Laventarine - 50

125 23 0
                                    

Nasi goreng kampung disuakan ke dalam mulut. Kunyah dengan nikmat memandangkan itu adalah suapan terakhir. Meskipun perut tidak minta diisi tetapi otak memberi arahan untuk melakukannya. Sungguh dia tak lapar langsung.

Selesai habis mengisi perut, Safyna bangun lalu melangkah keluar daripada kerusi panjang kantin, tangan mencapai pinggan plastik oren tersebut. Baru saja dia mahu meneruskan langkah, tiba-tiba telinga disapa oleh seseorang daripada belakang.

"Tengoklah apa yang aku jumpa. Safyna Nadda. Aihh.. bukan kemain rancak aku tengok kau melayan Cikgu Hayyan tadi. Kau ni memang tak serik-serik ke?" Safyna hanya berdiam diri, nafas dihela perlahan.

"Aku bukan apa lah tapi.. kau fikir kau ni siapa? Menggedik dengan laki orang. Siap buat projek lagi. Kau ni memang suka buat hal ke? Macam ni, aku tak kesah langsung kalau mamat tu nak buat show dengan kau ke apa tapi, makin kau sibuk melayan dia makin sombong eh kau dengan aku. Naik kepala, ingat aku tak boleh kacau kau dah?" Ketawa hambar dibebaskan. Aura pembulinya mula terserlah keluar.

Dia menghampiri Safyna.

"Aku ada cadangan, apakata daripada kau dengan cikgu tu, lebih baik kau dengan aku je? Huh, setakat nak buat projek? Mamat tu kelas bawah jelah. Aku ni.. aku boleh bagi kau lebih. Kau nak berapa, macam mana, bagaimana, aku boleh bagi. Haha, mesti mak kau dalam kubur tu bangga dapat anak macam ni. Saya pinjam anak makcik dulu, nanti saya bayar atas kubur makcik" selamba si pembuli bernama Hariz itu berkata-kata.

Sebelah tangannya naik melingkari leher Safyna dan bibir mengukir senyuman sinis, gembira apabila dapat menyentuh mangsa bulinya. Apabila dia mahu tunduk mencium kepala gadis itu, secara tidak langsung Safyna memerangkap tangannya menggunakan kedua belah tangan lalu badan ditundukkan ke bawah sebelum kaki menapak ke belakang. Tangan Hariz dipusingkan sekilas lalu kaki kanan lelaki itu ditendang kuat oleh Safyna.

Lelaki itu jatuh dan rebah ke atas lantai, diiringi bersama jeritan beberapa orang pelajar yang menjadi saksi. Safyna menapak ke arah meja, pinggan plastik itu diangkat dan sejurus itu ia dihempaskan kuat pada Hariz yang cuba untuk bangun. Derapan kasut perlahan-lahan menghampiri tubuh si pembuli dan tiba-tiba lengannya direntap daripada belakang.

"Kamu buat apa ni Safyna?!" Lantang suara lunak seorang perempuan, Ayesha yang merupakan ketua pengawas sekolah.

"Buat bodoh" lantas tangannya menepis halangan yang merunsingkan itu.

Safyna menapak ke arah Hariz lalu duduk mencangkung di sisi lelaki itu. Kolar bajunya dicengkam kuat oleh tangan kiri Safyna, pandangan redup gadis itu bersabung dengan iris mata Hariz. Tenang tetapi tajam.

"Did you just shit on me? This bitch.. listen carefully. Aku tak kesah langsung kalau kau nak buat segala benda bodoh dekat aku, dan aku tak akan ambil peduli pun pasal tu. At all. Dan sebab itulah kau tak pernah nampak aku naik segala anggota badan mahupun suara aku dekat kau. Sebab aku tak kesah. Musibat yang kau hanyak dekat aku, semuanya tak ada kelas. Not even reach the low class. Terlebih muak, tak selera nak hadam. Tapi bila kau sentuh pasal arwah mak aku, be careful with your fucking life after this" nada suara diperlahankan, cengkaman kolar dikuatkan.

"Where do you think bad people end up?"

Hariz ketawa mendengarnya. Entah faham ke tak, kata-kata Safyna sangat menggeletek hatinya.

"Kau.. ugut aku? Serius lah? Hahaha, kau tak payahlah acah berani sangat! Tempat kau bawah tapak kaki aku je!" Herdik Hariz keras.

Cubaan yang bagus, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Safyna bingkas bangun dan mengutip semula pinggan yang dibaling itu, kaki menapak menuju ke arah besen besar sedia ada. Sekali lagi, tangannya direntap oleh seseorang.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now