Laventarine - 81

70 10 0
                                    

Usai mengucapkan terima kasih kepada Mr. Aizack, Safyna pusing badannya. Panorama yang nampak megah di luar tetapi penuh 1001 rahsia dan keperitan di dalamnya. Dia kembali semula ke balung neraka ini, rumah Pak Zail.

Sebuah rumah dua tingkat yang besar, dihujani dengan harta dan duit tetapi kekayaan tersebut tak pernah dia rasa sedikit pun. Bila je gamaknya tuan rumah nak jamu tetamu asing?

Safyna menapak masuk ke dalam perkarangan rumah itu, nampak indah je dari luar. Makin dia maju ke hadapan makin berat hatinya terasa. Dia masih gentar akan malaikat bertanduk syaitan itu.

Daun pintu diselak dari luar, dia cuba mengintai sedikit daripada muka pintu. Keadaan rumah sunyi sepi. Toleh kepala balik, kereta dan selipar bedebah-bedebah owner rumah ada je. Lidahnya mula bermain di dinding mulut. Kepalanya memproses sesuatu.

"Ni mesti ada sesuatu.."

Safyna mendengus kasar, dia perlahan-lahan membuka dengan lebih luas pintu itu. Tak apalah, bukannya tak biasa. Dari kecil sampai besar semua dia dah hadap.

Salam diberi, langkah kanan dimulai. Pintu ditutup dengan penuh berhemah. Safyna dongak kepala kembali dan pusing ke belakang.

BUK!

Seperti yang diduga, mesti ada yang tidak kena. Baru saja dia pusingkan badan tiba-tiba belakangnya dihentak kuat oleh sesuatu benda yang keras. Kayu golf.

Safyna jatuh terjelepuk ke atas lantai. Posisi badan dibongkokkan lalu dia mengerang kesakitan. Kedengaran hilaian tawa besar bersama derapan kaki seseorang menghampirinya.

Dia tak berani dan tak mahu toleh muka. Cukup suara jantan itu melintasi gegendang telinga, terus otak lancar mogok.

Hilaian itu terhenti apabila tuannya berdiri di sebelah Safyna. Kedua belah tangan menongkat pada kayu golf yang ditegakkan. Badan sedikit membongkok sambil mulut tak berhenti ukir senyum sinis.

Kayu golf diangkat separas udara lalu dihayunkan pada tubuh Safyna. Sekali lagi gadis itu menjerit kecil.

"Ahahaha.. Safyna.. Safyna.. kau ni memang berani orangnya, kan? Aku suka.." Pak Zail berjalan-jalan di sekeliling anak gadisnya sambil sebelah tangan menyeluk kocek seluar.

"Aku tak akan pernah faham kenapa kau ni berani dan mudah tak putus asa. Tapi tak apa, jujur aku suka cara kau. Cara kau yang sememangnya berani nak ledakkan darah aku! Disebabkan tu.. aku teringin nak bagi kau hadiah."

Lantas kayu golf putih tersebut dihayun-hayunkan lalu dengan gaya seorang pemain golf berjaya terus berdesup ia bersentuhan dengan tubuh Safyna.

Pak Zail ukir senyum puas. Dia cuba mengawal air mukanya yang berang dan marah. Erangan sakit Safyna langsung tak dihiraukan. Genggaman pada kayu golf itu dikejapkan sebelum dia lunas kembali nafsu amarahnya. Berkali-kali, lagi dan lagi.

"Kalau aku tak bagi, maknanya tak bagilah! Apa bodoh sangat kau ni! Kau berani malukan aku depan orang ramai! Kau berani pijak kepala aku depan orang ramai! Haha, kau berani sebab kawan tak guna kau tu je! Tapi sebenarnya kau ni pengecut yang layak kena tibai!" Zas! Dihentak tubuh Safyna dengan kayu golf itu.

"Eh budak!" Tangan Pak Zail bergegas menjalar ke lehernya lalu meleraikan tali leher hitam yang sedia terbelit itu. Dia humban kasar tali leher itu ke tempat lain. Badan naik memanjat tubuh Safyna lalu terus kedua belah tangan menyambar batang leher gadis itu.

"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku hah! Kau tak nak buat live kau tu aku bagi! Kau pergi keluar lepak pun ada aku halang ke bodo?! Kau ni memang jenis tak reti bersyukur!" Pak! Sebelah tangannya menampar pipi Safyna. Dia mengeratkan genggaman pada batang leher gadis itu.

Kolar baju Safyna digenggam kuat lalu tudungnya ditarik kasar.

"Iblis macam kau tak layak nak bertutup litup lah! Tak payah nak perasan kau ni perempuan lindungan Kaabah!" Buku lima yang dikepal erat mendarat di pipi Safyna setelah itu.

Tulang belakang ditegakkan kembali, dada berombak laju seraya mengumpulkan semula nafas yang sudah berterabur akibat amarahnya. Dia menapak ke belakang sambil meraba-raba permukaan lantai. Tangannya mengambil semula kayu golf itu lalu sekali lagi ia dihamburkan pada tubuh Safyna.

"Bengap macam kau.. tak layak hidup!" Buk!

"Kenapa.. kenapa kau jadi anak aku?! Kenapa? Kenapa?! Aku tak ada anak pembunuh! Aku tak nak anak pembunuh macam kau!!" Buk! Buk! Buk!

Pak Zail melemparkan kayu golf tersebut. Bergema ke segenap rumah bunyi kayu berlaga dengan lantai. Rambut diraup ke belakang seraya kaki mendarat kasar ke atas perut Safyna. Digerak-gerakkan ia tanpa rasa serba salah.

Pak Zail menapak ke belakang, dia menggenggam tangan Safyna lalu diheretnya ke sebuah bilik. Keadaan Safyna ketika ini boleh dikatakan separuh sedar. Nyawa-nyawa ikan juga boleh dikategorikan. Sungguh apa yang sedang terjadi tidak dapat lagi diproses.

Lali. Dia sendiri pun masih tak dapat teka ceruk mana salahnya. Halwa telinga semakin sayup-sayup kedengaran, penglihatan pula kian kabur dan dipenuhi tompok-tompok hitam.

Bunyi punat pintu ditekan melintasi cuping telinga. Begitu juga dengan bunyi seperti tali pinggang dilonggarkan, bagai seseorang sedang membuka pakaian. Apa yang terjadi setelah itu, sudah dapat diduga. Dia hanya membiarkan orang tua berpangkat ayah kandung melampiaskan nafsu ke atas dirinya. Sungguh tak bermaya.

Safyna perlahan-lahan menutup mata dan akhirnya tidak sedarkan diri.

———

"Just end this shit. You're just a piece of dramatic people"

"Main character moments."

"Jiwang. Acah broken."

"I'm cringing so bad. Let's stop this."

"Aku rasa baik kau berhenti jelah. Aku pun penat dengan storyline kau, tahpape."

"It hurts, right? Well you deserved it."

"The biggest betrayal? Ask your friends."

"Let's just stop this. Kita orang dah bosan, sumpah."

"Tak ada sapa nak kesah pasal kau. Problem sendiri, sendiri settlelah.."

"Aku suka bunga Lavender, kau pun sama. Kau suka lolipop, aku suka lolipop. Kau suka gummy bear, aku pun suka gummy bear. Semuanya sama macam kau, kita ni sepadan kan? Patutlah asyik bersama je. Haha.."

"Kita berdua ni tak jauh beza pun. Nasib kaulah dapat orang poyo macam aku."

"You can't deny the truth. One fine day, kau akan tahu siapa sebenarnya Safyna Nadda. The true colour?"

"Tak sabar, rasa nak maki."

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now