Laventarine - 85

86 12 2
                                    

Nafas berat dihela berat. Kelopak mata dikatup erat, buku lima kanannya menggenggam erat. Rasa seperti ada sesuatu yang berat sedang bergayut di pangkal hati. Kepalanya tak lekang memikirkan apa yang akan terjadi. Sehingga ia mencapai satu tahap, kepalanya sakit bagai diserang hebat oleh migrain.

Kepala dongak melihat pintu pattern kayu itu. Buku limanya bagai nak tak nak saja beri khidmat ketuk. Tetapi sudahnya, ia naik mengetuk pintu juga. Tiga kali bersama salam.

"Assalamualaikum.."

"Assalamualaikum.."

"Assalamualaikum.."

Tiada balasan. Bibir dicebik, Safyna beri pandang ke bahagian belakang. Kereta ada, selipar kasut sandal semua ada. Mungkin ada benda yang tak ada kut, maklumlah dia baru je lagi kat sini. Rumah ni pun boleh tahan besar. Muat 4-5 biji kereta masuk.

Dipersetankan semua itu, Safyna kembali fokus pada misi sebenarnya. Dia menunggu untuk pintu itu dibuka, rasa tak menjadi saja bibir memberi salam lagi.

Beberapa detik kemudian, tiba-tiba pintu itu perlahan-lahan dibuka dari dalam. Safyna menunggu ianya dibuka habis dan ya, benda itu berlaku. Kini di hadapannya tercegat seorang wanita ber-cardigan satin kelabu. Dari bawah sampai atas Safyna menganalisis dan jantungnya kembali tenggelam.

Wajah itu! Wajah itu! Wajah arwah ibunya! Sumpah rasa nak nangis sekarang. Ibunya di hadapan mata dia!

"Err.. dik? Adik cari siapa kat sini?" Perempuan itu bersuara. Terkebil-kebil melihat kedatangan Safyna.

"Ibu? Ibu?" Tergopoh-gapah tangannya menyeluk kocek seluar, mengeluarkan gambar yang dimiliki.

Perempuan itu tayang muka pelik.

"Ibu? Ibu kan?" Ditayangkan muka hadapan gambar itu kepada orang di depan. Safyna tutup mulut dengan tapak tangan, menahan sebak.

Sungguh sekarang ini dia rasa mahu mengalirkan air mata. Senyum lebar selebarnya. Hati berbunga-bunga, syukur tak terkata! Dia dah jumpa ibu kesayangannya! Ya Allah, rasa nak sujud syukur!

"Hah?"

Sejurus itu terus Safyna menyerbu perempuan itu. Dipeluknya si ibu erat-erat bagaikan tak mahu lepas. Air mata mula berlinangan di pipi.

"Ibu.. Safyna rindu ibu sangat-sangat.. Safyna rindu ibu.." sebuah esakan dilepaskan. Dia menghamburkan tangis di dalam dakapan itu.

"Safyna rindu ib-" tak sempat dia meluahkan perasaan tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar. Kaki yang belum bersedia membuatkan dia tersungkur di atas lantai perkarangan rumah.

Kepala mendongak sekilas, pandangannya dihiasi dengan tatapan berang si ibu.

"Eii! Apa peluk-peluk orang ni! Jijiklah! Siapa ibu kau?! Kau siapa nak panggil aku ibu kau?!" Kedengaran jelas berang amarahnya.

Jantung Safyna berhenti berdegup. Dia melihat perempuan itu dengan juraian air mata yang mengalir deras lalu lekas bangun dari tempatnya.

"Ibu? Ni Safyna ibu! Safyna Nadda! Anak ibu. Anak yang ibu tak boleh terima sebab Safyna ni hasil daripada ibu dengan ayah. Zail! Ibu ingat tak?" Berkerut dahi Safyna.

Dia berasa wajar kalau perempuan itu tidak menggelarnya sebagai ibu kepada dia. Ada juga logik di situ.

"Hah?! Apa benda kau cakap ni? Dah buat soal selidik ke belum sebelum tuduh aku ni mak kau? Dah cukup bukti ke? Huh, ada hati datang rumah orang lepas itu tiba-tiba peluk. Kau gila ke sewel?! Dua-dua?!" Marahnya.

Auch! Terasa sikit sakitnya tuh di sini. Safyna tergamam.

"Ibu.. ni Safyna ibu. Safyna tahu ibu tak percaya yang Safyna dapat jumpa ibu balik. Safyna dah tahu semuanya ibu. Kalau ibu buang Safyna sekalipun, Safyna.. tak kesah! Sebab Safyna memang betul-betul sayang dan rindukan ibu! Safyna nak ibu!" Dia mara setapak ke hadapan bersama nada yang nekad.

"Kepala hotak kau lah! Cerita drama mana kau rembat ni?! Aku tak ada anak okay! Aku baru je kahwin! Entah-entah kau ni anak hasil perogol lepastu mak dah mampos and then tiba-tiba claim aku ibu kau. Ibu kepada anak hasil perogol?! Eww.. jijiklah aku!" Berbakul-bakul hinaan diberi. Perempuan itu tayang muka jijik sementara Safyna hanya pegun terkedu di situ.

"Ib- ibu.. ibu.. Kenapa ibu cakap macam itu? Ibu.. ni Safyna! Safyna Nadda binti Zail Harun! Bekas suami lama ibu!" Makin deras air matanya mengalir. Kaki pantas bergerak mendakap perempuan itu. Hasil yang sama, dia ditolak seperti tadi. Cuma lebih kasar.

"Eiii!! Boleh tak kau tak payah sentuh aku dengan tangan jijik kau tu?! Kau tu tak layak nak letak tangan pengemis hasil benih perogol tu kat aku!" Selipar arnab yang dikhaskan untuk kegunaan dalam rumah diambil lalu dibaling ke arah Safyna.

"Kau dengar sini budak! Kalau kau anak aku sekalipun, aku tak nak mengakulah! Aku tak hingin nak mengaku! Tak hingin!" Sambungnya lagi.

Safyna bagaikan terpaku di tempatnya. Dia geleng kepala beberapa kali sebelum melihat kembali orang di hadapan itu. Pahit untuk ditelan apa yang sedang terjadi. Jiwanya menangis dan rapuh bersepai dengan kata-kata yang dihamburkan khas untuknya.

"Sayang.. kenapa tu?" Sampuk satu suara garau dari dalam rumah itu. Menanyakan khabar tentang apa yang sedang berlaku.

"Huh, tak ada bang. Ni.. ada orang asing tiba-tiba datang rumah kita lepas tu serang saya.." adu perempuan itu.

Makin berkerut Safyna mendengar aduan palsu itu.

Tidak sampai beberapa minit, muncullah sebuah kelibat lelaki asing berdiri di belakang perempuan itu. Suami dia agaknya.

"Sayang cakap apa tadi? Ada orang asing buat onar dekat sayang?" Suara si suami kedengaran cemas.

Perempuan itu tayang muka sedih lalu jari telunjuknya menuding ke arah Safyna. Jejaka itu berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh si isteri.

"Dia? Budak perempuan ni?" Angguk sekali lagi. Posisi mereka mula bertukar. Suaminya memandang Safyna atas bawah.

"Dia buat apa?"

"Dia.. dia tiba-tiba datang peluk saya. Saya tak selesa! Abang tau kan saya ada trauma!" Suaranya yang bak singa betina tadi kini berubah lebih lunak mengalahkan anak kucing.

Berdesup panahan tajam si suami menusuk ke dalam anak mata Safyna. Kaki mula bergerak menapak ke anak gadis itu.

"Apa yang kau buat dekat isteri aku hah setan?!" Seoktaf naik suara jantannya.

"Sa.. saya.." Buk! Satu tendangan padu hinggap di perut Safyna.

"Tak guna punya betina! Kau ni tak ubah macam kucing kurap! Jijik!" Buk! Sekali lagi dia ditendang.

Kolar baju Safyna dirangkul lalu penumbuk lelaki itu melayang di wajahnya. Berkali-kali. Dia cuba melawan dengan pelbagai cara tetapi akibat dirinya yang sudah terlalu rapuh dan kecewa, kudrat lawannya kian karam.

Sehingga satu tahap, kepalanya dipijak oleh tapak kaki lelaki itu. Ditekan dan dihentak. Berbakul-bakul cacian, makian, hinaan dihamburkan khas untuknya.

Walaupun kepala rasa nak pecah sahaja, tetapi Safyna tetap tidak mahu berpaling dari melihat perempuan yang dianggap sebagai ibunya. Di balik penglihatannya yang kian kabur, dapat dilihat perempuan itu sedang tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Tahu dia menang.. dan kerana itu, rasa bangga mendabik di dada.


————

Siapa sayang Safiyyah Mawaddah angkat ketiak. Haha, boleh tak komen sikit pasal chapter ni sbb saya tau some of you mcm "eh cam pernah tgk lah scene ni" yes I know I know I just ubah storyline dia sikit haha

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now