Laventarine - 33

143 22 1
                                    

Perlahan-lahan Safyna bangun daripada duduknya. Terkedek-kedek dia mahu berjalan akibat sengal yang menyerang kaki. Mahu keluar, tetapi berkemungkinan besar mesti tombol pintu tak boleh dibuka, kunci. Keluhan dilepaskan, nak tak nak kena cuba juga lah jawabnya. Dalam ni tak ada dah jalan lain untuk keluar melainkan kalau diri sendiri sanggup pergi pecahkan tingkap. Dah berkurun, itu yang rosak.

Ketika Safyna sedang sibuk mengangkat kaki demi kaki, entah bagaimana tangannya boleh tersadung kuat pada sesuatu benda. Bibir menjerit kecil, mujur dia dapat mengimbangkan badan kalau tak, mesti muka dah bercium dengan lantai.

"Aduh.. sakitlah! Eii kotak ni, nak juga lah duduk kat sini!" Protes Safyna.

Tapak tangannya terus menepuk kuat permukaan kotak yang tidak bersalah, membuatkan benda itu lari daripada kedudukan asal. Sejurus menjamah anak mata Safyna dengan isi di dalamnya.

"Aik, banyaknya frame gambar. Pak Zail ni dulu hobi suka kumpul frame gambar ke?" Berkerut dahi Safyna memandangnya.

Kerana sifat ingin tahu yang tidak boleh disembunyikan lagi, terus kotak itu perlahan-lahan dibawa turun ke bawah. Tangan Safyna menyelongkar isi di dalam, makin diselongkar makin banyak benda yang dia dapat. Ada bingkai gambar, album, polaroid dan kepingan gambar-gambar yang lain.

Jari-jemari menyelak setiap helaian album, iris matanya dihiasi oleh muka-muka yang tidak dikenali, kecuali seorang.. Pak Zail. Makin terkejut dia apabila melihat gambar orang tua itu bersama dengan seorang perempuan. Hubungan mereka terlihat seperti sepasang suami isteri.

Setiap gambar mereka menunjukkan betapa bahagianya rumah tangga yang telah dibina bersama. Meskipun Pak Zail tidak menunjukkan sebaris senyuman, tetapi pada wajahnya terbias sebuah kebahagiaan. Pandangan jatuh pada si perempuan pula, apa yang boleh dia kata adalah.. cantik. Auranya membuatkan Safyna terpana seketika. Daripada rupa fizikal, memang terlihat amat cantik. Tetapi senyuman yang diukir membuatkan Safyna tidak boleh berkata apa.

Makin diselak, makin banyak gambar yang dijadikan sebagai memori dan Safyna terpaku pada sekeping foto di hadapannya. Figura seorang lelaki yang sedang tersenyum lebar, Pak Zail. Buat kali pertama dalam hidup Safyna, dia dapat melihat bagaimana rupa orang tua itu ketika senyum. Dia tak tahu nak bagi reaksi apa, terpana tapi kosong.

Safyna mengeluh, kepingan gambar yang tidak dimasukkan ke dalam album, dipegang. Hampir kesemuanya berkaitan dengan perempuan itu. Ditenung lama, persoalan yang timbul adalah, siapa perempuan ni? Cantik dan terlihat baik, bak bidadari syurga. Sedikit sebanyak kepala mengatakan bahawa wanita itu ialah ibu kandungnya. Kalau betul, dia terharu.

Tangan membelek gambar ditangan dan iris bulatnya terpana kembali pada tulisan yang tertera di belakang foto.

SAFIYYAH MAWADDAH - 2007 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAFIYYAH MAWADDAH - 2007 -

"Safiyyah.. Mawaddah" sebut Safyna.

Nama mereka hampir sama, tarikh yang tertera ialah tahun kelahiran dia. Entah kenapa hati tiba-tiba menjadi sayu, rasa seperti perempuan itu berada dekat dengan dirinya. Safyna menenggelamkan gambar itu ke dadanya, air mata menitis kembali. Rasa rindu terhadap arwah makin membuak-buak keluar.

"Ya Allah, kalau betul ini ibu ku, maka jagalah dia disana. Harumkan lah kuburnya, Ya Allah. Ku mohon pada-Mu, tunjukkanlah jalan untukku berjumpa dengan ibu biarpun tak sampai 5 minit, Ya Allah. Hamba-Mu terseksa menanggung beratnya ujian dan pedihnya kerinduan, ku mohon.."

Safyna mengadu bersama linangan air mata yang mengalir deras. Sungguh selama ini dia tak pernah ziarah kubur arwah ibu sendiri kerana dia tak tahu. Mahu harapkan Pak Zail, silap-silap dia yang terjun kubur. Rasa berdosa sebab tak pernah jejak kubur ibu yang konon dirindui.

Safyna menangis teresak-esak sambil mengutip setiap kepingan gambar ibu kandungnya. Sakit di belakang tidak dapat menandingi sakit menahan rindu. Lebih parah dari kena pukul. Jika takdir mengatakan bahawa dia dapat menziarahi kubur arwah satu hari nanti, akan dia hambur kan segala-galanya. Semuanya.

Selesai menangis, tangan segera mengelap air mata. Dua keping gambar dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dia bangun untuk berjalan ke luar. Kotak yang dibawa turun kini diletakkan kemas di tempat asalnya.

"Hidup lagi kau eh?" Soalan itu membuatkan hayunan Safyna terhenti.

"Aku baru ingat nak langkah mayat kau. Aik mayatnya hidup balik, banyak nyawa kau. Bak satu!" Akhir ayatnya diiringi dengan ketawa bebas. Telinga menangkap bunyi tawa seorang perempuan asing juga.

"Ouh baby, memang lah dia tu tak mati-mati sebab you tak ajak I. Kalau kita buat sama-sama confirm kita boleh langkah mayat dia sama-sama!" Perempuan itu turut mengikut serta.

"It's okay, sweetheart. Don't worry. Nanti bila kita dah kahwin, you nak buat apapun you buat lah. Sebab I serahkan semuanya dekat you, right my dear sweetheart?" Jari mengusik dagu si perempuan, gelak kecil kedengaran terhambur.

Safyna buat tak kesah, nasib baik mata tak menjamah tayangan murah itu. Buat tambah dosa saja. Dia meneruskan langkahnya.

"Eh sundal, kau nak pergi mana?!"

"Takkan dah lupa kot tempat kau dekat mana.. kau tu duduk bawah tapak kaki aku jadi kau kena lah layan aku! Layan kitorang. Kau tumpang rumah ni bukan percuma" ujar Pak Zail lagi.

Safyna genggam tangan, orang tua ni kalau dapat aku sagat.. Dia mendengus perlahan. Hayunan langkahnya membelok ke kanan, berat mahu berjalan, ringan untuk dilepaskan ke muka orang. Dia berhenti beberapa tapak dari kedudukan 'tetamu' nya.

Apabila melihat nangka busuk di hadapannya, segala dendam amarah mula membara. Mengingatkan apa yang telah dilakukan, sungguh Safyna rasa mahu lancar penumbuk bertubi-tubi.

"Nak apa? Fyn buat."

"Nak bunuh ikat tepi" suara lunak itu cuba bergurau. Malangnya, Safyna malas mahu ambil kesah. Korang gelak lah sorang-sorang, lambat lagi aku nak join.

"Ups, sorry maid! Nak sirap ais. Make sure sejuk ye kalau tak nahas kau aku kerja" sesi ugut-mengugut bermula.

Safyna angguk, nak sirap sejuk ok noted! Nak sejuk level kayangan pun tak apa, dia boleh je bagi.

"Aku nak kopi panas. Dah pergi buat, pastikan sedap" Pak Zail memesan, nadanya bersulamkan amaran keras.

Tanpa basa-basi, Safyna terus angkat kaki pergi dapur. Mahu siapkan pesanan para tetamu, nanti lambat dia main ugut-ugut pula. Menyampah pula dia.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now