Laventarine - 82

67 10 1
                                    

"Fyn.." satu suara garau menyeru namanya.

Safyna toleh ke belakang, sebaik saja dia melihat si pemanggil itu terus matanya bersinar-sinar. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Hujung bibir ditarik lebar, dia terus berlari-lari anak ke arah lelaki itu.

"Fyaz! Fyaz!" Penuh keterujaan nada Safyna memanggil. Lariannya berhenti di hadapan lelaki itu. Sebuah tamparan mendarat pada jaket hitam miliknya.

"Fyaz! Dah lama aku tak jumpa kau!" Riang Safyna berkata-kata.

"Apahal? Kau rindu aku?" Bibir mengoyak senyuman sinis. Terus mogok kulit muka Safyna mendengarnya.

"Tak ada masa aku nak rindu mamat poyo macam kau. Eii.. geli aku!" Safyna tayang muka menyampah. Pandang jejaka itu atas bawah. Fyaz berdecit melihat kelakuannya.

"Apa yang kau nak?" Safyna dipandang.

"Aku ada berita gembira nak bagitau kau!" Penuh keterujaan nadanya.

Tangan menyeluk kocek seluar lalu meraba-raba isi dalamnya. Setelah jumpa apa yang dicari, Safyna menarik tangan kembali. Dia menghulurkan sesuatu kepada Fyaz.

"Apa ni?" Jejaka kacak itu bertanya.

Safyna makin lebar mengukir senyuman.

"Aku dah jumpa alamat kampung mak aku. Maknanya, aku boleh jumpa kubur arwah! Wehehehe.. tak sabar! Ya Allah tak sabar nak pergi!" Penuh rasa keterujaan dalam diri sehinggakan kaki tak dapat berdiam diri. Safyna melompat kecil, hanya Allah je tahu perasaannya sekarang ini.

"Oh, baguslah. Maknanya kau bolehlah luah semua benda kat mak kau" Fyaz membuka mulut. Gadis itu hanya angguk laju.

Mata Safyna tak lepas menala pada alamat yang dituliskan di atas kertas itu. Dengan harapan setinggi gunung Everest bahawa dia dapat menziarahi kubur arwah ibunya. Sedang dia tenggelam dalam dunia sendiri, kepalanya tiba-tiba teringat sesuatu. Senyuman Safyna kian jatuh sedikit demi sedikit.

"Oh, Fyaz.."

"Hm?"

"Aku rasa macam.. aku dah lama tak nampak kau. Bila aku pergi lorong ni pun, kena tunggu kau beberapa minit. Sebelum ni, aku sua kepala sikit je dah nampak batang hidung kau. Kau busy eh lately ni?" Bulat mata Safyna memandang ke dalam iris coklat gelap Fyaz.

Lelaki itu tayang muka selamba seperti biasa. Tetapi kali ini dihiasi dengan senyuman nipis, senipis kulit bawang.

"Merepek lah kau. Aku ada je. Aku selalu ada kat sini. Lorong ni lah tempat kita berdua kenal diri masing-masing. Macam mana aku boleh buatkan kau tertunggu-tunggu kehadiran aku sedangkan aku tak pernah terlajak masa untuk kau?" Balas Fyaz tenang.

Mati karam seribu senyuman Safyna. Dia berkerut dahi, tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh mamat poyo ni.

"Apa maksud kau? Aku.. tak faham."

Sekali lagi, pandangan mereka bersabung. Tajam dan tenang renungan Fyaz terhadap Safyna. Dia bergerak menghampiri Safyna lalu tangan kirinya naik mengusap lembut kepala gadis itu.

"Wah.. tengoklah kau sekarang. Dah makin bahagia, makin bebas, makin cantik, makin berani. Boleh handle semua benda sendiri. Agak-agaknya.. kau rasa aku ni diperlukan lagi ke tak?"

Derapan kaki Safyna perlahan-lahan menapak ke belakang. Usapan lembut Fyaz ditepisnya. Hati bagaikan disentuh oleh sesuatu.

"Fyaz.. Apahal kau ni? Kau nak tinggalkan aku ke? Kau nak hilang macam orang lain buat kat aku ke? Kau penting ke tak penting ke aku tetap nak kau ada dengan aku! You can't do this to me, it's a torture!" Senafas habis Safyna mengungkapkan ia. Perasaan sebak membendung hati.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now