sesaat, dia kembali menatap perempuan di hadapan.

"One more thing, jangan perasan sangat yang kau tu selalu jadi pilihan pertama orang. Harap sangat kau tak selidik sebelum bercintan dulu. Hati-hati ye, takut esok lusa menangis tepi bucu katil" pesan Safyna, kata-katanya mengandungi maksud tersirat. Malas mahu layan dah, dia pusingkan badan ke belakang, mahu cau lu.

"Kau nak pergi mana?!" Rambut panjang Safyna ditarik kuat, terus belakang badannya berlaga dengan lantai. Perempuan itu memanjangkan tangan untuk mencekik leher Safyna.

Perdebatan mereka mengundang langkah Pak Zail, dia mendekati dua orang kaum Hawa yang sedang berlawan antara satu sama lain. Keluhan dilepaskan, dia duduk mencangkung.

"Sweetheart, apa barang you cekik?" Perempuan itu menolehkan kepalanya.

"Habistu you nak I buat apa?" Sedikit tinggi nadanya bertanya.

Pak Zail tersenyum.

"Air atas lantai tu, you rasa siapa yang nak bersihkan?"

Bagaikan ada mentol berkelip, cengkaman pada leher Safyna dileraikan sedikit. Mata menjeling Safyna di sebelah, terus tangan dipindahkan ke kepala gadis itu. Dia mencengkam kuat rambut Safyna.

"Nice idea, I like it, baby" sejurus itu kepala Safyna dihempas kan ke lantai, tempat semburan air Pak Zail.

Safyna cuba melawan, tetapi kepalanya ditekan kuat sehingga dia tidak boleh bernafas. Suara-suara yang sedang ketawa melintasi gegendang telinga. Betapa teruknya layanan orang sekeliling terhadap dirinya.

Sekarang ni kau seksalah aku sehingga ke tali gantung, suatu hari nanti akan aku pastikan kepala kau yang kena gantung.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now