Laventarine - 53

119 22 7
                                    

Jam hampir menunjukkan pukul 5:30 petang. Bagaikan tak percaya betapa cepatnya masa berlalu, rasa macam baru sahaja dia berkenalan dengan rumah Ridzwan. Cadang mahu buat kerja sekolah tapi boleh pula masuk topik teroka seluruh rumah. Pemurah betul hati mamat ni.

Ketika Safyna melayan gelak ketawa bersama Ridzwan dan Tuan Aashon, dari hujung matanya dia dapat melihat kelibat Puan Sara sedang menghampiri mereka sambil menatang dulang di tangan. Safyna mengukir senyuman manis kepada Puan Sara. Usai langkahnya memijak lantai gazebo tersebut, dulang diletakkan ke atas meja.

"Minumlah, ni makcik ada buatkan air teh herba dan blackcurrant. Ni scone makan dengan jem strawberi, sedap" pelawa Puan Sara kepada Safyna dan keluarganya.

Pinggan yang berisi makanan bernama scone itu diletakkan ke atas meja. Terkebil-kebil mata Safyna melihat hidangan petang yang berupa seperti roti keras tersebut, tak pernah lagi dia lihat makanan macam itu. Jem strawberi yang berada di sisi pinggan menjadi pelengkap rasa. Apa nama natang ni tadi?

"Terima kasih Cik Sara" bibir naik menguntum senyuman. Puan Sara hanya menganggukkan kepala, dulang ditarik rapat ke dada lalu badannya dipusingkan ke belakang untuk berlalu pergi.

"Mama nak pergi mana?" Ridzwan yang baru menarik cawan kaca itu terus bersuara.

Puan Sara menoleh apabila terasa bagaikan ada orang menyerunya. "Hantar dulang ni jap!"

"Tak payahlah! Setakat hantar dulang tu bila-bila masa je boleh, mari sini duduk dengan kami. Dulang tu campak je mana-mana, bie bukan bibik nak kena layan orang macam tu" kali ini kedengaran suara Tuan Aashon pula berbunyi.

Puan Sara geleng kepala sambil tersenyum. Dia hanya menidakkan kata-kata suaminya, apa sangatlah hantar dulang ni.

"Tak apa lah. Saya okay je abang ni.."

"I said no, bie.. Come with us."

"Eh Ya Allah orang kata tak apa.. hantar dulang je pun abang ni. Bukannya pergi buat dulang."

Tuan Aashon tetap geleng kepala.

"No and still no. It's just a waste of your time. Come sit with us or I make you!" Penuh mendatar dan authority. Puan Sara akhirnya akur, dia menapak semula ke gazebo tersebut lalu mengambil tempat di sebelah Safyna.

Tuan Aashon dan Puan Sara memandang satu sama lain, mereka bagaikan sedang berbicara dalam minda. Entah apa yang dilakukan sehingga Puan Sara tersengih lalu menghamburkan tawa. 

"Safyna! Hah ni air teh untuk kau. Kau tak kesah kan kalau minum yang herba punya? Atau kau nak tukar dengan blackcurrant aku?" Suara Ridzwan memecahkan momen manis di antara pasangan harmoni itu. Dia sengaja berbuat sebegitu, meluat pula tengok mereka berdua selamba ber-lovey-dovey di hadapan mata remaja sekolah. Seriously, in front of my tea?!

Terkejut akan persoalan yang tiba-tiba, Safyna hanya mengatakan tidak kepada Ridzwan. Dia tiada masalah kalau mahu minum apa-apa jenis teh. Asalkan dapat isi tekak, sudah. Berbalik semula kepada hidangan aneh yang sedang menunggu untuk disentuh, Safyna perlahan-lahan mengambilnya.

"Ini.. apa tadi?" Malu sebenarnya nak tanya.

"Itu scone. S. C. O. N. E. Makanan dari Scotland. Orang selalu makan benda ni dengan jem dan krim. Cara nak makan dia.." Tangan mengambil satu scone berbentuk bulat untuk dijadikan bahan video tutorial nya. "Cara nak makan dia, belah tengah benda ni, lepastu ambil jem dengan krim salat dekat atasl. Macam makan roti. Sedap, cuba lah."

Safyna cuba mengikut ajaran Ridzwan. Agak susah ye nak belah benda ni, rasa mahu baling masuk dalam sangkar Orang Utan! Sehingga Ridzwan menghulurkan bantuannya tapi dia menolak, kalau hancur scone ni sekalipun, lantak lah. Selepas percubaan yang entah keberapa kali, akhirnya Safyna dapat juga membelah roti keras itu, bangga jap.

"Hahaha, okay lah tu. Nah, salut dengan krim dan jem strawberi" mahu cerlung mata Safyna apabila dia ditertawakan. Sudu kayu dipegang lalu jem strawberi diambil penuh, ia diratakan ke atas scone tersebut. Krim dicalit sedikit memandangkan dia bukannya penggemar krim sangat.

Scone dibawa ke mulut lalu dikunyah perlahan. Bulat terus mata Safyna akibat kenikmatan makanan yang dia rasakan. Sedap gila, nak makan banyak-banyak lah macam ni.

"Sedap?" Soal Ridzwan, tanpa segan-silu lantas kepala Safyna mengangguk laju.

Akibat mempunyai akal yang terlalu bijak, dia pergi sumbat satu scone besar itu ke dalam mulut. Gelojoh punya Safyna, sampai muncung bibirnya akibat mulut dipenuhi dengan makanan petang itu. Sedang dia menikmati kesenangan hidup, tiba-tiba perbuatannya terhenti.

Perlahan-lahan kepala berpaling memandang Ridzwan, matanya hanya memerhati perbuatan selamba minta sumbat kaki yang dilakukan. Ridzwan, lap mulut Safyna, mulut dia. Dah kena pandang pun masih buat. Pala hotak dia lah nak lap lap bibir anak orang!

Setelah terasa kerjanya sudah selesai, Ridzwan menarik tangannya lalu senyum kepada Safyna. Buat macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Apabila anak mata mereka bersabung, jelingan tajam Safyna dihadiahkan.

Tuan Aashon dan Puan Sara yang hanya memerhati sejak dari tadi perlahan-lahan menarik bibir ke atas. Tersengih-sengih. Bukan tolong nak berhentikan. Ingat sweet ke?

"Oh ye, tadi pakcik ada call, dia nak datang sini" celah Puan Sara.

"Sekejap lagi dia sampai lah tu. Tengah on the way."

Kepala-kepala yang berada di situ hanya mengangguk. Baru Tuan Aashon mahu membuka mulut, tiba-tiba telefonnya berdering. Terserlah nama seseorang di situ, ikon hijau digesek ke tepi lalu diletakkan ke telinga.

"Hah ye, bagi dia masuk. Maklum kat dia, kami tengah minum petang dekat gazebo" ujar Tuan Aashon sebelum beberapa saat telefon dimatikan kembali.

"Dia dah sampai."

Puan Sara mengangguk kepala. Mereka terus berbual seperti biasa, Safyna pula hanya melayan karenah keluarga itu. Berada di antara mereka membuatkan diri Safyna terasa selamat. Sungguh, keluarga Ridzwan amat baik dan pemurah. Tak sombong dengan pangkat dan harta yang dimiliki.

"Assalamualaikum Bang Aashon, Kak Sara!" Kedengaran suara seseorang melaung daripada jauh.

"Paan!"

PUFFF! Air teh yang baru mahu memasuki kerongkong terus dihambur keluar semula apabila mendengar nama seseorang yang tak akan pernah padam dalam akal fikiran.

Dia tak salah dengar, bukan?

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now