Laventarine - 86

153 12 0
                                    

Bekas air mata yang masih berada di pipi digosok-gosok. Hidung yang terasa berair diseka. Matanya galak merenung jalan tar di hadapan sambil kepala melentok pada paip panjang di sisi. Sudah nak dekat beberapa minit dia mengasingkan diri dan meratapi nasib malang hidup. Sungguh dia lali, hiba. Dia bencikan kehidupan. Dia nak mati.

Mengenangkan satu persatu perbalahan yang baru terjadi itu, sedikit sebanyak membuatkan paip air kembali merekah dan bocor.

"Kalau kau anak aku sekalipun, aku tak nak mengakulah! Aku tak hingin nak mengaku! Tak hingin!"

"Jijik!"

Sudah berjuta-juta kali dia cuba menyedapkan hati dengan berkata mungkin ibunya terkejut akan kehadiran anak yang dibenci. Ada betulnya juga kalau perempuan itu nak naik angin seteruk itu sekalipun. Silap dia juga, kemain nak peluk.

Emosinya tak stabil, dia rasa terlalu hina. Bertalu-talu Safyna menyalahkan diri sendiri. Dia tak mahu salahkan ibunya, dia sayang ibunya. Dia sayang sangat-sangat.

Jauh di dasar hati, sekiranya dia tahu perkara sebegini akan terjadi demi Allah dia lagi rela menerima kenyataan bahawa ibunya telahpun pergi meninggal dunia. Orang yang selama ini selalu dia pandang tinggi, dijadikan tempat mengadu dan bersembang, kini telah menghancurkan semuanya.

Safyna sembam kepala pada lututnya, dia sekali lagi melepaskan tangis di situ. Gambar yang berada di dalam genggaman telapak tangan direnung.

Ya Allah, aku sanggup lagi kena pukul dengan Pak Zail dari diberi kejutan sebegini.

Lama dia merenung, akhirnya digenggam balik lalu disimpan ke dalam poket. Safyna perlahan-lahan bangun meskipun tiada kudrat. Dia mahu balik ke rumah Kak Sabrina. Apapun, dia tak mahu buka mulut tentang perkara ini. Biarlah menjadi cerita di antara dirinya dengan Yang Di Atas sahaja.

Jalan mahu ke rumah Kak Sabrina agak menyeramkan kerana di situ terdapat sebuah tempat perkuburan orang Islam. Petang-petang boleh diterima lagi, cuba kalau malam?

Sedang dia melintasi tanah perkuburan itu, hati tiba-tiba terdetik untuk melakukan sesuatu. Mata menjeling tempat pengebumian itu, nafas dihela berat.

Ibu.

Langkahnya terhenti, tubuh berpusing menghadap tempat itu. Safyna merenung ke dalam, bagaikan dipukau kakinya tiba-tiba berjalan ke tempat pengebumian orang Islam itu.

Jejak saja tanah di dalam, Safyna terus terhenti. Melihatkan banyak batu nisan dan kubur, dia tersedar dari lamunannya. Safyna seperti terjaga dari tidur berjalan.

Meskipun dah sedar, tetap juga dia termenung lagi. Khusyuk melihat orang ramai yang sedang menziarahi kubur di situ. Safyna.. Safyna.. kubur siapa kau nak jenguk?

"Assalamualaikum nak.." kedengaran satu suara lelaki memberi salam dari belakang.

Safyna menoleh. Matanya disapa dengan susuk tubuh seorang lelaki yang berusia kira-kira pertengahan 40-an.

"Waalaikumussalam" dia menjawab salam.

"Anak cari kubur siapa?" Tanyanya.

Kedua belah kening Safyna terangkat. Nak jawab apa pula ni. Gusar dibuatnya.

"Er.. tak.. tak ada. Saya pun.. tak tahu apa saya buat kat tempat macam ni" jujur Safyna.

Pakcik itu merenungnya dalam. Berasa tidak selesa akan tindakan sebegitu, hujung kain baju ditarik-tarik.

"Muka kamu ni.. macam iras-iras seseorang lah" pakcik itu tiba-tiba mengujar sebegitu. Safyna tersentak.

"Hah?"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now