Laventarine - 20

255 29 6
                                    

"Kalau awak pertahankan pihak yang salah, awak berani nak hadap hukumannya?" Soalan diberi lagi.

"Deal. Tapi saya yakin seratus peratus yang saya sedang mempertahankan the right one. Saya kata saya jamin."

"Kenapa awak yakin sangat?"

"Sebab saya yakin. Saya yakin yang kawan saya ni tak akan buat perkara terkutuk macam tu. Dia. Tak. Murah. Lain lah orang depan ni" balas Hannah seraya memandang sinis ke arah Cikgu Hayyan di hadapan.

"Fikir sebelum bercakap, Hannah Adira. Benda ni berat, awak jangan nak tunjuk berani sangat. Akhir-akhir nanti makan diri sendiri juga" Cikgu Mikael lantas menjawab. Kedua belah keningnya berkerut melihat gadis itu.

Hannah tarik muka, terbuku kukuh di hatinya bahawa dia mempertahankan pihak yang betul.

Encik Saiful tarik nafas lalu berpaling ke arah Cikgu Hayyan dan Safyna. Entah apa yang difikirkannya, riak muka serius tak terkata.

"Cikgu Hayyan, kenapa awak tak buat laporan polis je?" Soalan diberi.

Lelaki itu berdiam diri untuk beberapa detik sebelum berbicara kembali. Dengan selamba dia membuka mulutnya..

"Tak ada guna saya buat. Orang tak akan percaya, yelah manusia mana je yang nak percaya benda macam ni. Bagi mereka, tak logik. Yelah macam mana seorang pelajar boleh bertindak sebegitu kejam terhadap seorang guru. Perempuan pula tu. Diorang mesti akan cakap yang saya ni lemah, tak reti nak lawan balik. Ramai orang akan back-up Safyna, saya tahu."

Terus Hannah juling mata ke atas. Dramatisitis! Dia hela nafas singkat.

"Jangan fikir macam tu, cikgu. Ramai orang pertahankan cikgu tau. Satu sekolah ni akan back-up. Untuk keadilan cikgu juga, saya tahu keamanan tu akan berpihak pada cikgu. Cikgu tak fikir pasal keluarga cikgu?" Sesi pujuk-memujuk bermula.

"Saya tak nak besarkan lagi isu ni. Saya.. kalau boleh, saya memang tak nak buat report. Safyna masih bawah umur, banyak benda akan berlaku. Naik turun mahkamah lah, apa lah. Saya tak boleh nak hadap, maaf. Pasal keluarga saya, tahu lah macam mana saya nak settle-down. Tak apa, hal peribadi saya" sambung Cikgu Hayyan lagi. Dia menundukkan kepala.

"Haih tapi.." Cikgu Mikael di sebelah melagakan belakang badan ke kerusi.

"Benda ni berat. Kita kenala-"

"Takpe, Mikael. Saya cakap saya tahu, saya tahu" tepis Cikgu Hayyan sambil menggelengkan kepalanya.

"Kenapa susah sangat semua orang nak percaya saya?" Safyna tiba-tiba mencelah. Kepala yang dipanggung sejak tadi naik menoleh ke arah setiap muka-muka manusia di situ. Lemah dan sugul.

Cikgu Zaleha di tepi melontarkan ekspresi kasihan. Tangan naik mengusap-usap lembut belakang badan Safyna.

"Safyna.. bukannya kami tak nak percaya. Kami hanya nak tahu kebenaran, bukti. Dosa besar kalau kami pertahankan pihak yang salah" pujuk Cikgu Zaleha.

Safyna pandang sinis ke arah insan di sebelahnya, tatap setatapnya. Dia menjauhkan diri daripada Cikgu Zaleha lalu geleng kepala.

"Tapi kenapa semua orang bermati-matian pertahankan Cikgu Hayyan? Mereka pun tak tahu cerita sebenar. Kan?" Soal Safyna.

Cikgu Zaleha kelihatan terdiam sejenak. Dia menurunkan tangannya dari tubuh Safyna, mati kata mahu membalas persoalan Safyna.

"Safyna, kalau betul awak ialah mangsanya, kenapa tak buat laporan polis terus? Atau cerita pada semua orang? Benda tak akan berlarutan, nanti awak juga yang-"

"Cikgu sendiri pun tak percaya masalahnya! Saya dah separuh mati cerita benda betul dekat semua orang, tapi apa yang korang buat? Ye, terus-menerus salahkan saya, menangkan Cikgu Hayyan. Menangkan sangat! Padahal masing-masing tak ada bukti kukuh juga. Bila masa Cikgu Hayyan cerita, semua pakat nitis air mata, tumpang kesian bagai, bila masa saya cerita, layanan korang semua memang lagi keji daripada sampah!" bangkang Safyna sekuatnya sejurus memotong percakapan Encik Saiful. Lama dia pendam.

"Sampai ada yang kaitkan saya dengan lorong" sinis ayat Safyna sambil memandang tepat ke arah Encik Saiful. Membara kuat api di dalam dirinya.

"Eh sudahlah, tak payah kamu nak buat drama murahan dekat sini. Tak ada bukti? Habis, luka yang ada di badan Cikgu Hayyan tu apa? Hickeys? Oh khas dari kamu lah kan?" Masin lagi pahit tuduhan Cikgu Mikael terhadap Safyna. Hannah juga mengerutkan dahinya, tengah tunggu masa nak sekeh kepala orang je ni.

"Dah sudah, cukup! Cikgu Mikael, tenangkan diri dulu" kata Encik Saiful, dia menarik nafas panjang sekali lagi lalu berkata.

"Cikgu Hayyan, apa tindakan yang awak nak lakukan terhadap perbuatan Safyna? Saya relakan" kata putus.

Terus Hannah bangun sambil hentak meja bilik itu, merah padam mukanya. Anak mata sinis melana ke arah Encik Saiful.

"Apa ni cikgu? Takkan cikgu nak- Ya Allah stress aku! Saya tau cikgu dah tua tapi akal masih ada lagi, kan? Boleh berfikir lagi, kan? Hah buat lah tindakan yang sewajarnya, cikgu. Takkan lah senang-senang je cikgu nak lepas tangan dekat setan bertopengkan agama ni!" Berkerut-kerut dahi dan kening lebatnya. Rasa mahu tendang dan sekeh orang makin bertingkat-tingkat.

Hannah toleh ke arah Cikgu Hayyan.

"Oh lupa, Jin Islam, kan? Dua-dua ketul ni ada juga aku kahwin kan juga! Eh frust aku!" Bentak Hannah kemudian duduk semula di atas kerusinya.

"Hannah sebelum saya tadika kan perangai dan mulut awak tu, better awak zip mulut awak. Nak marah boleh tapi adab dengan orang tua jangan tolak tepi. Nak hadap bilik disiplin lagi?" Tegas Encik Saiful menegur Hannah. Diiringi dengan bisikan teguran dari Cikgu Zaleha.

Gadis itu tarik muka ke tepi, bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Menyampah pula.

"Oh tindakan saya tak berat pun. Disebabkan saya tak nak besarkan lagi hal ni, jadi saya putuskan bahawasanya, mulai esok Safyna akan menjadi anak murid setia saya. Saya mahu jadi guru kelas dia dan apa-apa hal, saya akan hubungi dia. Deal?" Pinta Cikgu Hayyan dengan bangga. Bagaikan kuasa sudah berada di tangannya sepenuhnya.

Nafas bagaikan disekat apabila kata-kata itu keluar daripada mulut Cikgu Hayyan. Safyna terkaku. Begitu juga dengan Hannah. Buku lima digenggam erat, jika begini lah jalan kehidupannya..

"Saya setuju" nekad suara Safyna membalas.

Nak terjatuh Hannah mendengarnya, makin serabut otak dia duduk dalam bilik ni lama-lama. Tak cukup oksigen! Lengan Safyna ditepuk kuat.

"Weh apa ni?!" Soal Hannah.

Safyna berpaling ke arahnya, redup pandangan yang dilontarkan. Bibir mengulangi ayat tersebut dan semuanya bagaikan air yang mengalir.

"Tapi kalau saya dapat buktikan yang pihak Cikgu Hayyan bersalah, saya tuntut pembalasan dari setiap orang yang pertahankan cikgu" selamba bersulamkan niat yang nekad.

Ye dia nekad! Dia akan buktikan meskipun penat dan ketakutan mengikat diri. Bukannya dia tak nampak rancangan dan senyuman jahat lelaki bertopengkan syaitan itu.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Där berättelser lever. Upptäck nu