Laventarine - 42

129 20 0
                                    

Gelak tawa menghiasi bibir masing-masing. Sampai lupa semua masalah yang membebani fikiran selama ini. Tak sia-sia usaha keluar rumah senyap-senyap si Safyna, ianya dibalas dengan hari yang sungguh baik baginya. Apabila bersama Hannah, segala duka lara seperti diubati tanpa sedar dan kerana itu lah dia lebih memilih untuk bersama dengan kawan daripada 'keluarga' sendiri. Dekat rumah bala je dapat, lebih baik duduk kat lorong sunyi. Tenang lagi.

Dari Watsons ke Kaison, bermacam-macam benda mereka beli. Kelakuan mereka yang jenis suka gelak tak tentu pasal mengundang perhatian kepala-kepala lain, ada yang tak tahu apa-apa pun boleh ikut gelak sekali. Kamera telefon Hannah setia merakam setiap detik dia bersama Safyna, galerinya penuh dengan gambar muka mereka berdua sahaja. Story Instagram dan status Whatsapp turut dijahit berjela-jela.

Safyna dan Hannah berjalan sambil berkepit tangan, sekali pandang dah macam adik beradik terpaling rapat di abad ini. Batang lolipop berperisa lemon dimasukkan ke dalam mulut Safyna, air Starbucks di tangannya digoncang-goncangkan. Mata tekun melihat sekeliling tempat.

"Kau nak pergi mana lepas ni?" Tanya Hannah sambil jari sibuk menggesek skrin telefon.

Safyna jongket bahu, dia sendiri pun tak tahu tempat mana yang mahu dijejaki. Sedang kepala ligat berfikir, tiba-tiba mentol fikirannya berkelip. Dengan senyuman sampai ke telinga, dia berpusing menghadap Hannah di sisi.

"Hah! Apakata kita masuk tandas, nak tak?" Jiwa girang membara. Entah bahagian mana dia tersalah cakap, tiba-tiba Hannah tersedak mendengarnya. Telefon dimatikan, dia pandang ke arah Safyna sepantas kilat.

"Apa benda kau ni?!" Ekspresi geli dipancarkan, kening Safyna berpaut. Ada yang tak kena dengan kata-kata dia tadi ke?

Safyna menghela nafas perlahan. Dia tilik muka Hannah dalam-dalam, mencari apa yang salah di balik bait ayatnya.. tersedar sesuatu. Serta-merta merta tangan naik menepuk kuat lengan Hannah.

"Kau tak payah nak fikir bukan-bukan! Aku hanyak kau kang!" Mendatar suara Safyna sambil jari telunjuk menuding tepat pada sahabatnya.

Hannah ketawa bebas dengan tindakan Safyna. Straw air Starbucks disuakan ke bibir, hirup isi di dalam, muka penuh nikmat.

"Aku rindu do.. aku rindu waktu kau perangai cam barua kat aku dulu" Safyna tiba-tiba mengupas sejarah zaman jahiliyyah sahabat baik sendiri. Terbatuk orang sebelah dibuatnya, kepala berdesup naik memandang Safyna sekali pakej tepuk kepala diberi ikhlas dari hati.

"Jangan lah buka cerita lama. Kau tahu tak betapa terpaksanya aku kena tebalkan muka" kenang kisah lama, hanya Allah sahaja tahu apa yang dia sudah buat. Safyna gelak.

"Sumpah aku ingat lagi, kau bukan buli aku do tapi kau kan jenis kasar lepastu aku ni jenis macam layak duduk celah kangkang kau, memang kena lah, kan? Kena pula waktu tu kau tak tahu cerita kat rumah aku, datang sekolah je teriak sebab kau" Safyna geleng kepala. Macam-macam gelagat mereka berdua ni, sampai pernah kena hadap unit kaunseling.

"Diam diam diam. Punyalah teruk aku kerjakan kau dulu tapi sekarang.. tengoklah. Kalau orang yang tak kenal boleh silap tafsir aku rasa" balas Hannah, kaki menapak permukaan eskalator.

"Eh ghisau. Takdir Tuhan.. kita berdua pun tak jangka. Cikgu pun naik hairan, dengan pengetua sekali siap interviu siut. Berkat akal Cikgu Zaleha, gabungkan kita sebab apa? Hah sebab nak suruh kau ajar aku matematik, aku ajar kau sejarah" kejadian yang pada mulanya dibalas dengan keluhan oleh Safyna tetapi siapa tahu ia diganti dengan kegembiraan pada hujung noktah. Berganda-ganda pahala Cikgu Zaleha.

Hannah angguk kepala.

"Dan dari situlah kita dapat tahu latar belakang cerita masing-masing. Haih.. gila. Aku luah kat kau dalam bentuk ayat kau luah aku siap dengan pakej situasi tragis. Sumpah! Sumpah aku tergamam nak mati. Balik tu aku termenung weh, ingat balik apa yang aku dah buat kat kau.. aku macam, 'I have to taubat now'! Tak boleh brain gila" mata dipejam erat-erat sebelum dibuka semula. Kejadian yang berlaku depan matanya pada permulaan perkenalan mereka berjaya mengeluarkan sisi protective Hannah.

Detik-detik dimana setan jadian datang membawa bala, Safyna dicekup daripada belakang lalu ditampar berulang kali. Kena tuduh atas alasan Safyna membuka cerita tentang kehidupan peritnya. Nak sedapkan lagi cerita, Safyna pada masa itu tengah berjurai air mata kerana keputusan peperiksaan Bahasa Inggerisnya dibawah 90%, disebabkan risau yang melanda diri Hannah, dia menemani Safyna pulang ke rumah. Meskipun kena berjalan kaki jauh. Tak sangka pula ada mata memerhati kelakuan mereka berdua. Habis dirembat Safyna secukup rasa.

"Tak apa lah, Hannah. Benda.. dah lama. Lagipun, elok lah kan bila kita dapat tahu cerita masing-masing. Rezeki kau lah kot dapat tengok tayangan percuma depan mata" ketawa hambar. Hannah pula diam sambil angguk kepala.

Mereka terus berjalan, Safyna dapat rasakan keadaan suram mula menyerbu masuk. Allahu nanti lain pula jadinya. Lihat sahaja signboard bertulis tandas serta anak panah di tepi, Safyna lantas menarik lengan Hannah untuk mengikutinya. Terkial-kial kawan tu nak pusingkan diri.

Apabila kaki menapak masuk ke dalam tandas, mereka melepaskan pegangan yang sedia berpaut daripada tadi.

"Kita nak buat apa sekarang ni?" Tanya Hannah lalu badan dipusingkan menghadap Safyna.

Sebaris senyuman menghiasi bibir, sempat Safyna menala ke setiap penjuru tandas awam itu. Orang tak ramai, masing-masing tenggelam dalam urusan sendiri. Ada yang bersolek, betulkan tudung, snap gambar sana sini.. bermacam ragam. Jadi itu bermakna tak ada hal lah kalau dia nak laksanakan rancangan asal.

Safyna genggam lengan Hannah lalu sekali lagi menarik sahabatnya menuju masuk ke dalam tandas hujung sekali. Pintu merah dikunci daripada dalam sekaligus.

"Weh, kau nak kita buat apa?" Separuh tinggi nada suara Hannah bertanya. Takut lah masuk tandas sama-sama. Sudah lah tadi si Safyna ni tekap dia ke pintu, mahu tak terperanjat dia dibuatnya, padahal kawan tu hanya nak tarik kunci ke bawah. Istighfar dia dalam hati.

"Weh, tadi kita ada beli topeng ala-ala penjahat tu, kan? Bak sini" pinta Safyna. Tangan dihulurkan untuk menyambut beg plastik bertulis Kaison yang dipegang oleh Hannah.

"Kau nak buat apa?" Soalan dipulangkan, dia menarik tangan ke atas.

Safyna mengeluh sambil mata tatap tepat ke arah wajah Hannah. Dua jari digerakkan sebagai isyarat arahan, pandangan redup terpancar di wajah.

"Bagi, wanita" ujar Safyna.

Hannah lantas menyerahkan beg plastik itu ke dalam telapak tangan Safyna. Tangan menyeludup ke dalam untuk mencari barang yang diingini.

"Hah, dapat pun!" Sahut Safyna seraya menunjukkan topeng muka kepada Hannah.

Tiada balasan, hanya bunyi air yang sedang mengalir daripada tandas lain.

"Kau nak kita rompak bank?" Cetus sebuah soalan daripada bibir Hannah. Berkerut kening memikirkan idea si Safyna ni.

Dengar sahaja kata-kata itu terus Safyna buka mulut mahu menyatakan sesuatu tetapi tiada suara yang keluar. Terkedu.

"Apa bengap sangat otak kau ni? Agak-agaklah! Aduh.. aku ingat kau tahu.." garu kepala.

"Tak, macam ni. Aku ingat nak buat lah memori.. Kau tahu tak orang-orang selalu buat, mekap dengan eyeliner tarik panjang lepastu sarung benda alah ni kat muka. Buat story Instagram, Tiktok ke.. sambil makan lolipop" terang Safyna, dia mencuba. Kalau masih tak faham tak tahu lah, Hannah ni tiktoker, ada telefon sendiri, mesti lah dia tahu.

Satu saat, dua saat, tiga saat berlalu..

"OHHHHHHHH!" Lembab! Hannah melompat-lompat keriangan apabila dia mendapat cadangan Safyna.

The party begins..

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now