Laventarine - 7

298 39 0
                                    

Hening panas yang menyentuh kulit membuatkan Safyna terjaga. Anak matanya melilau ke sekeliling tempat. Akibat suasana yang gelap tanpa ada sebarang cahaya, tangan meraba-raba tempat dia baring. Lantai sejuk. Maksudnya dia masih berada di dapur.

Safyna hela nafas panjang. Nak bangun tapi seluruh badannya masih terasa berbisa. Terutamanya di bahagian kepala. Namun digagahkan juga diri supaya bangkit. Entah sekarang ni sudah jam berapa, dia mahu lekas bangun dari perbaringan.

Tangannya yang bebas menjadi tongkat dia untuk berdiri. Pegang meja batu sebagai sokongan. Menggigil-gigil Safyna ketika mahu berdiri, disebabkan keadaan rumah gelap jadi dia perlu lebih berhati-hati.

Perlahan-lahan Safyna berjalan untuk mencari suis lampu. Tangannya meraba-raba dinding rumah. Apabila dia berasa seakan-akan bentuk suis, segera jari telunjuknya menekan.

Pap!

Lampu kalimantang ruang tamu rumah berkelip-kelip sebentar lalu memantulkan cahaya terang, menunjukkan itu ialah suis yang betul. Safyna terus menekan suis-suis yang lain dan keadaan rumah tersebut menjadi terang benderang. Kerling jam di dinding, jam menunjukkan pukul 7:45 minit malam.

Dengan kekuatan yang masih ada, Safyna berjalan ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Padahal dalam hati dia tak mahu pun sebab malas menyelubungi diri.

Sebaik sahaja pintu bilik air ditutup, Safyna tolak kepala pili ke tepi dan air jernih mula keluar dan masuk ke dalam baldi. Dia duduk sambil memegang lutut di tepi baldi tersebut.

Anak matanya melana pada lantai. Jiwa dia betul-betul kosong sekarang. Merenung nasib malang diri yang sudah serik dengan kelakuan keji manusia. Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

Setiap kali bangun dari tidur, rasa macam nak berteriak sekuat-kuatnya. Selalu Safyna bertanya pada diri, kenapa dia masih hidup?

Kenapa dia perlu hadap semua duka yang membunuh dirinya. Dari kecil sampai besar, kasih sayang sebesar hama pun dia tak pernah rasa tak pernah sentuh. Nak harapkan orang lain selain Pak Zail, sama saja mereka dengan lelaki tua itu.

Mungkin memang benar dia adalah seorang pembunuh. Seorang pembawa bala. Pantas saja dia dilayan sebegini rupa. Tak layak hidup normal macam orang lain.

Safyna ukir sebaris senyuman palsu. Air matanya dikesat kasar.

"Kau bunuh mak kau sendiri, Safyna. Kau yang bawa bala dekat hidup orang. Kau bunuh mak sendiri. Kau pembunuh. Kau tak layak hidup. Kau pembunuh!"

Sejurus itu Safyna memukul-mukul kepalanya sambil bibir tak berhenti melafazkan kata-kata toksik yang pernah dilontarkan oleh mulut orang sekeliling. Tak cukup dengan itu, tangannya mencarik-carik rambut hitamnya sehingga gugur.

Dia bergelut berseorangan di dalam bilik air. Segala kemarahan, makian dan kata-kata kesat dihamburkan pada diri sendiri. Luka yang belum kering dan masih berbisa juga tak dihiraukan.

Safyna benar-benar berada di titik terendahnya.

Pagi mula menjelma. Safyna yang terlelap di atas sofa turut membuka kedua belah matanya. Tangan naik menggosok-gosok mata.

Dia pandang sekeliling rumah, sunyi. Tiada figura raksasa itu. Hanya ada dia seorang sahaja. Kerling jam bulat di dinding, terus membuntang matanya apabila jarum jam sudah bergerak kepada nombor tujuh. Habis lah dia macam ni, lambat!

Sepantas kilat Safyna turun dari sofa. Kaki segera mencapai tuala di biliknya lalu bergegas masuk ke dalam bilik air. Mandi dan gosok gigi serentak, pedih luka yang menghiasi tubuh badan tidak diambil kesah. Pandai-pandailah dia nak tutup nanti.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now