Laventarine - 48

118 19 1
                                    

"Ini kerja berkumpulan ataupun berpasangan. Make sure everyone works as a team instead of individually. Kalau suruh kamu buat sorang-sorang, sampai cikgu mati pun tak siap kerjanya. Dah, bergerak semua sekarang!" Arah Cikgu Zafrel tegas.

Tergopoh-gapah semua pelajar bergerak mencari pasangan. Semua pakat berkepit dengan partner masing-masing sampai tempat duduk pun boleh jadi bahan gaduh. Apa malas sangat nak angkat kerusi sendiri, kerusi plastik je pun bukannya berat. Anak mata Safyna hanya menyaksikan gelagat manusia-manusia sekelasnya, tepis ke tepi dia terus menumpukan perhatian pada sebuah buku nota.

Pasangan? Mahu masuk kumpulan mana? Bila jeling balik kepala-kepala yang berkumpul, dia lagi rela duduk berseorangan. Terutamanya kumpulan minah-minah otak tak center tu. Siapa lagi kalau bukan Si Farhana, Syasya dan Amira. Tergedik-gedik dengan kumpulan lelaki di sebelah mereka, sentuh sana sentuh sini, masing-masing syok melayan sampai rasa nak jirus guna Air Zamzam. Meluat!

Safyna geleng kepala, daripada buat tambah dosa kering alangkah lebih baik dia buat-buat sibuk dengan diri sendiri. Anak mata Cikgu Zafrel sudah merenung ke arah sini, janganlah dia buat hal pergi soal siasat pula. Hannah ni pun satu, kenapalah dia tak datang?

"Boleh aku join kau?" Sapa satu suara lelaki.

Safyna toleh kepala, matanya disapa dengan susuk tubuh seorang lelaki yang cukup dikenali dan agak rapat, Ridzwan. Kepala dianggukkan tanda setuju. Dengan senyuman manis bersama lesung pipit di pipi, Ridzwan menarik kerusinya di sebelah Safyna. Dia meletakkan buku serta kotak pensel di atas meja biru itu lalu duduk.

Safyna telan liur, tak pernah-pernah lagi dia bekerja dengan lelaki. Boleh harap ke? Kata orang kau tu boleh harap sangat ke Fyn oi?

"Erm.. kau ada idea tak nak mula macam mana?" Tanya Safyna.

Dahi Ridzwan berkerut sedikit, memikirkan permulaan kerja mereka. Dia melabuhkan dagunya ke atas batang pensel yang ditegakkan pada meja.

"Okay, kita buat tajuk dia, pelaporan teknik pemikiran komputasional kat tengah-tengah lepastu buat simbol sama dengan kat tepi, dua-dua" ujar Ridzwan sambil menggerakkan penselnya.

"Itu aku tahulah. Ni macam mana nak sumbat 5 fasa pelaporan tu. Kertas A4 je dia bagi, memang nota ni nota untuk ringkasan. Bagi lah besar sikit" bebel Safyna. Dia mengangkat kertas A4 putih lagi suci itu, otak tengah proses bagaimanakah jalan penyelesaiannya.

"Haih.. kita tulis kecil sederhana" cadang Ridzwan, pensel kayu itu ditepuk ke meja.

Safyna pandang lelaki itu dengan pandangan kosong tetapi agak menyampah.

"Dah kecil nak sederhana, apa complicated sangat kau ni?" Kepala digelengkan. Ridzwan yang mendengar hanya gelak kecil.

Mereka terus berbincang tentang kerja yang diarahkan, sambil-sambil itu mulut cuba rancak untuk berbual. Tak adalah sunyi mengalahkan tapak perkuburan di antara mereka.

"Kenapa kau tak join kawan-kawan kau yang lain?" Sambil menulis sambil bertanya.

Ridzwan senyum kelat.

"Tak apalah, aku yang tak nak masuk geng diorang."

"Aku nampak diorang okay je dengan kau. Tadi pun diorang ada panggil kau suruh masuk sekali. Kau tolak, kenapa? Korang.. ada masalah ke?" Tanya Safyna lebih lagi. Saja nak tahu cerita orang, sekurang-kurangnya dia bukanlah jenis kaki kepoh.

"Ye ke? Entah lah, mak aku cakap kalau langsuir panggil jangan nyahut" selamba Ridzwan membalas. Ianya mengundang gelak kecil Safyna.

Ridzwan angkat kepala memandang orang di hadapannya, dia turut ikut gelak sekali.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now