Laventarine - 19

238 31 3
                                    

Pintu bilik gerakan diselak perlahan, Cikgu Zaleha bersama dua orang pelajarnya ikut masuk ke dalam. Kelihatan ekspresi wajah manusia-manusia di situ bagaikan sudah lama tertunggu-tunggu dengan kedatangan tetamu utama mereka.

"Zaleha, kenapa bawak pelajar lain masuk?" Soal Cikgu Mikael sambil memandang ke arah Hannah di balik figura guru perempuan tersebut.

Bergilir-gilir Cikgu Zaleha memandang Hannah dan rakan sekerjanya. Dia menarik nafas panjang sebelum buka cerita.

"Oh, ini Hannah. Dia kawan sekelas dengan Safyna. Datang sini sebab katanya nak jadi tukang bela si Safyna. Kawan baik orang kata.."

Cikgu Mikael angguk kepala setelah mendengarkan penjelasan Cikgu Zaleha. Dia berdecit.

"Macam mana boleh masuk sini? Bukan ke kita dah bincang yang.. pelajar lain tak dibenarkan sertai mesyuarat?" Soal Cikgu Mikael lagi.

"Tulah, saya dah larang. Tapi nak buat macam mana, dia sendiri jumpa pengetua lepastu dapat izin." Kata Cikgu Zaleha sambil berjalan menuju ke tempat duduknya.

"Boleh pula macam tu eh. Tukang bela lah konon, padahal kawan je" gumam Cikgu Mikael sendirian. Tapi ianya tidak boleh menandingi ketajaman telinga lintah Hannah, sepantas kilat jelingan gadis itu menusuk tajam ke arah tukang cakap tersebut.

"Tak sedar diri punya jantan" Hannah balas balik dalam nada perlahan. Kalau ikutkan hati dia, mahu saja dia laung kuat-kuat.

Mereka berdua langsung menapak ke tempat duduk di sebelah Cikgu Zaleha. Posisi Safyna berada di tengah-tengah manakala Hannah mengisi ruang kosong di tepi.

Beberapa detik kemudian, muncul seorang lelaki separuh usia menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Encik Saiful selaku pengetua sekolah. Dia mengambil tempat di barisan hadapan sekali sebelum bercakap serba sedikit tentang mesyuarat yang akan berlangsung.

"Okay, jadi kita boleh mulakan" Encik Saiful beri kata putus.

"Pihak mana yang nak mula dulu?" Kedua-dua belah pihak dipandang. Akhirnya, Cikgu Hayyan mengangkat sebelah tangannya.

"Cikgu Hayyan, sudi kah cikgu menceritakan semula tentang apa yang sudah berlaku?" Pinta Encik Saiful. Lelaki berjawatan guru itu angguk kepala setuju.

"Benda ni berlaku beberapa hari yang lepas. Waktu tu saya bawa pelajar-pelajar kelas ni pergi masuk bilik seni. Kami pun buat lah aktiviti macam biasa. Jadi nak dipendekkan cerita, masa tu tinggal saya dan Safyna dua orang je. Waktu dia tengah siapkan lukisan, dia panggil saya. Ajak saya duduk sebelah dia, jadi teman borak. Saya pun setuju je lah, takkan tak boleh nak sembang dengan anak murid sendiri, kan? Kami borak-borak kosong, saya pun adalah juga bantu dia siapkan kerja sebab saya nak kutip hari tu juga. Bila dah siap.. benda tu mula berlaku" perlahan-lahan kepala menunduk ke bawah, konon terasa perit mahu buka cerita. Mod lakonan bermula!

"Bila saya nak bangun, dia tahan saya. Dia mula raba-raba saya, pegang gaya seksual. Waktu tu memang saya panik habis, Safyna ni dah kenapa, kan? Saya larang dia banyak kali sebab.. yelah. Saya ni dah berkahwin, berkeluarga, tak manis lah kalau buat benda tak senonoh dengan perempuan lain. Lagi-lagi kami ni hanya sebatas guru dan pelajar. Memang tak masuk akal kan."

"Dia goda saya. Bila saya tolak, dia ugut nak bunuh keluarga saya pula. Banyak ugutan maut dia bagi, benda tu memang buatkan saya macam.. jadi tergugat lah. Dia suruh saya pilih antara nyawa atau maruah. Jadi benda tu.. berlaku. Bila dia dah puas, dia pukul saya, cederakan saya lebih lagi. Ya Allah.. hanya Allah je tahu betapa sakit dan rapuh saya masa tu" bergetar suaranya ketika menceritakan kejadian tersebut.

"Sumpah saya cakap saya tak rela langsung. Fikiran saya ingat anak bini dekat rumah je. Saya rasa jijik sangat-sangat dengan diri sendiri. Saya bukannya tak lawan, saya lawan. Tapi entah macam mana hari tu saya jadi lemah sangat-sangat.." muka Cikgu Hayyan berubah merah padam. Air hangat di tubir mata mula mengalir setitis demi setitis.

Lakonannya mengundang riak simpati orang sekeliling kecuali Safyna dan Hannah. Rasa jijik dan menyampah memang tahap gaban. Tak boleh diungkapkan.

"Ni bukan palatao dah ni palabuto eh jantan ni.. ada aku tarik telo jadi cheese ball kang" gumam bibir Hannah perlahan. Membuak-buak rasa meluat dia.

Lantas kepala berpaling pada Safyna di sebelah, jelas kelihatan bahawa gadis itu sedang menggenggam erat buku limanya. Naik ke muka, anak matanya bagaikan sedang berjanji sesuatu.

"Wah! Sangat menarik! Apa nama tajuk cerita?" Hannah menepuk-nepuk kedua belah tangannya sebelum menggenggam satu sama lain. Bersertakan senyuman sinis, satu persatu manusia dalam bilik mesyuarat itu dipandang penuh makna. Apabila pandangan jatuh pada Cikgu Hayyan, mata dikecilkan.

"Are you done? Dah habis drama air mata palsu kau tu? Ok then let's go to our part. You people need to hear both sides!" Arah Hannah seraya memberi kata putus. Encik Saiful yang melihat hanya menarik nafasnya sebelum membuka mulut.

"Ye, betul tu Hannah. Awak sebelahkan pihak Safyna, kan? Okay jadi sila lah cerita. Kita perlu bertindak adil ye, dengar cerita kedua-dua belah pihak dulu" Encik Saiful ikut setuju.

Hannah toleh ke arah Safyna sekali lagi, tangannya diselitkan ke dalam jari-jemari Safyna yang sedang menggigil-gigil kegelisahan. Memberi sokongan kepada sahabatnya.

Safyna kumpul nafas sebelum membuka cerita bagi pihaknya. Dari bermulanya kejadian dimana dia sedang melukis sehinggalah ketika dia hampir diperkosa oleh guru kelas sendiri. Habis tunggang-langgang tatabahasa apabila kepala mengimbas kembali setiap detik kejadian tersebut.

"Hmm.. cerita yang berlainan tapi masih berkait dengan isu ni. Cuma saya tak pasti cerita dari pihak mana yang betul" ujar Encik Saiful seraya menggaru dagunya.

"Cerita Safyna cikgu!" Sahut Hannah dari tempat duduknya sampai terangkat punggung dari pelapik kusyen biru itu. Mengundang pandangan insan-insan yang berada di situ, serta jelingan Cikgu Hayyan dan Cikgu Mikael.

Encik Saiful pandang ke arah Hannah, lama dia melana pada gadis itu. Seakan-akan mencari sesuatu. Hannah pula buat reaksi tak tahu sahaja.

"Okay, Hannah. Saya nak tanya, kenapa kamu jamin sangat yang kawan kamu tu tak bersalah? Kamu ada dekat tempat kejadian tu ke? Kamu nampak semuanya ke? Cuba cerita sikit" arah Encik Saiful sambil memandang tepat ke arah Hannah.

Hannah berdehem.

"Saya jamin yang kawan saya ni tak bersalah. Dia mangsa. Saya jamin" bersungguh-sungguh gadis itu menafikan. Safyna di sebelahnya sedari tadi hanya berdiam diri.

"Saya berani angkat sumpah depan raja, cikgu" angguk bersama muka nekadnya. Kedua belah kening bertaut dan bibir dicebik nipis sambil angguk kepala perlahan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now