Laventarine - 73

85 17 0
                                    

Sepanjang waktu perjalanan pulang dari sekolah, senyuman di bibir Safyna tidak lekang diukir. Langkah besar dibuka dan kadangkala dia menari anak. Hatinya bagaikan terang, ringan, luas dan seperti berada di sebuah tempat yang aman sekali.

Safyna berpusing-pusing untuk kali yang ke berapa entah, wajah dongak melihat langit cerah. Senyum manis. Jujur, ini kali pertama dia dapat menguntum senyuman manis tatkala bersendirian setelah hampir 15 tahun hidup. Tiba-tiba tangan naik tunjuk mini love ke langit. Safyna letus tawa kecil. Lucu.

"Ya Allah, macam ini ke rasanya bahagia meskipun hanya ada diri sendiri sahaja? Ya Allah! Terima kasih untuk keadilan pertama yang kau beri padaku! Ya Allah! Tolonglah sampaikan berita gembira ni kepada ibu! Fyn rindu ibu.." tika bibir menyebut perkataan 'ibu', perlahan-lahan senyumannya melorot jatuh.

Safyna hanya mampu senyum pahit setelah itu. Tak tahu kenapa hati rasa sebak setiap kali buka topik pasal ibu. Mungkin dia masih tidak boleh melupakan perkara yang telah berlalu.

Ibu..

"Ibu.. ibukan pernah cakap yang ibu selalu dekat dengan Fyn.. jadi tak salahkan kalau Fyn nak luah apa-apa? Hm.. ibu, tadi kat sekolahkan, Fyn baru je dapat keadilan pertama setelah berbulan-bulan lamanya. Ada orang ni, dia pedo dekat Fyn. Mula-mula tu satu sekolah tak percayakan Fyn, sampai orang asyik pandang rendah. Isu buli pun makin meningkat. Fyn sedih, Fyn tak ada tempat nak mengadu, tiap-tiap hari Fyn nangis sebab ujian yang Allah bagi. Fyn luah dekat ibu je lah, walaupun ibu tak ada.. tapi tak apa, yang penting kita tak berpisah dalam fiction. Dunia Fyn."

Tanpa sedar beberapa titis air mata jatuh menghujani pipi. Safyna lantas seka cecair masin itu guna tangan. Bibir dirapatkan, payah betul mood swings macam ini.

"Fyn minta maaf ibu.. sebab tak pernah ziarah kubur ibu. Fyn tak tahu kubur ibu dekat mana.. Salah Fyn juga sebab tak cari. Maafkan Fyn ibu.. Fyn minta maaf sangat-sangat! Ibu tau tak.. Haritu Fyn nampak ada keluarga ni tengah makan kat kedai. Ada ayah dia, mak dia, dengan dia. Dia orang gelak ketawa, makan sama-sama, gurau-senda sama-sama. Bila Fyn tengok.. hati Fyn.. rasa sakit. Sakit nak mati."

"Bila Fyn boleh rasa semua benda tu? Nak harapkan ayah bagi, haha tolonglah.. Jangan pernah mimpilah! Dia lagi bahagia dengan keluarga baru dia, ibu. Fyn perhati je. Ayah.." sebuah esakan dihamburkan.

"Ayah.. Fyn teringin nak panggil lelaki tu dengan panggilan 'ayah'. Selama ni bagi dia pada Fyn, kita orang hanyalah orang asing yang beza taraf sepenuhnya. Dia pukul setiap kali Fyn panggil dia ayah. Sakit gila, ibu" Safyna dongak kepala bersama linangan air mata, dia cuba kawal pernafasannya.

"Ibu.. hina sangat ke kewujudan Fyn?" Satu soalan yang tidak pernah hilang dari akal fikiran. Sedia tersemat di sana.

Jikalau tadi kesemuanya indah bak alam magika, kini ia bertukar menjadi kelam bak alam kubur. Everything's falling apart.

Kalau tak disebabkan oleh An-Nisa:29, sudah tentu dia tidak lagi menjejakkan kaki di bumi Allah ini.

———

Tudung dan skarf dilepaskan daripada kepala. Terasa segar pula setelah hampir seharian menutupinya. Safyna melabuhkan belakang badan pada tikar getah bercorak kartun itu. Kelopak mata perlahan-lahan ditutup, penat sangat-sangat. Fizikal dan mental dia sudah teramat lali. Sakit kepala pula adalah ajinamoto kepada sakitnya.

"Hoi, perempuan! Eh eh sedap pulak dia layan lena? Woi, bangunlah!" Jerkah seorang wanita dari luar bilik. Tangan sedia mencekak pinggang, meluru ke arah Safyna lalu rambut Midnight gadis itu dicekup kuat.

Terus jeritan kecil Safyna kedengaran apabila terasa rambutnya dirembat dengan kasar dan dipaksa untuk berdiri. Baru nak toleh muka, tiba-tiba satu penampar sedas mendarat di pipi kanannya.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now