Laventarine - 15

311 37 2
                                    

"Siapa kau?" Serentak suara mereka bertanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa kau?" Serentak suara mereka bertanya.

Mata Safyna disapa dengan susuk tubuh seorang lelaki. Berpakaian serba putih, sekilas pandang nampak macam jubah. Naik ke muka, iris coklat di balik cermin matanya sedang merenung tajam ke arah Safyna. Mungkin curiga dengan kehadiran dia yang secara tiba-tiba.

"Siapa kau?" Dia bertanya sekali lagi.

Safyna diam. Apa dia nak balas ni? Otak tiba-tiba sahaja mengalami kesesakan trafik. Dia cuba menoleh semula kepada lelaki di hadapannya.

"Safyna.. Safyna Nadda."

Lelaki itu mengangguk. Pandangannya dibuang ke tempat lain sebelum kembali bersuara.

"Sedap nama kau. Makna pun cantik. Bidadari yang indah seperti embun dan harapan. By the way nama aku Riza" sejurus itu dia berpaling ke arah Safyna lalu senyum nipis.

Teragak-agak Safyna mahu membalas. Rasa liat pula nak senyum. Macam mana lah boleh terserempak dengan orang lain ni. Ingatkan dia sorang sahaja.

"Apa kau buat dekat sini?" Soal Riza.

"Erm, entah. Aku sedar-sedar dah ada dekat tempat ni. Aku tak tahu macam mana aku boleh sampai. Tapi, yang pasti tempat ni.. bukan syurga atau neraka kan?" Ye itulah soalan pertama yang terlintas sejak dia mula mengecam dimana dia berada.

Syurga? Mustahil. Orang macam dia ini layak ke nak masuk syurga. Sudahlah baca Al-Quran pun masih tergagap-gagap. Entah bila nak khatam. Neraka? Tak mampu nak kata apa-apa. Alam Bunian? Tercipta sejarah macam ni.

Riza tergelak kecil. Rasa lucu dengan pemikiran Safyna. Entah ceruk mana jenakanya.

"None of them. Anggap je lah tempat ni sebagai tempat terapis. Jom lah kita duduk" ujar Riza. Badan dipusingkan ke belakang dan langkahnya mula bergerak.

Safyna lantas mengikut Riza dari belakang. Mereka berjalan menuju ke sebuah tempat. Sampai di tempat tersebut, hampir terkeluar biji mata Safyna apabila dia dilihatkan dengan sebuah pemandangan yang cukup menawan hati.

Di hadapannya kini terdapat sebaris pokok Sakura yang bertonakan merah jambu cair, besar dan mekar. Sesuai dengan warna bunga Lavender di sini. Gabungan merah jambu dan ungu memang termasuk dalam senarai warna kegemarannya.

"Dah puas tengok? Jom lah duduk sini" tengah-tengah dia terpukau lah ada orang menyampuk.

Safyna paling ke depan semula, nampak Riza sedang duduk di atas kerusi kayu berbumbungkan pokok Sakura itu. Tanpa berlengah lagi, dia berjalan ke tempat Riza lalu labuhkan punggung di sebelahnya. Dia di hujung kiri, Riza di hujung kanan.

"Cantik betul lah tempat ni. Saya suka sangat-sangat! Ada Lavender, Cherry Blossom.." kata Safyna. Sekejap aku, sekejap saya, hentam sajalah. Mata masih tak turun-turun dari melihat keindahan tempat tersebut.

"Let's talk about your existence here.. Cakaplah" pinta Riza seraya memandang ke arah Safyna.

Kepala Safyna toleh ke Riza. Riak mukanya bagaikan terpinga-pinga dengan soalan orang di sebelah. Nak cakap apa? Dia sendiri pun tak pasti bagaimana dia boleh sampai.

"Huh? Sorry, cakap apa? Saya tak faham lah" soalan dipulangkan.

Riza mengukir senyuman nipis sebelum ketawa kecil.

"Aduh lupa pula nak bagitahu.." Tangan naik menggosok belakang lehernya, memikirkan nasib diri yang pelupa.

"Welcome to Rz's Floret Herb, Safyna Nadda. A place where all your desires will come true. Anyone who steps here, it means that a wish needs to be fulfilled. Well, bukan sebarangan orang boleh datang sini. I guess.. you're lucky enough" jelas Riza bersama senyuman versi penyambut tetamu di bibir.

Safyna terpegun. 'Lucky enough' dia kata? Sikit pun tak rasa bertuah. Tak pernah-pernah dia terfikir ada tempat yang mampu tunaikan hajat. Dia pandang Riza atas bawah atas bawah. Masih kurang percaya dengan kata-kata lelaki itu.

Tiba-tiba rasa janggal tahap gaban, banyak persoalan bermain di minda sekarang.

"Seperti apa yang aku cakap, anggap je tempat ni as your therapist place. More than that, it's up to you, Safyna" ujar Riza lagi. Orang baru kalau masuk tempat baru mestilah bermacam-macam ragam.

Safyna angguk kepala. Rasanya dia lebih kepada pilihan 'terapis'. Boleh ke tempat dan orang macam ni wujud? Yang dia kenal selalunya bomoh. Tak pun cerita-cerita dongeng.

"You look so tense, Safyna. Share your problem with me, I know you're hiding something.. very heavy. Can you?" Pinta Riza, air mukanya berubah menjadi lebih lembut.

"Hah? Masalah? Saya mana ada masalah berat-berat. Hidup kan tak senang, mesti ada masalah, jadi saya rasa tak ada benda yang perlu saya kongsi. Tak apalah!" Safyna menafikannya.

Tipulah kalau dia tak mahu buka cerita. Cuma, dia sudah serik dengan benda sebegini. Terlalu ramai orang sudah menghancurkan perasaan dan kepercayaan dia. Mengingatkan perkara pahit tersebut, rasa nak teriak saja.

"Confess it, Safyna. When I ask things, it's not that I don't know the truth" nada suara Riza bersulam amaran tetapi masih lembut. Provokasi?

"Betullah, Raiz. Eh.. Riaz.. Riza. Razi? Apa-apa jelah. Saya dah cakap tak ada benda nak bagitahu, tak ada lah. Lagipun, awak tahu apa je?" balas Safyna, oktaf suaranya bagai menahan geram.

Riza menghela nafas panjang. Bukan dia saja-saja cakap bahawa dia sudah tahu perkara sebenar. Benda betul. Tapi dia mahu tahu lebih lagi tentang perkara tersebut daripada mulut tetamunya sendiri. Dia berdehem.

"Kau tak ada apa-apa cerita pasal Zail Harun?" Selamba Riza bertanya, hujung mata menanti reaksi tetamu perempuan di sebelah.

Bagaikan betul, Safyna yang sedang melana ke hadapan automatik berpaling muka ke Riza. Nak jatuh rasanya apabila nama orang tua itu terpancul daripada anak tekak Riza. Mata disepetkan tajam, macam mana dia boleh tahu tentang Pak Zail?

Suspicious.

"Siapa.. Zail Harun? I don't know him" masih mahu berdalih.

"Jujur saja lah, Safyna. Kau dah separuh nyawa hidup di bawah telapak seksaan neraka dia. You had enough. Aku tak paksa kau, tapi masalahnya aku tahu benda sebenar. I just want you to tell me and confess" jawab Riza lagi.

Safyna rasa bagai terperangkap. Bukan dia tak mahu tapi bila nak cerita, banyak benda yang menjadi bentengnya. Kepercayaan, takut untuk meluah dan sedarah dengannya. Berpasir lidah mahu buka mulut.

Terbayang-bayang seraut wajah bengis lelaki tua itu kalau dapat tahu tembelangnya terbongkar. Mahu pecah diri dia kena kerja nanti. Tanpa sedar, jari-jemari mula menguis-nguis kuku sendiri. Refleks tubuh.

"Come, let's have some tea. Cuaca makin sejuk, panaskan diri awak dekat dalam nanti" bagaikan tahu keraguan yang menyelebungi Safyna, dia mengajak tetamunya masuk ke dalam rumah.

Sejurus itu mereka berdua bangun dari kerusi kayu tersebut, berjalan ke kanan untuk pergi ke rumah Riza.

Sa nak bagitahu, maaf lah kalau nama Riza ada tertukar jadi Raiz Razi sebagainya. Author sendiri pun jadi confuse dengan nama dia. Ingatkan diri Riza Riza Riza je.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now