Laventarine - 52

107 20 0
                                    

"Tau lah aku ni berbakat dalam video tu, tapi aku rasa lebih baik kau tumpukan perhatian dekat projek kita juga. It needs your attention too" Safyna toleh kepala. Matanya bertemu dengan iris mata Ridzwan. Lelaki itu sedang memandangnya bersama sebatang pen yang dikepitkan di antara jari telunjuk dan jari tengah.

"Alah, bukan selalu" alasan Safyna. Bibir mendengus lalu jaraknya didekatkan ke arah kertas A4 itu.

"Cool do kau main. Sempurna gila aku dengar." Pujian mula dihamburkan. Ridzwan memutar bebola matanya.

"Semua orang tahu" jawapan paling berlagak di abad ini.

"Eleh, baru puji sikit nak perasan lebih. Bagi aku tengok dulu cover kau yang lain, baru kau boleh move a step."

"Tengoklah kau. Tengok banyak-banyak. Boleh tambah view aku."

"Nyehh.. lepas siap ni aku nak kau tunjuk kat aku. Mana tau ada guna something ke nak buat suara jadi elok. So let me hear in analog bec-"

"Tha xari na cea hnu? (Apa yang kamu buat?)"

Kata-kata Safyna mati. Dia terdiam, rasanya dia ada terdengar bahasa selain daripada Bahasa Melayu tadi. Atau telinga dia yang perlukan khidmat rawatan.

"Mimi xari hrk khae thkarban (Tak ada apa, buat kerja sekolah je)" suara kedua berbunyi tetapi boleh dikesan siapa pemilik asalnya.

Kepala berpaling melihat orang di sebelah, sebelah kening terangkat apabila dia menyaksikan kontroversi dua beranak dalam bahasa yang tak akan pernah dia faham. Entah apa yang dibualkan, malas nak ambil tahu. Bila lubang telinga dibesarkan, tak silap dia ini mungkin Bahasa Thai.

Safyna sambung menulis, sesekali dia menangkap ketawa yang diletuskan oleh Ridzwan. Orang yang dia bual bersama buat jenaka kut. Tak pernah pula dia tahu mamat ni ada darah kacukan.

"Ini lah Safyna ye?" Dengar nama diseru terus kepala diangkat untuk melihat ke arah sang suara.

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an sedang menuju ke arah mereka berdua. Ini mesti ayah Ridzwan.

"Ye, saya" senyuman dipancarkan meskipun agak kekok juga.

"Kamu berdua tengah buat kerja sekolah ye. Tak apalah, pakcik tak nak ganggu" ujar lelaki tua itu bersama sebaris senyuman. Badan dipusingkan ke belakang untuk menapak ke arah pintu.

"Ayah nak pergi mana?" Soal Ridzwan.

"Nak pergi beli makanan jap. Kamu nak apa-apa, kirim dalam WhatsApp je nanti."

"Okay!" Laung Ridzwan kuat. Dia sambung memberi perhatian terhadap benda di hadapannya.

"Aku tak tahu pun kau ada kacukan. Thai pula tu" Safyna bersuara.

"Sekarang dah tahu" selamba saja jawapan dia.

Entah perkara apa mahu dibualkan lagi, pasal drama kegemaran dah tanya, kebanyakannya mamat ni gemar kdrama, berjela senarai tajuk dibaginya. Menyanyi sudah, lagi apa? Pasal kehidupan dia? Tak terlalu personal ke?

"Lagu kegemaran dan artis kegemaran?" Baru dia nak buka mulut, Ridzwan sudah memotong. Masalahnya, dia mahu beri soalan yang sama juga.

Soalan jenis minat ni lah susah untuk diterangkan. Meskipun dia tiada telefon bimbit kepunyaan sendiri, tetapi minat dia terhadap sesuatu bukan kaleng-kaleng. Kalau telefon sudah sampai kat tangan, dia akan gunakan ia dengan betul.

"Aku pun, tak tau nak cakap apa. Sebab banyak sangat, sampai aku jadi tak tahu nak cakap apa hahaha. Okay okay, aku boleh kata aku minat Chase Atlantic, The Neighbourhood, Cigarettes After Sx, Melanie Martinez, Lana Del Rey, Keshi, Arctic Monkeys, Conan Gray, Doja Cat, Ariana Grande, Billie Eilish.. aku tak berapa nak ingat sangat tapi yeah itulah favourite aku" tersengih-sengih Safyna ketika menyebut nama-nama artis yang diminati.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now