Laventarine - 24

251 26 2
                                    

Safyna meraung-raung meminta pertolongan walaupun mulutnya bagaikan dikunci rapat. Air mata tidak berhenti mengalir daripada keluar, tangisan rayuan. Sungguh hanya Allah sahaja tahu betapa takutnya dia. Jika boleh, dia mahu nyawa ditarik sekarang juga. Lebih cepat lebih bagus, takut semakin menebal dan menyelubungi diri.

Ketika tangan Pak Zail memegang kedua belah bahunya, Safyna serta merta menutup mata. Erat-erat. Dia berserah sepenuhnya.

Sentuhan orang tua itu kian terasa hangat, membuatkan Safyna berasa semakin selesa. Waktu seolah-olah terhenti, segala aksi keji tadi bagaikan sudah lenyap. Tapi itu tidak membuatkan Safyna daripada berhenti menangis dan merayu untuk dilepaskan.

"Tolong lah lepas.. Pak Zail tolong.. Safyna sakit sangat ni.. tolong lah.." rintihan masih lagi berterusan.

"Fyn! Safyna!" Sapa satu suara asing.

Suara itu berterusan menyerunya. Namun, ia hanya kedengaran samar-samar di gegendang telinga Safyna. Kelopak mata yang memberat diusahakan juga untuk dibuka.

"Hey, Fyn! Ni aku! Hannah! Kau sedar tak? Fyn!"

Pandangan Safyna disapa oleh seraut wajah yang agak dikenalinya walaupun semua benda kelihatan tidak jelas, kabur. Berkerut-kerut dahi Safyna, cuba memproses apa yang terjadi. Makin lama iris mata dapat melihat pandangan dengan lebih jelas. Hannah dan adiknya, Hansa yang berada di sisi.

Lihat saja muka Hannah, Safyna lantas memeluk erat sahabat baiknya. Dia menenggelamkan muka di balik leher Hannah lalu menangis teresak-esak. Terpinga-pinga Hannah melihat kelakuannya, tanpa basa-basi, sebelah tangan dinaikkan ke belakang badan Safyna lalu mengusap-usap lembut tanda memujuk.

"Kenapa ni, Fyn? Apa dah jadi?"

Soalannya dibiarkan tergantung untuk beberapa detik sebelum Safyna perlahan-lahan membuka mulut.

"Aku takut, Hannah. Aku takut. Aku tak kuat nak hadap. Aku penat sangat-sangat, Hannah. Sumpah aku penat. Aku penat dengan semua benda. Kenapa dunia ni jahat sangat? Apa dosa paling besar aku pernah buat? Silap apa yang aku pernah buat sampai korang layan aku macam ni? Hati aku ni dah jadi debu, dah tak ada tempat untuk luka baru. Aku stress lah, Hannah. Aku nak rehat aku nak tidur aku tak nak hadap realiti ni lagi. Aku takut, Hannah.. tolong lah.. aku takut dengan semua orang. Apa dah jadi dengan aku? Aku penat. Siapa aku? Kejut lah aku. Aku tak nak mimpi ngeri ni lagi. I am lost. Aku penat.. nak rehat" luah Safyna dalam nada perlahan, meskipun dia sendiri tak tahu apa yang dibahaskan.

Nak rehat.

Itu sahaja ayat yang asyik diulangi oleh Safyna. Hannah pula terus mengiyakan permintaan tersebut, Safyna dipapah naik ke tingkat atas dengan dituruti oleh Hansa.

Sampai di pintu bilik kepunyaan Hannah, dia menyuruh Hansa untuk mengerjakan hal sendiri. Tidak mahu adiknya menganggu masa di antara dia dan Safyna. Setelah itu, mereka bersurai dan Hannah kembali berbalik kepada Safyna.

Apabila pintu kayu itu ditutup, Safyna dibaringkan di atas katil. Sedari tadi tangan gadis itu tidak berhenti menggigil. Kaki dirapatkan ke arah dada, Safyna baring menghadap Hannah di sisi. Jari-jemarinya menggenggam tangan Hannah, sebagai tanda dia mahu kehangatan yang menyelesakan.

"Fyn.. kalau kau larat nak bagitahu, kau boleh tak cerita kenapa kau meracau-racau tadi? It's okay if you don't want, aku tak kesah" ujar Hannah, rambut yang menutup dahi Safyna diselitkan ke tepi.

Keadaan Safyna sekarang ini tidak ubah seperti mayat baru lepas kena perap. Mayat hidup. Matanya bengkak kesan daripada menangis, bibirnya kering, bawah matanya menjadi merah kehitaman dan tangan yang masih menggigil tak ke sudah. Soalan Hannah dibiarkan kosong buat seketika waktu, tenaga mahu bercakap pun sudah hilang.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now