Laventarine - 36

141 19 0
                                    

Bunyi jam berdering mengejutkan Safyna daripada tidurnya. Kelopak mata perlahan-lahan dibuka, tangan naik menggosok-gosok mata. Kepala berpaling ke tepi, mahu melihat sudah pukul berapa.

6:45

Hampir terjatuh kerusi Safyna dibuatnya. Macam mana dia boleh bangun lewat ni? Ini mesti sebab buat live semalam, badan dah penat lepastu paksa diri tak tidur. Jadi burung hantu sampai pukul 4 lebih. Haduh.. masak lah kena tadah telinga nanti.

Tanpa melengah lagi, badan terus bangkit dari perbaringan. Rumah macam biasa, sunyi. Orang tua itu entah ke mana melesapnya pepagi buta ni. Tapi dia tak kesah, tak balik langsung pun tak apa. Kaki terus menapak ke bilik air, mahu mandi. Nasib hari ni hari Rabu, tak payahlah tergopoh-gapah dia nak sarung baju sekolah.

Jarak rumah ke sekolah mengambil masa yang agak lama kalau berjalan. Tak terlalu lama, tak terlalu sekejap. Cukup-cukup. Tapi kalau buat larian pecut rasanya sempat kut sampai sebelum pak guard tutup pagar. Maklumlah hari ni dia pekena seluar, nampak lah juga peluang kelip-kelip tu.

"Hah nasib sempat sampai, kalau tak jadi beruk lah kamu nak panjat pagar ni" ujar pak guard yang baru menyentuh pagar besi.

Dalam tercungap-cungapnya Safyna angguk kepala. Sempat dia berterima kasih sebelum berlalu masuk ke kawasan sekolah. Hiruk-pikuk suasana di dataran perhimpunan, mengalahkan pasar bisingnya. Akibat masa yang suntuk, Safyna hanya meninggalkan beg hitamnya di tepi tiang sekolah. Cepat-cepat dia panjang leher untuk mencari barisan unit pengakap.

"Weh, asal kau lambat? Nasib baik kitorang tak gerak lagi" ujar Hannah separa kuat.

"Aku bangun lambat. Semalam live asmr sampai pukul 4 pagi, plus sebelum tu aku dah penat sangat-sangat" tangan naik mengurut-urut bahu yang terasa sengal.

Hannah geleng kepala, simpati dengan nasib sahabatnya yang terpaksa melawan rasa penat melampau.

"Lain kali tak payahlah live sampai pukul 4 pagi, kau dah penat buat lah sekejap je. Orang tua tu pun sekor, harap nak duit je. Kesannya kau yang tanggung. Biul betul" mencanak naik baran di dalam diri.

Safyna mengeluh, alkisahnya semalam memang dia dah layan lena sebelum on live. Tak sampai beberapa minit badan tiba-tiba kena tarik, buka mata nampak wajah berang Pak Zail kirim salam.

Suara guru bertugas meredakan hiruk-pikuk dataran perhimpunan. Arahan supaya diam telahpun diberi tapi seperti biasa, masih ada cekadak yang gatal nak buka mulut. Penting sangat agaknya mesyuarat tingkap mereka tu.

"Aku dengar Cikgu Hayyan yang iring kita nanti. Akhirnya aku boleh ratah muka cikgu puas-puas!" Suara pertama.

"Ye ke? Ok lah tu. Aku pulak ada dengar yang cikgu jadi guru kelas 3RK1. Untung dowh budak kelas situ!" Suara kedua.

Safyna dan Hannah yang mendengar hanya menunjukkan riak menyampah. Dasar penjilat Hayyan Eskandar! Gatalitis! Kenapa lah sekolah ni bersepah budak-budak gedik? Bernanah telinga mendengarnya. Hannah pandang Safyna, mahu memastikan si sahabat tidak diserang panic attack.

"Safyna.. kau okay tak ni? Mestilah tak, kan?" Hannah menyoal.

"Eh, aku okay je" masih cuba menafikan. Riak muka yang pucat jelas menunjukkan betapa gemuruhnya cik jantung.

Hannah pandang Safyna atas bawah atas bawah, budak ni try hard betul tak nak tunjuk perasaan.

Unit pengakap diarah untuk berada di dataran perhimpunan sahaja. Pecah kepada beberapa barisan supaya telinga senang nak tangkap maklumat. Lebih bagus kalau masing-masing ada bawa buku catatan.

Suara garau yang cukup dibenci mula bergema di sekitar dataran. Safyna rasa mahu tekup telinga sahaja, malas nak dengar. Tak pasal-pasal dia buat dosa kering pagi-pagi ni hanya kerana suara seseorang.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now