Laventarine - 43

108 18 1
                                    

Setibanya kaki menjejaki lantai rumah dua tingkat Hannah, mereka terus naik ke atas. Semestinya ke arah bilik Hannah. Gelak tawa masih tidak lekang daripada bibir masing-masing, sehingga berkerut dahi si pemandu kereta yang membawa mereka sebentar tadi.

"Amboi, bahagia betul kamu berdua ni. Seronok?" Sapa Datin Helena yang baru sahaja keluar daripada dapur, senyuman manis menghiasi wajah.

Hayunan kaki Safyna dan Hannah terhenti, mereka berdua serentak berpaling menghadap sang suara.

"Seronok, bu! Tak sia-sia ibu lepaskan orang keluar dengan kawan" balas Hannah bersama jari yang menunjukkan isyarat 'terbaik'. Angguk kepala beberapa kali dengan bibir muncungnya.

Datin Helena ketawa.

"Lepaskan kamu dah macam lepaskan kambing. Keluar sakan tak ingat dunia haih.." mendengarkan kenyataan itu Hannah terus meletuskan tawa janggal.

"Tadi keluar pukul berapa?" Soal Datin Helena yang baru mahu melangsungkan langkahnya.

"Pukul 10 lebih macam tu" balas Hannah. Si ibu angguk kepala tanda faham sebelum berkata.

"Solat Dhuha dulu tau. Sebelum nak pergi habiskan masa dengan dunia, pastikan luang masa dengan Allah dulu. Kat luar tu banyak benda boleh berlaku.." pesan Datin Helena dalam nada seorang ibu yang penuh prihatin.

"Okay, bu" jawapan pendek diberikan lalu Hannah kembali meneruskan langkahnya untuk menuju ke arah bilik tidur sendiri.

"Ada beli barang untuk ibu tak Nah?" Lantang soalan diberikan kepada si anak yang berada di tingkat atas.

"Orang dah pokai, bu!" Sahut Safyna.

"Haha, oh ya, mana Hansa? Nampak tak budak tu?!"

"Entah, dah mati kot!" Sekilas jawapan diberi sebelum telinga menangkap bunyi amarah daripada si ibu.

Safyna yang melihat situasi di antara dua beranak itu hanya mampu tersenyum kecil. Jangan salah sangka, dia tidak cemburu mahupun berfikiran, 'minah ni saja nak tunjuk kebahagiaan dia ke apa?', tetapi hati dan diri rasa seperti terhibur dengan kecomelan mereka berdua.

Jiwa keibuan Datin Helena sememangnya meraih tabik dari Safyna. Cara wanita itu mendidik dan membentuk anak-anaknya supaya menjadi manusia yang berguna amat dikagumi. Tidak menggunakan kekerasan, kecuali kalau dalam situasi yang betul-betul memerlukan. Cuma tak pernah lagi dia nampak atau tahu Datin Helena berbuat sedemikian.

Terasa sebelah tangan ditarik, Safyna tergopoh-gapah menyusun langkah untuk menaiki anak tangga. Sedar tak sedar dia sudah berada di dalam bilik Hannah.

"Penat gila sia" ujar Hannah seraya menghempaskan tubuh ke atas katil empuk kepunyaan sendiri. Dia katup mata erat-erat sebelum buka semula. Pandangan dihiasi dengan susuk Safyna yang sedang duduk bersila di atas karpet marmar, tangan ligat membuka hijab di kepala.

"Kenapa kau duduk bawah? Mari lah duduk atas katil ni" pelawa Hannah sambil menepuk-nepuk tilam di sebelah.

Safyna tidak menjawab buat seketika sebelum dia geleng kepala.

"Tak apalah, bawah ni pun dah okay. Terima kasih aje lah, Hannah" Safyna menolak.

Mengundang rasa ketidakpuashatian si sahabat, Hannah lekas bangun dari perbaringan. Dia menala ke arah Safyna dengan pandangan tajam, marah apabila permintaannya ditolak ketika dia tahu orang itu mahukannya, minah ni kalau aku sekup karang langsung tak dapat apa-apa! Sudah itu terus dia menarik Safyna naik ke atas katil.

"Eh Ya Allah Hannah!" Dia dicampak ke atas katil, nasib tilamnya empuk bak kapas. Pusing badan ke belakang nampak Hannah menjurus naik ke atas, mujur mendarat tepat di sebelah.

Safyna hela nafas perlahan, dia memandang Hannah sambil sebelah tangan menongkat kepala. Sahabat yang seorang itu menggeliat lalu memusingkan badan untuk menghadap dirinya. Mata mereka bersabung, Hannah mengesot sedikit tubuhnya ke arah Safyna, sebaris senyuman diukir.

Tangan Hannah naik ke bahagian kepala Safyna lalu jari-jemari bermain dengan helaian rambut separuh panjang tersebut.

"Cantik lah rambut kau" puji Hannah.

"Hotak kau lah. Biasa je" bantah tuan empunya rambut. Lagipun, betullah bahawasanya rambut dia ni biasa-biasa sahaja. Normal.

Hannah gelak kecil. Tangannya mula turun ke batang leher Safyna lalu naik memegang rahang gadis itu. Ibu jari mengusap-usap perlahan tempat tersebut. Safyna sudah naik bulu roma, seriau.

"Ap.. apa ni do?" Safyna cuba menepis sentuhan Hannah yang bikin bulu roma naik, tetapi sentuhan itu makin dikejapkan. Tanda tak mahu lepas.

"Parut bergaris kau.. cantik. Aku suka" ujar Hannah perlahan. Berkerut dahi Safyna mendengarnya.

"Pala hotak kau cantik! Parut kat tubuh aku ni buat aku nampak buruk namampos!" Benda betul. Dia paling benci kalau orang bercakap tentang betapa cantiknya tubuh dia, ce kalau dia showoff bukak segala pakaian, gerenti satu makhluk Allah pun tak nak dekati dia.

Hannah geleng kepala.

"Tak, bagi aku cantik. Segala parut yang ada pada kau.. menunjukkan betapa hebat dan kuatnya diri kau. Aku kagum gila yang kau dapat bertahan sampai sekarang ni. Sampai detik ni. Aku kagum dengan kau, and that's why.. I love you.." jari-jemari naik ke bibir bawah Safyna, dia mengusap lembut sambil menatap tepat ke dalam sepasang anak mata gadis itu. Sebelah lagi tangan memegang bahu Safyna.

"As a friend."

Fuh! Akhirnya boleh juga Safyna ambil nafas! Kalau tak, tadi memang terasa saluran pernafasannya seakan-akan sudah tersumbat. Dada berombak kencang. Aksi Hannah memang tak dijangka langsung. Ditambah pula dengan posisi mereka yang kempunan nak rasa air kaki dia ni! Safyna segera berpaling ke tempat lain.

"Fyn" namanya diseru.

Kepala toleh semula ke arah sang suara, hadap saja muka minah tu, dada kembali main kompang. Apa teruk sangat ni?

"Kenapa?" Tanya Safyna.

"Kau teringin tak nak warna rambut?" Soalan dipulangkan. Topik rambut lagi.. tak tahu nak jawab apa dia jongket bahu sahaja.

"Entah. Rasa macam nak tapi tak nak.. eh lah! Dia macam- macam apa eh?" Safyna cuba menerangkan apa yang dia mahu sampaikan.

"Macam apa nat?" Tergelak Hannah melihat sahabatnya itu.

"Tak, dia macam ni. Dia macam kau nak tapi tak nak sebab ada sebab. Macam- cam- Macam bod-" kemam bibir kuat-kuat. Kan dah mencarut mulut ni! Kenapa susah sangat nak cakap. Argh tenshen!

"Okay, okay aku faham."

"Tapi kalau nak warna rambut, kau suka warna apa?" Soal Hannah lagi.

Sekali lagi Safyna rasa mahu pecah otak. Kenapa PhD betul pemberian soalan minah ni? Itulah akibat suka apa benda je.

"Entah, aku suka.. suka.. suka warna merah gelap dengan biru gelap" akhirnya. Benda tiba-tiba melintas.

"Tapi kan, kalau aku warna rambut, aku nak pastikan rambut aku tak panjang macam ni. Kau tahu kan.. rambut gaya pendek atas leher, wolfcut, mullet.."  sambung Safyna lagi.

"You've got good taste!" Puji Hannah. Gaya rambut orang muda sekarang.. hottie hottie.

Mereka diam seketika waktu. Tak tahu nak bicarakan apa lagi.

"Weh, Hannah" panggil Safyna.

"Hm?"

"Kita ada beli pewarna rambut, kuku palsu, tindik palsu, lagi.."

"Topeng macam penjahat tiga lubang tu, mainan, alatan solek, baju, buku.. banyak lah! Takkan aku nak kena senarai sekor-sekor" ujar Hannah seraya mengubah posisi kepada bersila.

Safyna terlihat sedang memikirkan sesuatu. Pandangannya hanya fokus pada siling bilik, dalam satu kelipan, kepala lantas menoleh ke arah Hannah.

"Aku fikir.. apakata kita ubah rupa diri?" Sebaris senyuman menghiasi bibir.

"Aku bosan dengan rupa macam ni" bahas Safyna lagi.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now