Laventarine - 28

184 27 3
                                    

Nafas berat dihela perlahan. Badan yang tidak bermaya dibiarkan terbaring lemah. Sungguh dia lali, tersangat lali dengan semuanya. Kehangatan bilik membuatkan badan yang tidak dibaluti seurat benang itu kian berpeluh. Kini seluruh tubuh Safyna hanya dipenuhi dengan kesan tanda khusus dari Pak Zail.

Luka libasan dan tekapan besi panas yang masih berdarah membuatkan Safyna semakin tidak dapat menahan matanya daripada terus terbuka. Kelopak mata semakin memberat, rasa pedih dan perit semakin menyelubungi diri, mulut juga tangan tidak berhenti menggigil.

Sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada kawasan rumah Hannah, sekaligus sebuah penumbuk hinggap di wajah Safyna sehingga gadis itu tersembam ke atas jalan tar. Itu baru diluar, belum lagi dirumah.

Apabila mereka tiba di rumah, semakin teruk penyeksaan dan penderaan yang dihadiahkan kepada Safyna. Dilibas, ditekup besi panas, segala batang paip diangkat tinggi-tinggi, kelakuannya terhadap seorang remaja yang tidak bersalah itu tersangatlah tragis dan melampaui batas. Ianya berlangsung sehingga hampir satu jam setengah.

Safyna sudah penat menangis, air matanya telah kering. Darah yang terdapat di sekitar mukanya seperti sudah berhenti mengalir dan kering. Dia betul-betul pasrah, jauh di dalam hatinya mengharapkan agar nyawa ini segera ditarik. Sampai bila lagi dia perlu menghadap segala kekejaman dan penindasan yang kian mematikan jiwanya? Dia penat, nak tidur dan tak mahu bangun sampai bila-bila.

Pandangan menjadi kelam dan kabur, nafas seakan-akan mahu berhenti dan kelopak mata mula memberat. Akhirnya, Safyna perlahan-lahan menutup kedua belah matanya.

.......

"Safyna! Kau ke tu? Safyna! Nad! Nadda!" Laung satu suara asing.

"Safy- Gosh, what happened?! Safyna, you're not dead yet, right?! Stay awake, don't leave me. Aku tahu kau kuat, bertahan!" Tanpa basa-basi, lelaki itu terus mencempung tubuh Safyna yang sudah tidak berdaya. Sekali pandang, mahu orang ingat mayat siapa yang terdampar ni.

Beberapa minit setelah dibiarkan berehat, jari-jemari Safyna terlihat bergerak semula. Dia kembali bernafas seperti biasa dan sebaik sahaja kelopak mata dibuka, Safyna terus bangun dari perbaringan. Otaknya menjadi kelam secara tiba-tiba, lantas tangan dibawa naik ke kepala.

"Arrghh..! Sakit-" adu Safyna. Mata dikelip-kelip kan untuk beberapa kali. Apabila pandangannya menjadi jelas, otak dan mata cuba mengesan tempat yang sedang dia duduki. Tempat asing tapi agak familiar.

"Aku kat mana ni?"

"Safyna! Kau dah sedar! Uish lega aku tengok kau hidup balik. Risau gila aku tadi" lelaki asing itu memegang sebelah dadanya sebagai tanda dia lega.

Kening lebat Safyna makin mahu bercantum. Berkerut-kerut dahinya melihat lelaki itu.

"Macam mana kau kenal aku? Kau siapa? Apa kau buat dekat aku? Kau siapa?!" Tempik Safyna seraya dirinya cuba mengesot untuk membaham orang di hadapan mata.

Tanpa dia sedar, kain coklat yang menutupi tubuhnya semakin londeh ke bawah. Safyna yang baru perasan akan keberadaan kain itu terus menghalang ia menggunakan kedua-dua belah tangan. Mahu terbuntang matanya apabila melihat diri sendiri dilitupi dengan sehelai kain sahaja. Di hadapan lelaki bukan mahram pula tu. Mahram tak mahram, kalau macam ni lah keadaannya di hadapan mana-mana jantina, malu kuasa dua mendadak naik sampai boleh hilang darah.

"Arghhh..! Apa kau yang dah buat dekat aku! Mana baju aku! Ya Allah habis berdosa aku Ya Allah!" Mata Safyna mencerlung garang sambil memandang tepat ke arah lelaki asing itu.

"Safyna. Takkan kau tak ingat aku kut? Weh- speechless! Ni aku lah, Riza! Welcome to Floret Herb? You don't remember?" Kedua belah tangan didepakan sedikit. Safyna berkerut melihat dia, dia berkerut melihat Safyna.

Safyna terkedu, otaknya tak mampu nak mengingati apa-apa hal sekarang ni.

"Haah aku tak ingat dan tak akan ingat! Kau buat apa dekat aku? Bagi balik baju aku kalau tak aku jerit sampai satu tempat ni dengar! Bak!" Dengan muka bengisnya, dia menadah sebelah tangan secara ganas. Mahu kan haknya balik!

"Aku tak buat apa-apa pun. Dah first-first aku tengok kau terdampar sambil tayang badan seksi penuh luka, terus lah aku pergi jenguk. Aku seret kau balik lepastu rawat, you better be grateful and thankful! Nasib pakai baju dalam dengan singlet.." nada diperlahankan pada hujung ayatnya.

Rahang Safyna jatuh ke bawah apabila mendengar setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut Riza. Serta-merta tangan dikejapkan untuk menghalang pandangan lelaki itu dari terus menjalar. Walaupun anak mata Riza hanya menala pada wajahnya, tapi.. lantak lah! Rasa tak selamat pula, bukannya boleh percaya sangat lelaki ni.

"Kau jantaaann.. pusing! Pusing belakang! Kau keluar dulu!"

"Terima kasih mana?"

"Tak ada. Kau.. pusing! Aku kata pusing! Pu.. pusing! Eyes off now!" Arah Safyna disela-sela gagapnya. Jari telunjuk diputarkan sambil menuding ke arah Riza.

"Okay okay! Tukarlah kau, nak tutup pandai-pandailah guna baju ke tuala dalam almari tu. Eii dah lah terima kasih tak cakap, aku tuntut okay! Pakai elok-elok, luka kau tu lembut lagi" pesan Riza kepada Safyna. Sebaik pintu ditutup, dia menyambung bebelan merapunya.

Safyna menghela nafas panjang. Ketika badan mahu rebah semula, dia mendesis kesakitan lalu tangan ditarik ke belakang badan. Dia meraba-raba sekeliling tempat itu dan kulitnya bersentuhan dengan kapas lembut yang telah dilekapkan. Ada juga parut yang mula menimbul, pedih apabila tangan terkena kawasan itu. 

Tepis semua ke tepi, sekarang ni dia perlu bergerak untuk menyarungkan sehelai baju pada badannya yang terdedah. Memikirkan bagaimana cara Riza merawatnya, sungguh dia rasa seriau semacam! Selepas ini dia perlu betulkan semula otak yang sudah tak centre. Sumpah dia tak ingat apa-apa benda pasal lelaki asing itu, tak apa Safyna nanti kau boleh korek dalam-dalam.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now