Laventarine - 58

96 24 0
                                    

Tombol pintu kayu dipulas perlahan lalu tangan menolak daun pintu ke dalam. Pemandangan master bedroom, bilik kepunyaan Pak Zail menyapa iris mata. Safyna menerpa ke hadapan, menjejak permukaan lantai kayu.

Tujuannya masuk ke sini bukanlah semata-mata mahu menjadi penceroboh, tetapi mahu menjadi detektif mengesan baju kotor. Orang tua tu kalau bab layang, simpan baju kotor memang boleh masuk Grammy. Suka sangat bina sarang Jumanji dekat bilik dia, tak heranlah kalau bau kepam menyerlah satu rumah ni.

Katil yang tampak berselerak dikemaskan, beberapa helai baju kotor dikutip lalu disangkut pada bahu. Seusai itu, dia menuju ke arah almari besar berwarna putih tersebut. Pintu gelangsar ditolak ke kiri dan serta merta..

"MashAllah! Bau—" Safyna terus menutup hidung lalu berpaling ke belakang sekilas. Bau busuk menerpa masuk ke dalam hidungnya, rasa mahu muntah saja. Dengan muka yang berkerut, dia berlari mengambil botol pewangi lalu disembur beberapa kali sebelum perlahan-lahan tapak tangan dijauhkan.

Safyna cuba mengambil udara, tangan kanannya mengipas-ngipas udara. Dia kembali mendekati almari baju itu, muka tengik tambah jijik ditayangkan. Apa yang busuk sangat almari baju orang tua ni? Dia simpan bangkai ke apa?

Beberapa helai pakaian yang bertaburan di dalam almari dikutip. Kemeja-t, kemeja, seluar slek, singlet dan bermacam-macam lagi. Semuanya sudah tercemar dengan kehapakan loji buatan.

"Eii.. dia ni.. pengotor nak mampus! Macam manalah ada orang boleh suka dia? Aku rasa bagi percuma, lelong tepi jalan pun orang tak nak. Amende.." helaian pakaian tersebut dikumpulkan di suatu tempat. Tak sanggup dia mahu pikul beban atas bahu.

Kain biru yang terselit di balik pakaian berlipat ditarik, reti main selit-selit pula orang tua ni. Makin Safyna menarik makin dia tahu apa yang sedang dipegangnya, setelah benda itu habis dikeluarkan terus Safyna sedut nafas pendek.

Boxer Calvin Klein.

Kepala Safyna terus berpusing ke tempat lain. Benda macam ini dah biasa.. tapi itulah, tak setiap benda kita boleh biasakan. Apa jadah lah orang tua ni simpan boxer? Nak pakai balik gamaknya. Ni mesti ada berbotol-botol ubat gatal.

Safyna geleng kepala lalu seluar dalam itu terus dilempar ke tempat yang sepatutnya. Laci bawah ditarik, memaparkan beberapa barang peribadi dan pakaian kecil seperti stokin dan tali leher. Berselerak! Dia mengeluh. Memandangkan kerja sambilan dia adalah orang gaji tak berbayar jadi kena kemas jugalah.

Satu persatu laci dibuka, sehinggalah dikala dia sedang menyelongkar laci yang terakhir, Safyna perasan sesuatu. Sehelai kain tudung chiffon bertona hitam yang dihiasi dengan lakaran border kuning, cantik. Sejak bila Pak Zail simpan benda-benda macam ini? Safyna membawa keluar kain tudung tersebut. Dia membuka lipatan pertama dan serta-merta sekujur tubuhnya terkaku.

Iris mata dihiasi dengan beberapa keping gambar dan barang yang cukup mematikan peti suaranya. Perlahan-lahan tangannya mengambil kepingan gambar yang diterbalikkan. Dia memusingkan muka gambar ke arahnya lalu perasaan sebak menyelubungi diri sebaik sahaja paparan foto dijamah anak mata. Gambar seorang wanita mengenakan niqab, dari bentuk mata kelihatan beliau sedang tersenyum.

Gambar yang kedua, foto wanita itu sedang tersenyum bahagia sambil memandang Pak Zail yang turut membalas renungan indahnya. Dia menyelak lagi helaian lain, boleh dikatakan setiap foto mempunyai aura tersembunyi yang misteri. Tidak lekang senyuman dan kegembiraan dari diri masing-masing. Setiap saat kelihatan berharga dan seolah-olah pengakhiran kebahagiaan untuk mereka adalah syurga.

Dan dia juga tahu, wanita di balik niqab hitam itu ialah arwah ibundanya sendiri. Safiyyah Mawaddah. Terus paip mata mula bocor secara deras. Rindu pada si ibu tidak akan pernah lenyap sehingga akhir nafasnya. Terketar-ketar tangan meletakkan kembali kepingan gambar tersebut.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now