Laventarine - 8

322 41 1
                                    

Safyna labuhkan punggung di atas kerusi plastik kelas. Tercungap-cungap dia mahu mengambil nafas akibat berlari seperti sedang berlumba. Nyaris saja dia tidak rebah ke tanah.

Apabila mata menangkap kelibat cikgunya sedang berjalan ke kelas mereka, Safyna tarik nafas lega. Kus semangat, nasib baik dia sempat datang. Kalau tak, pagi-pagi lagi dah kena tadah bebelan guru.

"Assalamualaikum dan selamat pagi kelas" ucap Cikgu Zaleha seraya kaki melangkah masuk.

Usai menjawab salam, mereka sekelas kembali melabuhkan punggung masing-masing. Safyna mula membuka zip hitamnya.

"Safyna Nadda, ikut saya" arah Cikgu Zaleha.

Safyna terpegun di tempat duduk sendiri. Dia menoleh ke arah Cikgu Zaleha dengan ekspresi muka tertanya-tanya. Bila nampak Cikgu Zaleha mula bangun, dia pun teragak-agak untuk bangun juga.

Dia mengikuti langkah Cikgu Zaleha dari belakang. Kalau ikut jalan yang mereka lalu sekarang, nampaknya Cikgu Zaleha mahu membawa dia pergi ke bilik guru. Tujuan apa pun dia tak pasti.

Jejak saja lantai bilik guru, terus dia ditengking oleh seorang cikgu perempuan yang lain. Safyna tersentak, kepalanya toleh kepada guru tersebut, Cikgu Salmah.

Kemudian pandang pula satu persatu wajah cikgu-cikgu yang berada di situ. Ada yang pandang tajam ke arahnya bagaikan mahu dicincang halus, ada juga yang sedang cuba mengawal baran diri. Masing-masing bengis melihat ke arahnya.

Safyna berasa dirinya ditangkap kerana sesuatu isu yang pastinya besar. Seriau dia nak lihat, terus buang pandang ke tempat lain.

"Safyna Nadda. Awak lah orang yang cederakan Cikgu Hayyan, bukan?" Duga salah seorang guru lelaki di situ. Cikgu Mikael.

Sebut saja nama Cikgu Hayyan, Safyna terus terkaku. Laju air liurnya membasahi tekak. Mengingatkan peristiwa hitam semalam, seluruh tubuhnya berubah kejung.

"Jawab, Safyna. Awak ke orang yang cederakan Cikgu Hayyan semalam?" Kali ini oktaf suara lelaki itu naik sedikit.

Safyna tarik nafas panjang sebelum dia berani membuka mulut.

"Ye saya lah orangnya. Tapi saya buat macam tu sebab Cikgu Hayyan yang mulakan dulu" terang Safyna. Wajah tenang disebalik mask putihnya agak terganggu.

"Sebab apa? Apa yang Cikgu Hayyan buat dekat awak sampai awak berani buat tindakan terkutuk tu?" Soal Cikgu Mikael lagi sambil menolak kerusi rodanya ke belakang.

Nak bagitahu ke tak nak ni. Rasa berpasir pula lidahnya. Safyna mengumpulkan kekuatan dalam.

"Cikgu.. Cikgu Hayyan hampir rogol saya!"

"Hey kamu cakap baik sikit budak!" Bangkang keras Cikgu Mikael seraya dia bangun dari kerusinya. Berdentum bunyi kerusi itu berlaga dengan meja.

Cikgu Zafran yang berada dekat dengan dia turut bangun untuk menenangkan rakan sekerjanya. Setajam pisau pandangan Cikgu Mikael melana pada Safyna sekarang.

"Bohong! Cikgu Hayyan takkan pernah buat benda kotor tu! Kamu sengaja putar belit cerita sebab nak menang kan? Padahal kamu sendiri yang sentuh dia dulu!"

Ayat yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan Safyna segera memandang tepat ke arah anak matanya.

"Cikgu tuduh saya reka cerita? Cikgu tuduh saya yang mulakan benda jijik tu dulu? Tolonglah cikgu, saya ni nak dekat dengan lelaki pun susah tau, apatah lagi nak sentuh-sentuh bagai. Ceruk mana saya berani nak buat benda-benda macam tu?" Masih cuba kawal suaranya.

"Kamu tu pandai cakap je! Depan cakap lain, belakang cakap lain. Memang sah-sah talam dua muka kamu ni. Dah bersalah tu buatlah cara salah. Tak payah nak tuding jari dekat mangsa sendiri!" Lantang dia berkata-kata. Kali ni dah tak ada nak kawal-kawal suara.

Safyna ketap rahangnya. Tuding jari dekat mangsa lah sangat!

"Sudah sudah. Kamu berdua bertekak macam ni bukannya dapat selesaikan masalah" Cikgu Raihan cuba meregangkan perdebatan di antara mereka berdua.

"Macam nilah, Safyna.." pandang wajah Safyna, bibirnya dirapatkan.

"Awak mengaku jelah awak bersalah."

Nak jatuh Safyna mendengarnya. Mengaku bersalah macam tu saja? Apa benda ni..

"Cikgu! Saya tak akan mengaku! Saya mangsa bukan pelaku! Pelakunya lelaki pedo Hayyan tu! Tolonglah!" Bangkang Safyna sekeras-kerasnya, bergetar suara dia.

"Language Safyna!" Tegur satu suara dari tepinya.

"Kenapa? Cikgu tak percaya saya ke? Saya ni mangsa sexual harassment Cikgu Hayyan kesayangan korang tu. Semalam lepas semua murid dah keluar, dia tarik saya pergi belakang bilik seni. Dia sentuh, dia cium, dia raba-raba badan saya!" Separuh nafas Safyna menceritakan kejadian jijik yang menimpa diri. Air matanya mula bergenang.

"Penipu besar! Cikgu Hayyan bagitahu kami sebaliknya. Dia cakap awak yang tarik dia pergi belakang bilik sebab nak buat projek dengan dia, bila dah puas awak cederakan dia pula. Eh awak sedar tak benda yang awak buat ni? Tunggang agama ke?" Sedas mulut Cikgu Mikael membalas.

Safyna genggam buku lima, rasa sakit hatinya meningkat ke otak. Oh jadi macamni lah bentuk cerita yang keluar dari mulut guru pedo tu.

"Sekeji-keji saya ni cikgu, saya tak akan berzina. Saya ada agama, saya ada maruah yang patut dijaga. Wah sedap-sedap cikgu je nak label saya penunggang agama" Hujung bibirnya naik sedikit.

"Eh kalau saya nak buat projek dengan lelaki tak guna tu, agak-agaklah nak buat dalam kelas kalau ye pun. Kenapa kitorang tak buat dalam tandas je? Atau dalam stor? Stor kan ada tilam, lagi selesa kan? Tempat pun lebih tertutup, lebih lama masa kitor.."

"Safyna Nadda! Watch your words!" Beberapa suara menegurnya keras.

"Berapa mamat bohsia- ups maaf. Cikgu Hayyan Eskandar bayar korang semua untuk sebelahkan pihak dia? Sampai cerita karut dia tu semua orang terus percaya bulat-bulat hah? Please lah, kalau dah dasar pedofilia, hal manipulative ni benda kecik je bagi diorang" pesan khidmat masyarakat dari seorang pelajar.

Air matanya makin deras mengalir. Jujur Safyna sendiri pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk dia bersuara sebegini. Dia tak sedar apa yang dia cakap sebab tu main lepas saja tak ada tapis-tapis.

Malas nak hadap, dia mula angkat kaki. Tapi pergelangan tangan kanannya ditahan oleh seorang cikgu.

"Ikut saya ke pejabat. Kalau awak rasa awak tak bersalah dalam hal utama, awak bersalah dalam hal lain. Terutamanya masalah disiplin awak. Mari" kemudian Safyna ditarik keluar dari bilik guru tersebut.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now