Laventarine - 83

69 9 0
                                    

Permukaan tin hitam air Monster Energy diketuk-ketuk. Sepasang mata redup itu sedang khusyuk melihat keadaan sekeliling. Sekali-sekala dia menguis-nguis kulit jemari yang lain.

Nyalakan seekor anjing kedengaran di telinga, membuatkan suasana kini menjadi bingit. Iris mata itu terus memaku pada anjing yang sedang menyalak tersebut. Air Monster diteguk kuat sambil mata tak lepas memandang ia.

Tin dijauhkan dari bibir dengan kasar. Dua ulas bibirnya dirapatkan, Safyna tidak dapat menahan daripada menghentak-hentak kaki. Padanya anjing itu terlalu bising dan bingit dan merimaskan! Dia tidak dapat menahan semua itu!

Daripada menahan nafsu untuk bertindak keras, dia terus beredar dari tempat duduknya. Rambut pendek bertona Midnight dimain kasar oleh sebelah tangan. Dapat dia rasakan bahawa ada sesuatu yang aneh tentang perasaan sendiri.

Dia bukanlah sejenis yang suka tayang aurat, keluar sehelai rambut dari tudung pun dah gelabah tak tentu hala. Tapi kini, dia rasa lain sangat. Pada mulanya memang hati dan perasaan berasa gusar tetapi dalam masa beberapa minit sahaja dia dapat menyesuaikan diri.

Ianya bagai sudah terbiasa dibuat. Safyna raup rambut kembali. Dia geleng kepala banyak kali. Entah mengapa setiap kali rasa berdosa, bersalah, illegal dan seangkatan dengannya datang, pasti ada sesuatu yang membanteras ia. Dengan cekap.

Seperti sekarang, elok tadi dia gelabah mencari benda untuk dibuat penutup kepala, pada pertengahan jalan tiba-tiba dia boleh tukar fikiran. Aneh yang nekad. Safyna hela nafas berat, dia sudah tak tahan lagi macam ni!

Ah, lantaklah!

Sedang dia berjalan, secara tidak sengaja bahunya dirempuh kuat dengan susuk tubuh yang lain. Ianya membuatkan Safyna hampir bercium dengan jalan tar, itupun jikalau kakinya sempat diatur. Badan sekilas berpusing ke belakang, mahu lihat gerangan siapa yang cerdik sangat main ragbi tengah-tengah jalan ni.

"Ya Allah, dik! Sorry dik! Akak tak sengaja! Adik okay tak? Ya Allah, sorry sangat-sangat dik! Sorry!" Bertalu-talu suara pemain ragbi berjantina perempuan itu meminta maaf kepadanya.

Bahu dia dipegang, perempuan itu menundukkan sedikit badannya supaya mencecah ketinggian Safyna. Tak tahu apa yang nak dirasakan sekarang, dia hanya merenung perempuan itu dalam-dalam.

"Adik okay tak ni? Akak minta maaf eh kalau adik ada cedera kat bahagian mana-mana."

Safyna ukir senyum nipis lalu geleng kepala.

"Tak- tak apa. Saya okay."

Perempuan itu memegang bahagian tengah dadanya, buat seperti lega mendengar khabar itu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, mahu mencari sesuatu.

"Adik.. mana mak ayah adik? Adik tak boleh keluar sorang-sorang macam ni. Bahaya tau sekarang.." dia menyambung. Terpacul saja soalan 'mana mak ayah' itu terus Safyna rasa mahu putar bebola mata ke atas.

Mujur tak keluar saja ayat 'mak ayah saya dah lepak underground'.

"Dia orang tak ada dengan saya. Saya datang sini sorang-sorang" jujur Safyna. Riak perempuan itu berubah terkejut separuh nafas.

"Ya Allah, dik.. Macam mana boleh terlepas dari dia orang?"

Safyna geleng kepala, dia hanya menunduk ke bawah. Bibirnya mula mencebik-cebik, rasa sebak akan nasibnya yang malang itu. Pantang orang bertanyakan tentang mak ayah, pasti dia rasa mahu nangis. Akhirnya, itulah yang terjadi.

Air mata mula memenuhi bahagian dalam kelopak mata. Mata dan hidung perlahan-lahan bertukar merah. Hidungnya juga mula berair.

"Ya Allah dik, jangan nangis.."

"Saya rindu mak ayah saya. Saya rasa macam saya dah hilang dia orang.. saya tak nak akak.. Saya rasa sunyi sangat kalau benda tu betul-betul jadi!" Bergetar suara Safyna ketika bertutur. Dia lantas memeluk perempuan di hadapannya.

Belakang badan ditepuk perlahan, perempuan itu cuba menenangkannya.

"Adik.. adik jangan nangis. Hah, akak ada idea. Adik nak gula-gula tak?" Dia memberi satu cadangan. Safyna perlahan-lahan meleraikan pelukan itu.

"Gula-gula? Nak! Tapi, tak apa ke?" Kepala mengangguk laju. Dirinya sekarang persis seorang budak 7 tahun ke bawah.

"Tak apa! Adik nak apa? Akak belanja semua!"

Safyna menyeka air matanya yang berlinangan di pipi.

"Nak lolipop dengan gummy bear. Saya suka gula-gula macam tu."

Setelah itu hidungnya dicuit lembut. Perempuan itu menegakkan tubuhnya kembali. Lengan Safyna dirangkul kemas.

"Jom, kat depan sana ada kedai gula-gula. Adik cakap je nak apa, akak belanja!"

Safyna tersenyum manis.

"Akak" dia menyeru, perempuan itu menoleh.

"Nama akak apa?"

"Oh? Nama akak? Nama akak Sabrina. Adik boleh panggil Kak Sab je" hilaian tawa kecil meletus di bibirnya.

"Ohh.. nama saya Safyna. Akak panggil Fyn je" dia mengorak senyum manis.

Di kala itu, matanya hanya tertancap pada ekspresi wajah perempuan bernama Kak Sab itu. Bibir tak lekang mengukir senyuman.

Usai membeli apa yang dikehendaki, Kak Sab menjemput Safyna ke rumahnya. Gadis itu tidak membantah, hanya mengangguk bersetuju.

Pintu kereta Honda Hr V ditutup. Belakang badan disandarkan santai pada kusyen empuk itu. Dia melihat Kak Sab di sebelah, bersabung saja pandangan mereka terus masing-masing tak lepas ukir senyuman.

Safyna membetulkan posisi duduknya. Lolipop berbentuk hati itu setia berada di dalam mulut. Nikmat. Dia berpaling ke hadapan pula, menikmati pemandangan ciptaan Allah. Ketika itu jugalah, sekali lagi dia tertancap pada sekeping gambar yang tergantung di sela-sela minyak wangi kereta.

"Kak Sab.. Siapa dalam gambar ni? Cantiknya dia!" Sebuah pujian diberikan daripada Safyna.

Kak Sabrina turut mengalih anak matanya ke arah yang ditujukan, dia memandang Safyna lalu perlahan-lahan memegang gambar itu.

"Oh ni.. Kalau Safyna nak tahu, ni lah kakak Kak Sab. Nama dia Safiyyah Mawaddah" aku Kak Sabrina.

Sejurus itu sekilas Safyna memandang orang sebelahnya.

"Apa kak?"

"Hah? Safiyyah Mawaddah. Dia memang cantik pun, baru semalam dia balik honeymoon dengan suami dia" jelas Kak Sabrina lagi. Mengenangkan kedatangan baby fruit pasangan suami isteri itu, makin melebar senyumannya.

"Kenapa, Safyna?" Soalan diajukan.

Safyna hanya geleng kepala. Dia ukir senyuman nipis sebelum kembali sandar pada kusyen hitam itu. Buat-buat santai, tak mahu menampakkan rasa terkejut yang melanda. Sungguh, dia terkedu dan terpaku.

Gambar perempuan itu dikerling sekali lagi, memang tak dapat dia nafikan bahawa wajah 'Safiyyah' di dalam gambar itu sama seperti gambar arwah ibunya. Sebiji. Dua tiga empat kali cek, tetap juga dia tak boleh menipu akal dan diri sendiri. Betulkah itu ibunya, Safiyyah?

Ya Allah, apa pula kejutan kali ini..

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now