Laventarine - 69

92 15 0
                                    

Setibanya di rumah, Safyna terus membuka tudung. Pakaiannya tidak diganti, malas. Nak mandi pun malas. Ye, sememangnya dia malas. Tak ada motivasi dan tenaga mahu buat perkara-perkara sedemikian. Belakang badan disandarkan pada tikar getah tersebut. Mata melihat suasana biliknya yang tidak ubah seperti sebuah stor.

Hanya ada stand mirror di atas sebuah laci kecil kayu. Cerminnya menghadap siling di atas, selalu sangat tukar arah. Pandang ke sisi laci, nampak pula beberapa kotak bersaiz agak besar yang menempatkan pakaiannya. Tak mainlah almari-almari ni, kita pakai kotak kain je biarpun agak berhabuk. Rak buku sederhana saiz pemberian pakcik kedai runcit ditenung untuk beberapa saat sebelum dia menarik semula pandangannya.

Safyna katup mata, entah mengapa perasaannya berasa kosong dan hiba. Sepatutnya kini dia berasa gembira dengan apa yang sudah terjadi di rumah Cikgu Hayyan. Tiada apa yang mampu dia ungkap mengenai perasaan. Ianya kosong tanpa sebarang cahaya. Terang menjadi gelap, gelap menjadi pudar tanpa sebarang imbasan.

Tikar getah adalah tempat dia tidur pada siang mahupun malam hari, hanya ini yang dia mampu beli dengan wang sedia ada. Memori demi memori terimbas kembali, dimana waktu dia masih bersekolah rendah dan sudah berkerja.

Hanya menjadi sebagai tukang bawa barang di sebuah kedai runcit, balik sekolah je terus pergi. Jenuh juga tetapi semuanya dipersetankan. Gaji pun agak lumayan walaupun sesetengah masyarakat akan memandang rendah terhadap jumlah wang itu. Apapun kita kena bersyukur. Dengan hasil itulah dia dapat membayar yuran sekolah, barang sekolah, makan minum, keperluan harian dan sebagainya. Nak harapkan malaun tu, nak gelak je.

Apa yang dia terima daripada Si Dia hanyalah makian cacian pukulan dan seangkatan. Penat-penat balik buka saja pintu terus kena layang kerusi. Apa yang terjadi selepas itu agaknya orang pun tahu. Kadang-kadang itu, duitnya pernah dicuri. Sampai berdarah dia cuba mempertahankan wang tersebut. Hadap pula isu buli di sekolah dan desakan para guru.

Kehidupan dari kecil sehingga sekarang, tiada beza. Hanya masa yang berlalu, tetapi tidak pada jiwa yang berduka. Tidak kira sehingga mencecah berapa dekad serta abad sekalipun, itu hanyalah masa yang berlalu. Apa yang sudah bercampur tidak akan dipisahkan dengan mudah.

Tanpa sedar air mata jatuh di sisi, sampai bila kau nak macam ini Safyna? Tolonglah..

"Hoi!" Suara lunak itu membuatkan tubuh Safyna tersentak, hampir saja dia terkena heart attack. Badan dibangunkan separa.

"Wah wah wah sedapnya kau baring kat sini! Dah balik lambat terus baring nak tidur. Apa? Penat? Penat sangat ke sekolah kau tu?" Bersama tangan bercekak di pinggang, dia berkata.

Safyna kerut dahi.

"Aku ada masalah banyak dengan kau. Kau bangun sekarang, perempuan. Aku dah lama geram dengan kau ni!" Tanpa mukadimah apa-apa terus Arla menarik Safyna untuk bangun. Terkial-kial gadis itu menyusun langkah.

Dia menarik Safyna menuju ke dapur. Tak sempat Safyna mahu berbuat apa-apa tindakan, terus dia ditolak kasar sehingga belakang badan terhempas keras dengan meja batu. Buka mata, Arla menyumbat masuk kain buruk ke dalam mulutnya lalu sebuah tamparan sedas dilayangkan ke wajah Safyna. Tangan memegang pipi yang terasa pijar, kain buruk dalam mulut cuba dikeluarkan. Bermacam rasa.

Tak sempat mahu diluahkan keseluruhan, Arla menampar kepalanya pula. Kain buruk itu ditekan kuat ke mulut Safyna sehingga hampir membuatkan gadis itu lemas. Kedua belah tangan Safyna terkial-kial mencengkam tangan Arla, kuku menguis-nguis kulit wanita itu.

"Kau ni memang perempuan gila! Betullah apa orang cakap! Kau ni pembunuh!" Mulut Safyna ditekan dengan lebih kuat diiringi bersama cekikan pada batang leher.

"Pembunuh! Banyak masalah! Baik aku matikan kau sebelum kau buat kat aku!" Dengan kudrat yang ada dia menyalurkan tenaganya untuk membuat Safyna mati. Tak duduk diam kaki Safyna meronta-ronta meminta agar dilepaskan.

Baran yang menguasai diri tidak sampai ke tahap kepuasan, dia kemudian bangun lalu kaki kanan memijak-mijak kepala Safyna. Kakinya ditekan kuat ke kepala gadis itu, kelopak mata Safyna dikatup akibat rasa sakit yang mencanak naik.

"Kau kalau nak aku biarkan kau hidup.. bagi aku apa yang aku nak dulu" kaki diluruskan.

Safyna tidak berkata apa-apa. Sebaliknya, dia hanya diam dan menahan sebak akibat sakit yang menimpa. Tidak melawan kerana mahu lihat sejauh dan seteruk mana benda ini pergi.

"Aku nak.. kepuasan."

"Selagi kau hidup, selagi tu nyawa kau bawah tapak kaki aku. Biar aku sendiri yang lumatkan nyawa kau hidup-hidup. Setiap saat kau dekat rumah ni, jangan harap kau boleh tidur lena. Harapkan duduk pun aku tak bagi, tahu? Sundal murahan!" Sejurus itu sedas kaki dihayun kuat menyepak kepala Safyna. Sehingga terhantuk dia dibuatnya.

Kerusi diambil lalu dicampakkan ke tubuh Safyna, belum cukup lagi jag berisi air panas disiram ke tubuh. Peralatan dan barangan dalam rumah dijamah dengan erangan kesakitan Safyna. Tubuhnya menggelupur akibat terasa seolah-olah dibakar hidup-hidup. Arla mencapai pinggan kaca di rak perkakas lalu dibaling ke arah Safyna. Bunyi kaca berderai melintasi cuping telinga.

Wanita itu masih dalam mod barannya, dia bergegas menerpa ke arah Safyna lalu duduk mencangkung di sisi. Serpihan kaca dikutip, pandang wajah Safyna yang sedang berperang dalam kesakitan. Sebuah senyuman sinis terukir di bibir, tangan gadis itu diambil lalu lengan baju disentengkan ke atas. Arla gigit bibir bawah dan terus menusuk kulit lengan si mangsa dengan kuat. Tusuk, gores, segala corak abstrak dia ukir di anggota badan Safyna tanpa ada rasa berdosa walaupun sebesar zarah.

Anak mata Safyna hanya menutup erat dan dahi berkerut menahan sakit. Gelak tawa dan kata-kata kesat yang keluar dari bibir orang sebelah perlahan-lahan masuk ke otak.

Ya Allah, ibu..

"Kau.. hamba aku, faham?"

Sedar tak sedar, sesi penyeksaan itu berlangsung selama hampir satu jam. Diheretnya Safyna ke bilik air lalu kepala ditekan ke dalam baldi biru yang berisi air. Batang paip dijadikan alat untuk melibas di mana-mana anggota badan mangsanya. Setiap detik dan minit Arla menjiwainya. Senyuman dan tawa tidak lekang dari bibir.

Sehingga satu saat, Safyna dibiarkan dalam keadaan yang agak tragik tanpa mengenakan sehelai baju. Dari kepala sehingga hujung kaki, hanya dipenuhi karya seni wanita itu. Lebam, goresan, torehan, tebuk dan seangkatan dengannya selesa melekat di badan Safyna.

Kelopak mata hanya dapat dibuka sedikit akibat lebam teruk, pandangannya pudar melihat siling tandas.

"Ibu.." anak mata melana pemandangan di atas. Dalam keadaan yang separuh sedar, bibir menguntum kecil sebuah senyuman sinis. Kelopak mata perlahan-lahan ditutup dan dia lena beradu di dalam kegelapan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now