Laventarine - 49

106 26 4
                                    

Sebaik sahaja kaki kepada tuan empunya badan itu menapak masuk, Safyna berdoa alangkah lebih baik jika dia cacat penglihatan. Tak sanggup nak hadap kehaukan kerak nasi tu. Mogok terus harinya.

Cikgu Hayyan memandang seisi kelas tersebut, bibirnya tersenyum manis.

"Oh, semua dah ada kumpulan masing-masing ye? Kalau ye, tak payah dah nak gerak ke tempat masing-masing. Memandangkan kerja kita hari ini ialah kerja berkumpulan, jadi.." Cikgu Hayyan menapak ke tengah-tengah kelas untuk memberi beberapa taklimat.

"Saya nak kamu semua berada dalam kedudukan ini bila kita masuk bilik seni nanti. Kerja macam biasa, saya nak kamu semua lakar sebuah lukisan mengikut kreativiti dan untuk bahagian mewarna, saya nak kamu guna oil colour. Jadi lukisan tu nampak lebih kemas dan cantik. Okay?" Ujar Cikgu Hayyan.

Telinga sudah menangkap beberapa dengusan daripada mulut pelajar lain. Terutamanya, lelaki. Bukan gemar sangat bab-bab melukis, mewarna ni. Mendengarkan kata-kata Cikgu Hayyan, Safyna berpaling ke arah Ridzwan di sebelah. Terasa diri diperhatikan, Ridzwan menolehkan kepalanya juga.

"Kenapa?" Soal Ridzwan.

"Tak ada apa. Saja usya" balas Safyna sambil mengeluarkan barang yang perlu dibawa.

Kesemua pelajar menolak kerusi masing-masing ke dalam tempat yang sepatutnya, kemudian berpusu-pusu keluar untuk pergi ke bilik seni. Berbaris? Benda itu dah lapuk bagi mereka.

Setibanya di bilik seni, mereka berkumpul mengikut kedudukan asal seperti di dalam kelas. Safyna sengaja mengambil tempat di barisan tengah-tengah supaya kalau ada orang nak kacau, mata-mata lain boleh menjadi saksi. Dia meletakkan barang yang dibawa di tepi tempat duduknya. Punggung dilabuhkan setelah penat berdiri.

Kedengaran kerusi diseret menghampiri diri, Safyna mengangkat kepalanya. Rakan sepasukan, Ridzwan semestinya. Lelaki itu turut melabuhkan punggung di sisi, perhatiannya ditumpukan pada bebelan Cikgu Hayyan di hadapan.

Telinga dipekakkan, tak sudi nak terima suara tersebut. Nanti kalau dah selesai pandai-pandailah dia tanya pada Ridzwan.

"Cikgu suruh buat apa?"

"Lukis dan cat ikut kreativiti" balas Ridzwan. Dia mengambil beberapa batang berus berbagai jenis dan sebuah kotak berisi cat minyak.

"So, kita nak buat apa?" Tanya Safyna lagi. Kalau ikut kepala dia, mahu bermacam-macam idea dia sumbat.

Ridzwan terlihat sedang memerah otak, dia membongkokkan sedikit badannya ke arah papan di hadapan sebelum membuka mulut.

"Apakata.. kita buat gambar bayangan hitam separuh lelaki separuh perempuan. Background, kita buat tona kelabu campur putih. Tambah dekat bahagian tengah-tengah bayangan ni, letak ular dan tikus. Bahagian lelaki, ular. Bahagian perempuan, tikus. Warna ular ni, kita buat warna ungu. Okay?" Cadang Safyna. Tak terfikir pun idea tu, tapi entah macam mana boleh terlintas.

Ridzwan angguk kepala perlahan. Mengerti apa yang dicadangkan. Lantas dia mengambil botol cat berwarna hitam dan sebatang berus ukuran sederhana besar. Safyna turut menolong, dia melakukan perbuatan yang sama. Sambil berkerja, sambil mereka berbual-bual untuk mengisi masa.

"Nanti cikgu tu nak kita huraikan tentang projek lukisan ni. Disebabkan ini idea kau, jadi apakata kau bagitahu aku pasal benda alah ni" pinta Ridzwan. Tangan bergerak ke bahagian kosong untuk mengisi ruang.

"Sebenarnya kan, aku main cakap je. Benda tu tiba-tiba terlintas. Tapi aku boleh bagitahu kau, ikut kepala otak aku yang sekarang je lah. It's a two sides of a person. Lelaki dengan ular ialah side yang liar. Jahat dan kejam, pemangsa. Dia selalu memandang rendah pada kaum perempuan yang bersifat seperti tikus. Bagi dia, tikus dan perempuan sama saja, menyusahkan. Layak jadi mangsa dia" warna hitam dicalitkan pada bayangan perempuan.

"Little did he know, he was just a piece of shit and not as expected. He thought he was a predator but it was completely wrong. Maybe yes, but only a freaking loser. Dia boleh buat apa, jadi pemangsa je? Such a loser. Why choose only one character when you can choose both? Lagi bagus, kan? Unlike the other one, the mouse nature which is considered weak by many people is also called a prey, but it is also the one that eats and destroys the lives of its victims. The predators, the better. Antagonist and Protagonist, combine the two of it. Sama lah macam apa yang kaum Hawa, perempuan lalui. Anggap kami ni lemah tapi lebih kuat daripada yang orang lain sangka" terang Safyna lagi.

Dia tak kesah kalau si Ridzwan nak cakap yang dia ni terlalu agungkan kaum sendiri, acah bagus bagai. Sekurang-kurangnya dia yakin, jantan zaman sekarang.. troublesome.

Ridzwan seperti terkedu dengan penerangan yang dibuat oleh Safyna. Sedar akan maksud di sebalik kata-kata itu. Mungkin ada betulnya, ye betul.

"Tak ada binatang lain ke kau nak letak? Tikus juga?" Mulut mendengus lalu ketawa kecil kedengaran.

Safyna jongket bahu lalu sambung membuat kerjanya. Dia dah cakap, ikut kata otak dia je.

"Nanti kau datang rumah aku kan, aku nak ajak kau dengar sekali playlist aku. Mesti kau suka punya, lagi satu, kita boleh tengok kdrama. Aku-"

"Kau layan kdrama?!" Soal Safyna mengejut, besar dan bersinar-sinar matanya.

Ridzwan teragak-agak mengangguk. Apa, kenapa terkejut sangat?

"Kau layan kdrama apa?"

"Oh, aku layan cerita.. cerita biasa. Aku minat banyak gila wei, sampai aku buat satu buku untuk senaraikan drama yang aku dah tengok haha. Aku suka, minat, recommend gila, Mouse, Save Me, Strangers from Hell, Vagabond, The K2, Vincenzo, Midnight, The Witch, Extracurricular, Sweet Home, Happiness, My Name, Flower of Evil, Voice, Beyond Evil, Taxi Driver, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, It's okay that's love, The Guest, Signal, Tell Me What You Saw, Descendants of the Sun, Juvenile Justice, Lawschool, It's Okay to Not Be Okay, Romantic.."

"Dah dah dah. Otak aku tak boleh nak tangkap lagi. Bro really listed up the whole kdrama." Safyna geleng kepala. Termenung dia ketika Ridzwan menyenaraikan segala tajuk kdrama yang digemari.

"Aku ketagih do dengan lagu B.I bar-"

"Rancak bersembang nampak. Romantik betul cikgu tengok, ce cerita sikit apa korang bualkan" sapa satu suara langsuir di gegendang telinga.

Safyna dan Ridzwan masing-masing terkedu apabila melihat Cikgu Hayyan datang secara tiba-tiba. Mereka berpandangan seketika sebelum membenarkan Cikgu Hayyan menyampuk suasana indah tersebut.

Dengan selambanya Cikgu Hayyan mengambil tempat di sebelah Safyna. Gadis itu teguk liur, berus ditangan digenggam erat dan kuat. Tak kenangkan situasi sekarang, ada juga yang dia cungkil biji mata guna berus kayu. Rasa tak selesa ya amat.

Tiba-tiba terasa kerusi yang didudukinya ditarik ke tepi. Toleh kepala, Ridzwan tukang tariknya. Lelaki itu menarik kerusi kepunyaan sendiri ke sebelah Cikgu Hayyan, tempat asal Safyna lalu duduk. Kerling wajah lelaki berpangkat cikgu itu sebelum sambung memberi tumpuan kepada projeknya kembali.

Cikgu Hayyan berdehem.

"Wow, kamu berdua buat apa ni? Ada tikus, ada ular.." kata Cikgu Hayyan bersahaja. Mungkin terkedu apabila mangsa pedofilia kesayangannya dijauhkan.

Ridzwan dan Safyna tidak memberi sepatah jawapan.

"Ada bayang perempuan dengan lelaki. Yang lelaki ni mesti hensem orangnya. Macam cikgu" suara nyamuk itu berbunyi lagi. Tetapi tak diendahkan, biar padan dengan muka tu, sudahlah perasan hensem.

"Haah. Macam cikgu, betul" Safyna mengiyakan sahaja, tersengih Cikgu Hayyan mendengarnya. Ingat orang kata ikhlas lah tu.

"Kitorang memang buat lelaki ni cikgu. Cikgu dan ular, living things acah predator dengan kehaukan diri" senyum terlebih ikhlas di hujung ayat. Anak mata Safyna dapat melihat sengih kambing itu kian pudar, tetapi cuba dikawal agar terlihat macho.

"Ridzwan, awak ni kenapa? Tak bercakap dari tadi. Tak sihat ke?" Cikgu Hayyan cuba menukar topik. Safyna sahaja yang sibuk melayan perangai si penyampuk itu walaupun hati sesuku ikhlas, Ridzwan pula sudah beku dirinya sejak kedatangan Cikgu Hayyan.

"Dia sihat je. Tapi tulah, Ridzwan pernah cakap yang mak dia pesan kalau langsuir panggil jangan menyahut" gelak hambar. Hujung mata Safyna dapat melihat senyuman yang cuba ditahan oleh Ridzwan. Seronok membahan Cikgu Hayyan yang kelihatan seperti baru lepas kena hentam dengan sesuatu.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now