Laventarine - 4

341 45 1
                                    

Berus lukisan diketuk-ketuk pada permukaan cawan yang berisi air. Kemudian calit semula ke dalam cat hitam. Mata kerling papan lukisan di hadapan, sayu mata Safyna memandang karya seninya yang masih belum siap.

"Apa benda lah aku lukis ni?" Tanya Safyna pada diri sendiri.

Disebabkan tema yang diberi ialah pemandangan dan manusia, jadi dia mengambil keputusan untuk mengukir sebuah bayangan lelaki di waktu malam. Jujur dia tak terfikir pun sebelum tu, hanya idea tersebut tiba-tiba datang dalam fikiran.

Kini dia sedang menyiapkan pemandangan dan perincian rumah yang masih memerlukan beberapa sentuhan. Walau bagaimanapun, Safyna masih tidak dapat menjiwai lukisannya. Dari awal sehingga sekarang. Dia rasa kosong sahaja. Tak ada apa-apa yang menarik. Mungkin disebabkan karya tangannya masih belum siap, tapi.. entah. Kosong.

"Wow awak lukis apa tu?" Seseorang menyapa.

Terkejut Safyna dibuatnya apabila suara garau itu melintas pendengarannya. Dia toleh ke tepi, Cikgu Hayyan. Safyna ukir sebaris senyuman.

"Entah lah cikgu. Saya buat ikut suka je" balas Safyna lalu tumpuan kembali fokus pada lukisannya.

Cikgu Hayyan di tepi mengoyakkan senyuman manis. Dia mula mendekati Safyna dan lukisannya, iris mata coklat tua melilau ke sekeliling bilik seni tersebut. Kemudian paling semula pada Safyna.

"Awak cepat-cepat siapkan tau. Saya nak tengok sebelum balik nanti" pinta Cikgu Hayyan.

Safyna menganggukkan kepala. Tapi dia sendiri tak jamin lukisannya akan siap dalam masa terdekat. Cikgu Hayyan pula minta sebelum balik. Jadi ini bermakna dia perlu cepat siapkan lukisan seperti yang dipinta.

"Okay, cikgu" pendek jawapan diberi.

Sejurus itu, Cikgu Hayyan beredar dari tempatnya dan pergi mengelilingi murid-murid lain. Safyna hela nafas panjang, otak ligat mencari idea baru untuk ditambahkan pada lukisannya. Pokok dah buat, batu dah buat, rumput dah buat, apa lagi ye.

Setengah jam kemudian, pelajar-pelajar yang lain sudah mula mengemaskan beg dan alatan-alatan mereka. Menandakan waktu balik telah tiba.

Safyna pandang kiri kanannya. Dia mula cuak. Semua dah angkat punggung masing-masing, boleh dikatakan hampir satu kelas sudah keluar dari bilik seni. Dia pula masih terkedek-kedek dengan lukisannya yang separuh siap. Tinggal suku bahagian saja lagi.

"Fyn, cepat buat. Aku tunggu kat bawah" pesan Hannah separa berbisik sambil menggalas beg biru tuanya.

Safyna angguk kepala tanda faham. Tak hiraukan suasana keadaan, dia lantas calit cat biru gelap pada papan lukisan. Atas bawah atas bawah berus digerakkan. Sudahlah tinggal dia seorang sahaja dalam bilik sekarang.

Tup!

Bunyi pintu ditutup membuatkan Safyna angkat kepalanya. Kelihatan Cikgu Hayyan sedang menutup daun pintu bilik seni. Berkerut dahi Safyna melihat kelakuan Cikgu Hayyan.

Takkanlah dia tak tahu aku ada dalam ni?

"Cikgu! Cikgu! Jangan tutup pintu, saya belum siap lagi!" Kata Safyna bersama ekspresi muka cemasnya.

Cikgu Hayyan pusing tubuh ke belakang. Dia senyum pada Safyna lalu kaki menapak ke tempat gadis itu.

"Awak ingat apa? Saya tak adanya nak kurung awak lah. Saya tau awak tak siap lagi, pintu tu saya tutup siap-siap. Senang" seraya itu dia tergelak kecil.

Safyna ketawa bersalah, tangan menyelinap masuk ke dalam tudung lalu lehernya digosok-gosok. Aduh apa lah dia ni. Cuak betul.

"Nak saya tolong awak?"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now