Laventarine - 78

70 12 1
                                    

Safyna merenung tingkap kaca di hadapannya. Dia masih keliru dengan apa yang telah terjadi.

"Macam mana kau boleh pengsan?" Tanya Hannah sambil tangan ligat mengacau air kopi.

"Itulah.. macam mana aku boleh pengsan?" Itu jawapan Safyna. Hannah yang mendengar terus toleh kepala ke belakang.

Aik, kita tanya dia, dia tanya kita balik?

"Tak aku tanya.. Macam mana kau boleh pengsan?"

"Itulah.. macam mana aku boleh pengsan?" Bibir mengulangi ayat sama.

Mereka berdua saling berpandangan, Hannah geleng kepala melayan karenah sahabatnya itu.

"Lama ke aku pengsan?"

"Lama. Dari semalam sampai pagi ni."

Safyna angguk kepala perlahan. Dia membuang pandang pada katil sebelahnya yang kosong. Beberapa detik kemudian Hannah melabuhkan punggungnya pada tempat kosong tersebut.

Penat nak memikirkan perihal tersebut. Sudahlah dia tak dapat ingat sebarang perkara yang telah terjadi. Kepalanya terus sakit dan berdenyut sebaik saja buka mata tadi.

Penatlah tiap-tiap hari macam ni. Asyik sakit kepala ngan lupa benda je. Adakah ini tanda-tanda dia menghidap penyakit Alzheimer? Ya Allah minta-mintalah dijauhkan.

Kerana pikiran sudah sesat dan buntu, Safyna perlahan-lahan mengubah posisi. Dia melentokkan kepala pada peha Hannah. Dongak dagu ke atas untuk melihat sisi bawah sahabatnya itu.

Hannah yang sedang leka menghirup kopi terus menunduk ke bawah. Dapat dirasakan ada seseorang tengah memerhati dirinya. Pandangan mata mereka bersabung. Safyna yang sudah kantoi lantas melarikan anak mata.

Itu sememangnya berjaya menarik hujung bibir Hannah naik menyinis. Dia letak cawan kopi ke atas meja laci di sisi. Tangan dibawa mendarat pada rahang Safyna. Dengan pergerakan yang sederhana per kilometer jam di abad ini, dia menarik rahang Safyna supaya menatapnya.

Sekelip mata sahaja mereka bertentangan mata sekali lagi. Posisi sebegini sedikit sebanyak menarik senyuman nipis Safyna. Pipi dan telinganya perlahan-lahan berubah tona.

"Don't buy me gifts, I feel bad about it" seraya itu jari telunjuk Safyna naik menyentuh pipi Hannah. Dia melakar corak abstrak apa entah pada muka sahabat sendiri.

"Fuck off" balas Hannah lembut.

Mereka berdua bantai gelak setelah itu. Tak tahu apa yang lucu, tetapi masing-masing boleh terhibur sendiri. Jari telunjuk Safyna gerak bermain ke sekeliling bibir Hannah. Makin lama mereka sebegini, makin selesa dibuatnya.

"Let's go out. The weather is nice today" pinta Safyna seraya memecahkan kebisuan di antara mereka berdua.

"Sure" mestilah dia setuju saja. Hannah menangkap tangan Safyna lalu mengusap-usap lembut. Dia gesel pipinya pada tapak tangan Safyna, umpama seekor kucing.

"Takkan nak keluar busuk-busuk macam ni. Pergi mandi lekaih (cepat)" dia menepuk sedas lengan Safyna.

"Tak nak. Biarlah busuk, sapa je nak dekat dengan aku?"

"Eh kau, pergi je lah mandi. Cepat! Sebelum aku join kau mandi sekali kang!" Nada suara Hannah seakan-akan mahu ketawa ketika berkata-kata. Bahananya, terus dia disepuk oleh Safyna.

"Ghisau!"

Usai mandi dan siap mengenakan pakaian, kini tiba masanya untuk touch-up terakhir. Saja dia memilih gaya yang serba neutral dan gelap. Jaket hijau gelapnya diperbetulkan sedikit. Safyna tatap balik diri pada pantulan cermin di hadapan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now