Laventarine - 63

97 18 2
                                    

Pisau yang digenggam dengan erat diangkat tinggi-tinggi, bersama helaian rambut yang menutupi dahi dan ekspresi wajah yang sedang ketakutan, Safyna lantas berlari ke arah mereka berdua. Jeritan Arla menyeringai ke satu rumah tersebut apabila pandangan menjamah susuk Safyna yang sedang berlari ke arahnya.

"ARGHH!! BIE TOLONG!" Dia meminta bantuan.

Pak Zail bangun menghalang Safyna yang dianggap sudah tidak waras, tubuh badan gadis itu dipegang lalu ditolak kuat sehingga jatuh ke atas lantai. Kaki mendekati Safyna perlahan-lahan, tak sempat bibir mahu berkata apa tiba-tiba dia diserang sekali lagi.

Tangan Safyna yang sedang menggenggam pisau dihayunkan ke arah Pak Zail, makin orang tua itu menapak ke belakang makin dia ke hadapan. Pandangan mata yang tampak redup dan kosong tetapi tersembunyi seribu satu makna. Tenang tetapi tajam, memanah anak mata Pak Zail. Arla di belakang sudah menjadi tidak keruan, dia berlari mencicit ke dapur.

"Kau dah gila ke, budak?!" Ujar Pak Zail sambil cuba menghalang daripada bertemu dengan mata tajam pisau.

Safyna bagaikan hanya berada dalam dunia dan fikiran dia sahaja, langsung tak pasang telinga dengan apa yang diungkapkan. Apa yang dia tahu hanyalah, keadaan sekeliling pada masa sekarang ini mengancam nyawa dia. Lebih baik dia bertindak dahulu.

"Diam. Diam. Diam!" Safyna menepuk-nepuk kepalanya sambil mata tak lepas memandang Pak Zail. Beberapa detik kemudian, pergerakannya berhenti secara langsung. Dia terkaku bagai baru tersedar sesuatu, perlahan-lahan kepala yang menunduk dinaikkan ke atas semula.

Dengan langkah yang laju, Safyna terus menerpa ke arah Pak Zail. Tak sempat orang tua itu mahu mengambil apa-apa tindakan, dengan keadaan yang kucar-kacir langsung anak mata pisau tersebut menggores bahunya. Erangan jantan bergema di segenap rumah, sebelah tangan Pak Mail naik menekap bahagian yang tercedera. Kepalanya memandang ke hadapan sekilas tubuh ditolak sehingga jatuh ke atas lantai.

Dengan nafas yang berombak kencang, Safyna melayangkan penumbuk ke arah Pak Zail secara langsung. Berkali-kali kekerasan fizikal digunakan, sehingga tangannya berlumuran dengan darah hasil daripada kerja seni yang dibuat.

Pak Zail cuba untuk melawan semula, tetapi dirinya bagaikan sudah hilang segala kudrat. Separuh nafas dia cuba membuka mata dan membiarkan semuanya berlangsung, nyawa pula bagai sudah sampai di kerongkong.

"Arghhh!" Satu jeritan lain melintas di cuping telinga. Sejurus itu kepala Safyna dihentak kuat daripada belakang. Dia jatuh terjelepok ke atas lantai lantas tidak sedarkan diri.

Ketika pandangan mula dipenuhi oleh tompok-tompok hitam, telinganya dapat menangkap beberapa bunyi yang masih berlegar-legar. Suara tersebut tidak dapat ditangkap dengan jelas, lalu beberapa detik kemudian kelopak mata Safyna perlahan-lahan terkatup. Dia terbaring melayan dunia hitamnya di situ.

Suasana bahang akibat suhu panas luar menyentuh kulit seseorang yang sedang lena tidak sedarkan diri. Kelopak mata Safyna perlahan-lahan berkedip, dia membuka matanya untuk melihat dunia yang serba malap. Kepala masih terasa pijar dan pening, bintik-bintik hitam kian hilang dari pandangan.

Secara perlahan tubuh dibangunkan, dengan separuh mata yang terbuka dia melihat keadaan sekeliling. Sunyi, tiada bunyi. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Sakit dan pijar di kepala membuatkan sebelah tangan naik memegangnya.

Iris mata menjamah pandangan, berkerut dahi apabila melihat sebilah pisau berlumuran darah berada di atas lantai serta keadaan rumah yang tidak ubah seperti kapal karam. Kerusi tunggang terbalik, mangkuk bagai dihempas, memang tersangat memberi seribu satu persoalan.

Safyna cuba mengingati apa yang telah berlaku, storan otak mula berkerja walaupun dalam keadaan yang sakit menyengat. Puas dia memerah otak, tetapi satu bayangan pun tidak muncul. Pandang semula sekeliling, akhirnya Safyna hanya duduk berdiam diri di situ. Tanpa sebarang pergerakan atau percakapan, dia termenung.

Selama hampir satu jam dia merenung lantai, tiba-tiba mata berkaca. Sebuah tangisan meletus tanpa disedari, tubuh Safyna bongkok lalu dia menangis teresak-esak. Segala apa yang dipendam selama ini dihamburkan.

Aneh, dia tidak berasa apa-apa tetapi sebak di dada menggoyahkan semuanya. Apa yang sudah terjadi?

Dalam sedu-sedan, Safyna bangun dari tempatnya lalu menuju ke bilik. Jaket kelabu yang dihadiahkan oleh Hannah disarungkan ke tubuh. Tudung sarung hitam menjadi litup kepala lalu kaki terus menapak ke luar. Di tengah perjalanannya mahu ke pintu utama rumah, hayunan kaki Safyna terhenti.

Perlahan-lahan tubuh pusing ke belakang, anak mata terkunci pada pisau yang berada di atas lantai. Lama dia menatap bilah yang berdarah serta titisan darah di sekelilingnya sebelum membuat sesuatu..

"Assalamualaikum! Hannah! Hannah!" Salam diberi beberapa kali. Kepala meninjau-ninjau ke dalam kawasan banglo mewah tersebut. Tiada apa-apa respon, hanya menampakkan beberapa buah kenderaan berjenama sahaja.

Seketika kemudian, pintu dikuak. Memaparkan sebuah figura perempuan yang sedang berlari ke arah pagar besar tersebut. Hannah. Dia membuka pintu pagar kecil untuk memberi sahabat karibnya masuk ke dalam. Usai saja kaki selangkah memijak perkarangan rumah, Hannah ditarik ke tepi. Masuk di sebalik kereta-kereta yang berada di situ.

"Eh eh apa kau ni, Fyn?!" Tergopoh-gapah Hannah cuba menyusun langkah. Kepalanya terus berpaling menghadap Safyna yang setia menunduk di balik kepala jaket kelabu itu. Kening berpaut pelik.

"Kau ni dah kenapa tertunduk-tunduk? Tengah zikir ke apa?" Soal Hannah. Tangannya merayap ke bahagian rahang Safyna, dagu gadis itu mahu dinaikkan tetapi Safyna terus menoleh ke tempat lain. Hannah hela nafas.

"Weh, kau—" tak sempat dia mahu menghabiskan kata-kata, secara tiba-tiba Safyna angkat kepalanya. Tatapan mata Hannah dan Safyna yang bersabung membuatkan gadis itu terkedu.

Lebam, luka, pecah, juga darah hampir meliputi semua kawasan muka. Hujung bibir pecah, hidung dan kiri kepala berdarah, bahagian mata, pipi, dan dahi sudah dihiasi dengan warna merah serta ungu. Sekali pandang, gerenti orang hantar masuk wad terus.

Hannah terkedu sehingga dia menutup mulutnya lalu pipi Safyna dipegang. Luluh hati dan jiwanya melihat sahabat kesayangan berada dalam keadaan sebegini.

"Ya Allah, Fyn! Apa dah jadi dekat kau ni?!" Soalan Hannah tidak dibalas. Safyna hanya berdiam diri dan membiarkan dari detik ke detik berlangsung. Dia tiada tenaga mahu membuat apa-apa. Kaki sudahpun terasa longlai, mulut mahu bercakap sesuatu tetapi dia tidak berdaya.

Baju Hannah sempat dicengkam sebelum Safyna jatuh menyembah bumi. Dia terduduk sambil dilayani perasaan celaru. Suara Hannah yang bermain di gegendang telinga hanya dipersetankan. Apa yang terjadi sebenarnya?

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now