Laventarine - 35

142 21 3
                                    

Kaki dirapatkan ke dada, lantai kosong dipandang lama. Sekarang ni dia tak tahu lah berapa banyak sakit yang perlu ditanggung. Luka dan parut baru masih tersemat di belakang badannya. Terlalu sakit sampai dia sendiri dah tak rasa apa-apa. Rasa kosong sahaja. Tindakan berani matinya berjaya menggugat sisi amarah si nangka busuk dan orang tua gila itu.

Mengingatkan perihal tersebut, ketawa bebas dihamburkan. Lucu apabila teringat muka tenuk tercekik panadol itu, tahu pun nak marah. Biarpun mukanya habis digesel tapi Safyna berasa puas. Rasa bangga pula. Kini dia berseorangan, di dalam rumah semestinya. Selepas perut menerima penangan padu Pak Zail, mereka meninggalkan Safyna begitu sahaja. Keluar entah melesap ke mana.

"Haih.. Zail, Zail.. Kau pecahkan lah muka aku sekalipun, aku tetap tak akan mengalah. Kalau kau boleh replace isteri sendiri dengan cara kotor, jadi tak salah kan kalau aku replace nyawa kau dengan cara kotor juga? What was given is what you're gonna received" ujar Safyna berseorangan. Pisau di tangan ligat dipusing-pusingkan. Mungkin sedang membayangkan bagaimana rupanya ketika menyiat kulit orang yang pernah mengkhianati.

Tiba-tiba kedengaran tingkap diketuk daripada luar, menganggu lamunan Safyna. Gadis itu mendongak ke atas, badan perlahan-lahan bangun dan kepala meninjau ke luar. Iris bulatnya melihat seseorang sedang melambai, anak siapa pula yang main lambat-lambai tangan ni? Mata dikecilkan.

"Safyna! Safyna! Bukak pintu ni! Aku nak masuk!" Jerit satu suara dari luar.

Ini macam suara.. Hannah! Terus mengalahkan pelesit Safyna memulas tombol pintu. Daun pintu dikuak besar dan anak mata dijamah dengan sebuah figura perempuan. Hannah dengan senyuman lebarnya, bersertakan beg baju dibahu, sedang melambai ke arah Safyna. Mereka saling membalas senyuman.

"Masuk lah" jemput Safyna.

Hannah terus menapak masuk setelah dipelawa, pintu kayu itu ditutup kembali. Mereka menyusun langkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Kenapa kau datang balik ke sini? Macam mana kalau Pak Zail tu nampak kau? Tak ke teruk jadinya. Lagi-lagi bila dia dah bagi warning. Kau ni, Hannah.." kata Safyna, dahinya berkerut. Tak sanggup dia mahu melihat sahabat sendiri kena bedal dengan orang tua tu.

"Alah tak apa, dia belasah aku, aku belasah lah dia balik. Benda senang buat apa kita susahkan? Yang kena risaunya sekarang ni, kau tu. Eh apa si kodok tu dah buat dekat kau? Mesti dia balik lepastu pukul kau, kan? Eh meh sini aku scan kau jap" Hannah segera membelek-belek tubuh Safyna.

"Ish tak ada apalah. Kalau aku kena pukul pun, benda biasa kut. Aku dah tak ambil kesah sangat. Apa yang nak jadi, jadi lah. Apa yang dia nak buat, buat lah. Biar je. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang" kata-katanya hanya sekadar mahu menyedapkan hati Hannah. Tak mahu perempuan tu risau, gelabah sangat.

Hannah pandang dia atas bawah, dua kali. Tak percaya nampaknya.

"Iyew lah tu.. Kalau betul kau tak ambil kesah, mesti kau tak ambil kesah kalau aku suruh kau buat free show badan kau, kan? Jangan travel, aku datang sini bukannya lenggang kangkung, aku datang sini sebab nak rawat luka kau" Hannah senyum, mata coklatnya dikelip-kelip kan.

"Kepala bahulu kau lah! Lambat lagi aku nak tayang bodi. Bukannya cantik pun, penuh dengan parut je. Corak abstrak haa.. kau hado? Tak ada, hmph lemmmah. Slebew!" Akhir katanya Safyna ketawa, jenaka sendiri digelak kuat. Mengundang ketawa janggal Hannah serta kening yang berkerut.

Tangan Hannah menepuk kuat peha Safyna, dia sendiri tak tahu sama ada mahu gelak atau kesian. Ditenung dalam Safyna yang sedang ketawa sehingga hampir jatuh kerusi, ini.. Safyna ke? Tak mungkin selepas ketakutan yang melampau, emosinya tiba-tiba berubah hyper?  Apapun dia gembira apabila melihat keadaan si sahabat yang masih boleh ketawa, harap lah senyuman dan gelaknya itu tidak terpadam. Hannah ketawa kecil.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora