Laventarine - 39

132 23 0
                                    

Air Monster Energy disuakan ke bibir lalu teguk beberapa kali sebelum dijauhkan semula. Mata melilau ke sekeliling kawasan. Sedang dia melayan perasaan, telinga lintahnya menangkap suara seseorang sedang menyanyi. Enak dan boleh diterima telinga. Kepala pantas menoleh untuk mengenalpasti siapakah gerangan suara merdu tersebut. Tiba-tiba mata tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri sambil menyandarkan belakangnya pada tiang lampu.

Tak berapa nampak sangat kerana kegelapan menyelubungi separuh tubuh pemilik suara. Apa yang menarik perhatian Safyna adalah lagu yang dinyanyikan, muka tak kesah elok ke tak elok janji lirik lagu betul dan suara mantap. Kata orang tak tengok diri sendiri haha. Berbunga-bunga cik hati apabila lagu kegemaran dimainkan. Makin langkah kedepan makin telinga terbuai mendengar lagu tersebut.

ASTRONOMY BY CONAN GRAY

Menjiwai sungguh nyanyiannya, mamat ni broken ke?

Kaki merapatkan jarak mereka. Memandangkan kepala sang suara berpaling ke arah lain, Safyna sengaja mengambil tempat di sebelahnya. Tidak terlalu dekat jarak mereka, lambat lagi dia mahu buat sebegitu. Ini semua gara-gara nyanyian merdu itu.

Safyna duduk berlutut lalu air disuakan ke mulut, buat seperti orang di sebelahnya tidak wujud sama sekali. Mata melilau ke sekeliling kawasan, mungkin melayan kaunter perasaan kembali.

Aneh dengan diri sendiri, dia boleh fobia teruk dengan lelaki tapi sekarang ni apa? Duduk sebelah lelaki berpangkat orang asing pula tu. Kalau dia buat apa-apa yang tak sepatutnya, diri sendiri juga yang susah. Seriau.

"Eh ada orang rupanya" suara garau itu menggumam perlahan, separa terkejut.

Lelaki asing itu menoleh ke belakang, tanpa sesiapa jangka, mata mereka tiba-tiba bersabung. Pandangan terkunci buat seketika waktu, masing-masing terkaku sehinggalah Safyna sendiri yang memutuskannya. Sepantas kilat dia buang pandang ke tempat lain.

Safyna masih berada dalam mod terkejutnya. Jantung berdegup kencang, hati terkumat-kamit beristighfar. Aduhai.. boleh pula dia main kelip-kelip mata dengan orang asing tengah-tengah malam ni! Rasa nak main tepuk tampar dengan dahi saja. Tapi ada satu hal yang..

"Kenapa duduk sini?" Dia berbunyi.

Suara yang melintas di gegendang telinganya membuatkan dia mati kata. Seratus peratus dia tak tahu nak balas apa. Saja-saja mungkin? Dengan diri yang masih terkejut memang lambat lagi dia nak buka mulut.

"Aku tanya ni, kenapa duduk sini?"

Amboi, tak kenal lagi dah ber-aku kau. Memang macam ni eh mamat ni layan orang yang tak dikenali? Atau dia ni nampak seperti orang jahat celup?

Nafas dikumpulkan, kepala perlahan-lahan berpaling ke belakang. Sebaik sahaja Safyna menoleh, iris mata lelaki itu bagaikan sudah bersedia menyambut pandangan anak matanya. Eih mamat ni dah kenapa? Dia menundukkan pandangan. Perasaan bercampur baur.

"Tak nak jawab soalan?" Desanya lagi.

Safyna mengeluh, penting sangat agaknya dia bertanya sebegitu. Tempat ni bapak dia punya kut.

"Saja" pendek tapi fakta.

"Ke saja-saja nak dengar suara aku yang sedap ni?" Bibir naik menyinis.

Walaupun mata tak nampak muka tapi dia pasti mamat itu mesti sedang tersengih-sengih macam seekor kambing, perasan. Padahal dia sendiri tak nak nafikan.

"Tak ada lah. Saja. Lagipun ni tempat aku selalu lepak" autanya.

"Understandable" kepala angguk faham.

Kesunyian mengisi masa mereka buat seketika waktu, masing-masing tak tahu mahu bicarakan soal apa. Bila rasa suasana sudah menjadi terlalu janggal, Safyna menyelesakan dirinya dengan meneguk air di tangan. Angin malam yang menerpa kulit membuatkan badannya makin mengecil, sejurus menyelak kain lengan ke atas tanpa disedari.

Safyna termenung. Apabila melihat orang di hadapan masih tidak berganjak, rasa seriau makin menyelubungi diri. Fikiran negatif sudah mula membuak-buak masuk. Aduh, kenapa bodoh sangat dia ni? Patutnya dia dah angkat kaki pergi berambus daripada sini.

"Kau memang suka lepak sorang-sorang ke?" Rawak betul soalan.

Safyna angguk kepala. Suasana menjadi sunyi kembali, Allahuakbar janggal betul keadaan sekarang. Mamat ni nak tanya benda tu je ke?

Tak mahu berlengah lagi, Safyna terus berdiri. Makin lama dia kat sini, makin kurang oksigen rasanya. Tak apa, lepas ni biar dia bertapa dalam hutan. Sedut udara segar sepuas-puasnya.

"Hey, girl" jantinanya diseru oleh seseorang.

Kaki terus brek mengejut lalu kepala berpaling ke belakang.

"Nak pergi mana?" Lelaki asing itu bertanya.

"Erm, nak balik rumah" bohong. Memang tipulah kalau dia kata nak balik rumah. Mati hidup balik tak hidup-hidup pun memang selangkah jari kaki dia tak akan jejak balung tu lagi.

"Bahaya perempuan jalan sorang-sorang. Kau tak takut kena culik ke? Rogol? Perdagangan manusia?" Selamba soalan cekik usus itu diberikan.

Kepala Safyna rasa macam nak terkehel mendengarnya, berani dia kata sebegitu? Selamba pula tu. Tapi ada benarnya juga, cuma tak kan lah dia mahu..

"Biar aku teman kau."

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now