Laventarine - 9

323 38 2
                                    

"Kamu bernasib baik sebab pihak sekolah tak libatkan polis dalam hal ni. Ikutkan hati saya, nak je saya buat macam tu" ujar Encik Saiful selaku pengetua sekolah itu.

Safyna yang setia menjadi tiang terpacak di hadapan Encik Saiful hanya menadah telinganya. Diam sejak dia menapak masuk ke sini. Pandangannya redup melana lantai bilik pejabat.

"Tapi saya tak tahu lah apa hukuman yang Cikgu Hayyan nak bagi. Saya serahkan semuanya dekat dia. Benda ni berat awak tau tak, Safyna? Melampaui batas!" Sambungnya lagi sambil mata tak lepas memandang Safyna di hadapan.

Safyna tarik nafas, rasa tak cukup oksigen setiap kali bercakap pasal cikgu pedo tu.

"Tergamak awak buat benda terkutuk tu Safyna. Lepastu datang sekolah dengan muka tak bersalahnya. Paling hebat sekali awak putar belit cerita kononnya awak lah mangsa sebenar. Tapi awak silap, Cikgu Hayyan lebih pantas dari awak. Eh sedarlah sikit pangkat awak tu hanya sebatas pelajar. Jangan kempunan nak lebih-lebih. Tindakan awak tu tak ubah seperti seorang pelacur! Perosak rumah tangga orang, bala da.."

"Buktikan" belum sempat Encik Saiful mahu menghabiskan ayatnya, Safyna mencelah.

"Buktikan saya salah" pinta Safyna.

Encik Saiful terkedu lalu mengucap panjang sebelum meneruskan ucapannya.

"Nak buktikan apa lagi? Dah terang-terang awak pelakunya. Nak tau? Cikgu Mikael yang jumpa Cikgu Hayyan tengah terbaring dalam bilik seni. Sebelum tu dia ada nampak awak keluar dari sana. Bila dia masuk, tengok-tengok Cikgu Hayyan dah pengsan dengan zip seluar dia tak bertutup."

"Lepas Cikgu Hayyan sedar, dia ceritalah semua benda. Sampai nangis-nangis cikgu tu awak tau?! Dan apa yang saya paling tak jangka, awak siap ugut nak bunuh keluarga dia! Manusia jenis apa awak ni?!"

"Saya taulah awak asal lorong, tapi tak payahlah nak bawak masuk sekali perangai iblis awak tu!" Berduyun-duyun fakta lagi salah dihamburkan tepat pada diri Safyna.

Safyna ketap rahang kuat. Tangannya yang disilangkan ke belakang badan mula menguis-nguis antara satu sama lain. Sungguh hebat setiap bait kata yang ditujukan kepada dirinya.

Safyna angkat kepala, anak matanya menatap tajam iris coklat Encik Saiful.

"Saya tahu tempat dan kedudukan asal saya. Saya tahu saya ni layak digelar sebagai anak lorong. Terima kasih sangat-sangat sebab ingatkan saya" Safyna meletuskan tawa sinis.

"Tapi, sejahil-jahil jiwa lorong saya ni, saya masih ada maruah. Ada agama. Oh ya, apa tadi? Saya ancam nak bunuh keluarga Cikgu Hayyan kalau dia tak nak 'bersetubuh' dengan diri jijik ni? Gosh, tolonglah! Saya tak ada masa nak buat benda-benda zina. Siapa je nak sentuh orang kotor lagi bala macam saya ni. Kalau jual pun belum tentu ada orang beli!" Bergetar suara Safyna ketika meluah.

Dadanya bagaikan mahu pecah. Semua beban hidup berpaut di tangkal hati. Terlalu sakit sehingga dia tak mampu nak berkata apa-apa. Masih ditahan esak tangis yang hanya menunggu masa untuk keluar.

Bapak sendiri pun jijik dengan dia, apatah lagi orang luar.

"Kamu boleh keluar dari bilik saya. Lepas Cikgu Hayyan masuk balik, kita buka semula isu ni" ujar Encik Saiful. Mengarahkan Safyna untuk keluar hanya dengan pergerakan kepala.

Tanpa basa-basi lagi, Safyna terus angkat kaki. Destinasi dia selepas ini, tandas semestinya! Tak hamak nak hadap penyokong tegar lelaki pedo itu.

Sudah berapa minit Safyna mengasingkan diri. Air matanya kering habis. Tak mampu nak menitis lagi. Hanya tinggal sisa-sisa sahaja.

Usai keluar dari pejabat, dia terus menghamburkan segalanya dalam tandas. Sampai terbatuk-batuk hingga muntah air putih. Maklumlah dia tak santap apa-apa lagi pagi ini. Jadi pagi harinya bermula dengan duka selepas duka.

Duka yang pahit menusuk tepat ke dalam dirinya. Sakit kepala, sakit luka, sakit badan, sakit hati, semuanya sakit. Ditekan kuat mask ke mulut supaya suaranya tidak memecahkan sunyi tandas. Menangis tanpa suara.

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa lemah dan pasrah dia sekarang. Sakit apa lagi yang belum ku tempuhi?

Dung! Dung!

Pintu tandas diketuk-ketuk. Kepala Safyna naik perlahan-lahan. Ada orang dengar dia menangis ke?

"Fyn! Safyna! Aku tahu kau kat dalam, kau bukak pintu ni sekarang sebelum aku rempuh!" Suara Hannah bergetar amaran.

Safyna tarik nafas dalam-dalam, dia kembali sandar pada dinding tandas. Walaupun tak sampai tiga tapak jarak antara dia dan pintu, tapi lelahnya sudah menguasai diri.

"Hannah, aku.."

BUM!

Tersentak Safyna apabila pintu tandas itu ditendang dari luar. Hannah ni tak reti-reti nak sabar. Apa jadahnya lahai. Nasib tak tercabut pintu. Dia geleng-geleng kepala.

Safyna gagahkan diri juga, dia bangun lalu menarik kunci plastik itu. Baru dia mahu kuak sedikit, tiba-tiba pintu dibuka luas dari luar.

Tercegat seketul Hannah Adira bersama ekspresi muka yang agak kurang senang.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Onde histórias criam vida. Descubra agora