Laventarine - 75

85 13 0
                                    

SEORANG PELAJAR MENEMUI MAYAT CIKGUNYA DI DALAM BILIK STOR SUKAN

BERKAITAN : Seorang pelajar perempuan menemui sekujur tubuh mayat yang merupakan cikgu sekolah tersebut dalam keadaan tragis. Pelajar sekolah yang berumur di antara 15-16 tahun itu berkata..

KEADAAN MAYAT :
Terdapat kesan kelaran yang panjang pada leher mangsa, beberapa torehan dalam di segenap tubuh dan kesemua jemari mangsa telahpun dipotong. Bahagian dalam mulut dipenuhi dengan pasir bersama beberapa ketul najis haiwan dan bibirnya koyak bagai ditoreh hingga ke telinga. Pihak polis juga menemukan kesan torehan mata pisau berbentuk nombor 9 pada kedua belah tapak tangan si mangsa.

♪♪♪♪

Cukup mata membaca tentang keadaan mayat terus tangan renyuk surat khabar itu lalu dihempaskan ke atas lantai. Belakang badan disandarkan pada dinding putih lalu dia tekup kepala dengan kedua belah tangan. Cuba mengatur nafas yang bersepai habis akibat kejutan di bilik stor kemarin hari.

Safyna naik kedua belah kaki separas dengan dadanya. Hela nafas berat sambil mulut terkumat-kamit membaca zikir, selawat, Ayatul Kursi dan sewaktu dengannya. Goyang badan ke depan ke belakang, benda sama diulangi setiap detik. Apabila mata kembali melihat pemandangan asli, dia jegil pada lantai. Melana tepat padanya.

"Lailahaillallah.. Lailahaillallah.." itu saja yang bermain di bibir.

"Hayyan.. pembunuh.. Hayyan.."
"Pembunuh.. mati.. mati.. Hayyan.. mati.."
"Hayyan.. mati.. Hayyan.. pembunuh.."

Kehadiran suara-suara aneh yang asyik mengulangi perkataan sama sedikit sebanyak membuat Safyna terkesan. Sejak dari kejadian itu, bisikan halus tersebut galak menghantui diri dan mindanya.

Sehingga dia sendiri tidak dapat bezakan sama ada ianya hanya berlegar di dalam minda atau permainan telinga sahaja. Tetapi, hati lagi jauh memenangkan bahawa bisikan itu ialah sesuatu yang nyata. Dalam sekelip mata, episod paranoid seketul Safyna mencanak naik.

Dia senang berasa curiga dengan setiap benda di sekeliling. Tak kira hidup atau mati. Nak lakukan sesuatu benda pun rasa terbatas. Bagaikan diri ini diperhatikan oleh semua orang.

Kerana dia yang menjadi saksi pertama, dia terasa seperti semua orang termasuk pihak atasan sedang merancang sesuatu yang buruk terhadapnya.

'Kalau ada orang fikir aku ni pembunuh? Macam mana? Aku pembunuh?' Bisik minda Safyna. Dia terus geleng kepala beberapa kali. Kuku dibawa ke bibir dan Safyna menggigit kecil kuku jemarinya.

Sudahlah hampir semua orang benci akan dia, tak hairanlah kalau mereka boleh tuding jari terhadap dirinya atas kes kematian Cikgu Hayyan Eskandar.

"Safyna? Safyna?" Suara tersebut kedengaran kian jelas di gegendang telinga, membuatkan Safyna tersedar dari lamunan sendiri. Dia menoleh ke arah sang penyeru itu, terpacak sebuah figura yang amat dikenali. Hannah.

Jarak mereka tidak jauh beza, Hannah berdiri sambil menegakkan payung kelabu di sisi. Tadah air mata langit yang sedang menangis bak banjir.

Safyna perlahan-lahan berpaling dari sahabatnya yang sorang itu, entah kenapa dia tak lalu nak berhadapan dengan wajah Hannah. Kembali melana pada titisan air yang turun menghempas permukaan keras tar.

Hannah perlahan-lahan mendekati Safyna, dalam diam dia memberi khidmat payung sekali. Jelas terbias sesuatu di mukanya. Dia duduk mencangkung di sebelah Safyna, menatap wajah sahabat baik sendiri bagai tiada hari esok. Menanti akan sesuatu.

"Apa kau buat kat sini, Fyn? Kan hujan sekarang ni.." Hannah mula buka topik perbualan.

Gadis di sebelah hanya geleng kepala sedikit, kepala ligat tunduk memandang simen keras. Diam seribu bahasa bagai pita suaranya sudah tidak lagi berfungsi.

"Fyn.. are you okay?" Safyna angguk kepala, nampak betul bohongnya! Hannah mencebik nipis lalu mara beberapa langkah kecil ke arah gadis itu. Tangan kanan menjalar ke tapak tangan Safyna, dia selit jemarinya di balik jemari Safyna lalu genggam erat.

Tatap muka bersama ekspresi serius

"I smell that the flower didn't bloom today or even the previous days. Did the flower lover miss something? Or the plant was sabotaged by a fool?" Mulut sudah mula buka hujah, mengharapkan jawapan munasabah dari sang penerima soalan.

Tetapi apa yang diterima hanyalah gelengan kepala dan bunyi suara hujan. That's not what I want my friend!

Nafas dihela, Hannah merapatkan lagi jarak mereka dan terus tangannya sambar rahang Safyna lalu ditarik bagi menghadap wajahnya. Iris mereka berdua bersabung tidak sampai beberapa saat sebelum Safyna memutuskan ia. Laju saja dia mahu berpaling dari Hannah tapi gadis itu lebih cekap, tangan dikejapkan pada rahang agar Safyna tidak dapat bangkang.

"

Tell me, my dear. What's up with you lately? You've been looking strange since coming back from greeting your enemy's corpse. Apa kau terkejut sangat yang mamat tu dah mati?" Sambung Hannah lagi, banyak benda dia agakkan dalam pikiran.

Tiada balasan.

"Safyna, please. Don't be like this, I don't want this kind of response. I want to hear your voice. Kita ni dah jarang bercakap and lepas je kes tu then zzupp you became a mute."

Deja vu, benda sama berulang kembali. Safyna masih selesa mengunci mulutnya, hanya jemari yang sibuk menguis-nguis badan kawan sendiri. Dia geleng kepala terus menerus sambil kedua belah mata berkelip dan jegil.

Mengundang reaksi pelik dari wajah sahabatnya, mata Hannah perlahan-lahan turun ke bahagian bawah leher Safyna. Jelas seluruh badan gadis itu menggigil akibat kesejukan.

Baru nak teruskan percakapan tapi dia bataskan sahaja, sebaliknya payung diletakkan dahulu lalu tanggal jaket yang tersemat menutupi tubuh. Hannah memberikan jaket itu kepada Safyna, gadis itu kelihatan terkebil-kebil sambil memandangnya. Skarf yang berbelit bagai ular sawa di leher turut diserahkan pada cik gadis itu.

Hannah capai payungnya kembali dan berdiri semula. Bersama sekuntum senyuman manis di bibir, sebelah tangan dihulur ringan kepada Safyna.

"Dah, bangun. Let's go to somewhere and have some fun. I miss my blooming flowers and I myself will make them bloom" penuh nekad dia bersuara di balik nada lembut tersebut. Janji seorang sahabat karib yang diutuskan oleh Allah.

Sorry bosan chapter ni I'm out of my mind but I can't stop writing and thinking

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now