Laventarine - 30

198 27 0
                                    

"Saya bukannya jenis yang reti nak meluah. Bagi saya, benda meluah ni ibarat benda yang paling susah sebab otak saya automatik akan jadi blank dan saya tak tahu nak cakap apa. I have no words. Tapi itulah, saya cuba nak buat. Okay jadi, awak semestinya dah kenal siapa Pak Zail, kan? Dia tu.. entahlah. Saya tak tahu nak bagitahu macam mana." Mengingatkan detik-detik bahagia dia dan Pak Zail, Safyna berasa mahu memejamkan mata.

"Saya tak tahu. Banyak sangat masalah yang saya hadap. Dekat sekolah, I literally had enough. Awak tahu kan saya ada isu dengan cikgu sendiri? Oh gosh.. saya rasa nak give up! Kami bentangkan balik pasal isu ni dan.. semuanya musnah! Dia manipulated akal kawan-kawan sekerja dia dan saya ni tak ada apa-apa. Yang berani bersuara nak silang pangkah diorang hanya kawan saya sorang je. Cikgu pedo tu ambil tindakan sebab guru besar sebelahkan pihak dia, suruh saya jadi anak murid terpaling setia bawah jagaan dia.." air matanya cuba ditahan agar tidak keluar. Perit.

"Then.. you agreed or not?"

Safyna perlahan-lahan menganggukkan kepala, sempat hujung mata menangkap renungan sinis Riza. Mungkin tak menyangka dia akan bersetuju.

"Biar saya bagitahu! Jangan lah pandang macam tu.. Saya setuju sebab.. sebab saya nak kumpul bukti, nak tunjuk dekat semua orang yang saya mangsanya bukan pelaku. Macam, ambil kesempatan dalam kesempitan? Tibai je lah. Itulah salah satu sebabnya" bersungguh-sungguh Safyna menceritakan tujuan bagi persetujuannya.

Mata Riza berubah redup meskipun masih sinis. Dia mengesot sedikit ke hadapan, membuatkan kedua belah lutut berlaga dengan meja kayu tersebut.

"Such a brave girl, beauty with brain! I like it, picasso. Jadi apa strategi kau?" Kepala mendongak tepat ke arah wajah Safyna. Terus makin menunduk kepala gadis itu.

"Haha jangan puji sangat. I have no strategy.. so no beauty neither brain. Sebab saya ni seorang yang tau cakap je! Itulah masalah saya sekarang ni!" Bibir tarik senyuman janggal. Kalau si Riza tu nak ketawakan dia, dipersilakan lah, dia reda.

"Benda boleh bincang, kan? Aku boleh tolong kau. But make sure your intention is only to uphold justice for yourself, nothing more than that! No feelings of resentment, periodt" sejurus itu jari telunjuknya ditekap kuat pada permukaan meja kayu.

"Kenapa pula tak boleh ada perasaan dendam? What was given is what you're gonna received. Benda normal dalam diri setiap orang, jadi tak ada masalah saya rasa. Tapi jangan risau, niat saya hanya mahu menegakkan keadilan, sekian" kali ini bibir mengukir senyuman sinis pula. Walaupun separuh hati ini mengatakan sebaliknya, tipulah kalau dia tak berdendam dengan lelaki gila tu.

Riza tertawa kecil.

"Ye saya tahu. But my point is, you can't avenge the revenge. As far as upholding justice, that's enough. Why? Because two wrongs don't make a right" mendatar serius nada Riza, dia betul-betul maksudkannya.

Safyna menjulingkan mata ke atas. Rasa menyampah pula dengan ketegangan yang mula membuak sekarang. Dia mendengus perlahan.

"Awak nampak luka saya, kan? Awak sentuh mereka, kan? Jelas nampak dengan mata kasar awak, kan? Masih baru, masih segar, kan? Awak tahu masalah hidup saya, bukan? Okay jadi cuba awak teka siapa yang bagi hadiah tu."

"Zail Harun. Lepastu kenapa?"

"Tahu pun.. But you have the audacity to say that, it's the same thing as 'he's still your father'! No, in my family I don't invite demon-possessed giants in! Saya ingat awak sebelahkan saya tapi awak sama je naik tahi dengan diorang" berang Safyna secara tiba-tiba. Entah kenapa hatinya panas semacam, bagai baru disimbah lahar api neraka.

"Hold on, Safyna. Bertenang, tarik nafas.."

Safyna geleng-geleng kepala, tangan yang sedang berpeluk tubuh dilepaskan.

"Tak payah tenangkan saya. Cara awak cakap nampak sangat awak nak invalidate perasaan saya. Kata nak tolong, tapi buat panas hati adalah. Apa niat awak sebenarnya? Apa awak mengidam sangat nak tengok saya naik kaki dekat awak? Understandable" Safyna bangun dari tempat duduknya. Baran betul-betul mencanak naik, mata mencerlung garang.

"Wow wow wow! Tak, apa yang kau nak marah sangat ni? Aku cakap jangan balas dendam, kalau tak kau sama je dengan lelaki tu. Aku tahu kau baik, Safyna. Kau tak kan buat benda tu. Bertenang, okay?" Kaki Riza mula bergerak ke belakang kerusi, berlindung di sebalik ia. Jarang dia kena marah dengan pelanggan.

"Saya kat rumah tinggal separuh nyawa kena bantai dengan orang tua tu. Datang sekolah masalah lain pula menyemak. Kena cemuh, kena fitnah, semua saya hadap sendiri. 15 tahun saya hidup, sikit pun diorang tak bagi saya bernafas dengan tenang. Saya tanggung semua sakit, trauma melampau, sendirian! Awak fikir perasaan saya ni macam mana? Suka? Tipulah kalau saya cakap yang saya tak ada kumpul dendam. Saya ada and yes, I mean it! For your information dear Mr. Riza, dendam tu datang dari perasaan sedih dan sakit yang lama-lama bertukar jadi marah. Marah dengan diri saya, marah dengan hidup saya, marah dengan semua orang. This shit never ends!" Air mata mula menitis tanpa sedar. Apabila terasa ada benda mengalir di pipi, cepat-cepat Safyna berpaling ke belakang lalu terus dilapnya.

Anak mata Riza juga bertukar menjadi mendung. Pilu hati melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh Safyna walaupun dalam bentuk percakapan. Gila rasanya, daripada isu tak boleh lunaskan dendam tiba-tiba masuk ke sesi luahan. Dia menapak ke arah Safyna. Sebelah tangannya naik mahu memegang bahu gadis itu.

"Safyna.. jangan lah marah. Aku cakap macam tu ada sebab. Bukannya saja-saja. Kau-"

"Jangan sentuh saya! Just say the right thing, Riza. You want to say there's a reason? What is the reason?! I only saw you trying to make me feel guilty. Kau orang semua selalu buatkan aku rasa nak mati je!" Dia menepis pegangan Riza. Sedaya-upaya dia cuba untuk menjadi emotionless kali ini, tapi tak dapat. Itu bukan dirinya.

"Tak ada Safyna. I'm sorry. Aku hanya tak nak kau bertukar jadi jahat. Lagi-lagi bila kau dah kumpul perasaan dendam tu, bahaya. Aku tak nak, Fyn. Aku faham-"

"No! You will never understand! Kau tak lalu apa yang aku lalui jadi tak payah nak buat-buat faham! Aku penat dengan semua cekadak ni, manusia hanya mampu berkata-kata tapi tak akan pernah faham! It hurts me a lot" bergetar suara Safyna ketika mengungkapkan ia. Sakit luka, sakit badan, sakit hati!

"Don't let that feeling control you, Safyna. I won't know you, anymore.." gumam Riza perlahan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now