Laventarine - 54

107 20 1
                                    

Scone yang diselaputi dengan pelbagai nikmat tidak lagi terasa. Mulut perlahan-lahan berhenti mengunyah, tekak tidak lagi menerima masuk makanan. Pandangan mata Safyna kian menunduk ke bawah, badan sudah rasa tidak sedap duduk. Boleh dah kot slow-slow angkat kaki.

Safyna cuba mengelak daripada berhadapan dengan muka orang yang telah mengkhianati dirinya. Bila otak fikir balik, jantan itu ialah salah seorang daripada ahli keluarga Ridzwan. Pakcik, mungkin adik-beradik Puan Sara atau Tuan Aashon. Sungguh dia mati kata sekarang ini. Mahu ikat mati ususnya melihat kedatangan si dia.

"Paan, marilah duduk dengan kami. Ni akak ada buat air teh lebih dengan scone. Mesti kamu suka" pelawa Puan Sara lembut.

"Eh Ya Allah, terima kasih kak" dia senyum kepada Puan Sara lalu perhatiannya beralih ke arah Tuan Aashon dan Ridzwan. Safyna tidak terkecuali juga.

"Abang Ash, abang macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah sihat je. Kamu pula?"

"Alhamdulillah, sihat walafiat. Adalah sikit sakit-sakit tu tapi perkara biasa je pun, tengoklah saya kerja kat mana bang" hujung ayatnya disusuli dengan tawa kecil. Kemain mesra dia dengan keluarga Ridzwan, maklumlah saudara-mara.

"Hah Ridzwan! Uish makin hensem kau sekarang ni!" Sekali pakej memuji dia bagi, tangan dihulurkan kepada Ridzwan untuk membuat 'brother handshake'. Ridzwan turut menyambutnya juga lalu mereka hamburkan ketawa bebas.

"Mana ada, bang. Saya dari dulu memang dah hensem" kalau tak masuk bakul angkat sendiri memang tak sah Tuan Ridzwan ni!

Si Paan senyum lebar dengan karenah Ridzwan. Dia memandang orang di sebelah Puan Sara pula, siapa lagi kalau bukan Safyna. Terasa bagaikan lelaki itu sedang melihatnya, Safyna mengecilkan badan. Buat-buat sibuk dengan hidangan yang diberi.

"Yang tu, siapa pula?" Paan bertanya kepada Puan Sara sambil jari telunjuk menunjuk ke arah Safyna.

"Oh, itu Safyna. Kawan Ridzwan, dia datang sini sebab nak selesaikan projek sekolah diorang. Dah alang-alang datang tu, ajak lah dia makan petang sekali."

"Lah.. orang ingat akak ambil anak angkat, tak pun awek Ridzwan ke.. haha" Paan cuba bergurau. Tetapi gurauannya mengundang jelingan tajam Safyna, kepala mangkuk ayun dia punya awek! Semua orang pakat gelak dengan jenaka hambar Si Paan, lucu tapi jauh berbeza sekali dengan Safyna sekarang ini. Jangan harap dia nak gelak.

"Paan duduk lah, kat sebelah Ridzwan tu ada kosong lagi" pelawa Puan Sara. Lelaki itu mengangguk kepala lalu menapak ke sebelah Ridzwan. Dia melabuhkan punggungnya di situ kemudian sambung sembang bersama dengan keluarga tersebut.

Rancak betul mereka sekeluarga. Sudahlah Si Paan itu duduk dekat sahaja dengan Safyna, rasa seriau, gerun dan takut terus mencanak naik. Kehadirannya memeriahkan lagi suasana tetapi Safyna pula sudah hilang rasa. Nak duduk pun tak selesa, rasa macam dia ialah penyibuk. Minta diri dulu je lah macam ni.

"Err.. Cik Sara, Encik Aashon, Safyna minta diri dulu. Mungkin orang rumah dah balik, dia tunggu Safyna. Terima kasih untuk semuanya" pamit dulu, tak tahan sumpah!

Tuan Aashon dan Puan Sara seakan-akan terkejut dengan Safyna, mereka hanya menganggukkan kepala lalu senyum. Sedikit pesanan diberikan sebelum melepaskan gadis itu pulang.

"Terima kasih.." ucap Safyna ikhlas. Dia perlahan-lahan keluar daripada tapak gazebo tersebut, sempat mata mencuri pandang orang di sebelah Ridzwan. Bagaikan tahu dia akan dijeling, mata mereka bersabung tepat dan Safyna lantas menarik semula anak matanya.

Beberapa langkah sebelum kaki menjejak kawasan rumah, telinga dapat menangkap suara kanak-kanak yang kuat. Bergelak ketawa, menjerit, macam tengah main. Safyna membesarkan telinganya lagi, dia sedaya-upaya mencuba untuk husnuzon bahawa suara itu datang daripada rumah jiran. Tetapi tidak, ianya datang daripada rumah sendiri. Dahi berkerut seribu. Anak siapa pula ni?

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now