Laventarine - 80

69 10 0
                                    

"Aunty kenal arwah ibu kamu. Dia rakan baik aunty dulu" ujarnya.

Safyna yang teruja mahu mendengar khabar tersebut mula tidak senang duduk. Dia mula bergerak ke hadapan sedikit.

"Boleh tak aunty jelaskan lagi?" Pinta Safyna lembut.

Puan Sara ukir senyum nipis. Dia menyedapkan anak tekak sebelum membuka mulut kembali.

"Aunty dan arwah dah kenal hampir nak dekat 8 tahun macam tu. Kami mula berkenalan sebab arwah pelanggan tetap bakeri aunty. Dia suka sangat datang lepas tu borak-borak dengan aunty. Sepanjang perkenalan kami, aunty boleh katakan yang arwah peramah dan baik sangat orangnya. Apapun yang jadi, dia tak pernah masam muka. Senyum je tiap-tiap masa" oktaf nada Puan Sara semakin surut ketika menceritakan perihal tersebut.

Gambar arwah Safiyyah yang sedang tersenyum manis di usap lembut. Menggamit 1001 kenangan lama di antara mereka.

"Apa yang aunty minat sangat tentang arwah ni.. arwah Safiyyah, dia kuat dari segi fizikal dan rohani. Sepadan dengan namanya. Arwah tak suka orang yang bertindak melulu. Dia benci sangat bab-bab gaduh, musuh, semua benda ni lah. Safyna nak tau tak apa yang arwah paling suka?" Puan Sara dongak melihat Safyna. Gadis itu tak kata apa, angguk sahaja

"Arwah paling suka memanah. Kalau boleh tiap-tiap hari dia nak memanah. Dulu, arwah ada bela seekor kuda tau. Apa eh nama kuda tu.. ha, Zawj. Tak silap aunty tu dalam bahasa Arab. Arwah suka sangat main-main dengan kuda dia. Dia memanah semua dengan kuda tu. Lagi, kalau Safyna nak tahu.. arwah dulu berpurdah orangnya. Aunty lupa bila dia start pakai purdah. Tapi tengok je dia tunggang kuda sambil memanah, dengan purdah hitamnya.. Subhanallah aunty meremang sangat."

Terkedu Safyna mendengar cerita tentang arwah ibunya. Hebat betul arwah, mampukah dia mengikut jejak langkah beliau?

"Aun- aunty, boleh tak Safyna nak tanya macam mana keadaan arwah ibu sepanjang dia berkenalan dengan ayah?" Soalnya. Nak tahu juga betapa bahagia dan pentingnya arwah Safiyyah kepada si bedebah tu sampai sanggup tak boleh terima takdir.

"Oh, pasal itu. Arwah Safiyyah bahagia je dengan suami dia. Zail Harun nama dia. Ayah Safyna, kan? Haha, boleh dikatakan yang dia orang memang pasangan terpaling bahagia lah. Selalu je kami bertemu, bercuti sama-sama. Mengandung pun sama-sama. Itu semua plan arwahlah tu. Berkat mungkin, terus termakbul" senyum Puan Sara. Memorinya mengimbas kembali satu persatu kenangan mereka.

Secara tak diduga, air muka Puan Sara jatuh sedikit. Dia mula berasa pilu. Ini mungkin saatnya mereka berdua berpisah.

"Tapi, tak pula kami jangka yang dia orang pertama pergi dulu. Ye, mungkin Allah lebih sayangkan dia. Arwah meninggal dalam keadaan syahid. Meninggal masa dapatkan Safyna. Kehilangan dia beri impak besar juga. Elok beberapa hari selepas tu, Zawj kuda dia pula hembus nafas terakhir. Aunty dan suami aunty nak contact dengan ayah Safyna tapi semuanya tak boleh. Lepas kenduri arwah memang semuanya hilang. Lesap. Risau juga aunty kalau ayah Safyna buat apa-apa benda pelik. Kemurungan boleh berlaku" terang Puan Sara lagi.

Kepalanya menunduk ke bawah tapi cepat-cepat dia toleh ke arah Safyna sambil senyum nipis. Dengar saja nama Pak Zail Si Bedebah tu, terus mati semangat Safyna. Dia sempat mendengus. Kalau buka cerita ni, gerenti ternganga Puan Sara.

"Aunty.. memang tak dapat contact langsung?"

"Ha? Oh, tak sayang. Tahu-tahu je Zail dah pindah. Aunty tak tahu kau orang pindah mana. Tapi, bila dapat tahu je Safyna ni anak kepada arwah Safiyyah dan Zail, aunty tumpang gembira. Mesti Safyna bahagiakan hidup dengan ayah je.. atau dah ada ibu baru? Haha.." tawa kecil Puan Sara mengundang senyuman kecil Safyna.

Ayat terakhir itu sedikit sebanyak menyentuh perasaannya. How I wish!

"Tak- tak ada ibu baru. Duduk dengan ayah je" ujar Safyna sedikit sendu. Perlu ke dia bocorkan segalanya.

"Err.. aunty. Arwah dulu duduk mana ye?" Tiba masanya.

"Arwah? Oh, tak silap aunty arwah duduk Pahang. Kubur dia ada kat sana. Kenapa? Safyna takkan tak pernah tahu kubur arwah ibu dekat mana?" Soal Puan Sara, sedikit mengesyaki sesuatu. Safyna terus geleng kepala laju-laju. Dia tak boleh bongkarkan semuanya lagi.

"Eh tak! Pernah je pergi. Tapi sebab ayah sibuk sangat dengan kerja, jadi kami jarang pergi dah. Safyna ni pula.. ada masalah ingatan" nafinya lagi. Haha, lucu.

"Oh.. apa muda-muda lagi dah ada masalah ingatan. Hahaha."

"Haha. Aunty tahu tak kampung arwah kat mana?" Dongak kepala sambil bertanya lagi.

Puan Sara kedut dahi.

"Aik, takkan kampung pun tak ingat?" Lintas saja soalan itu terus Safyna cuba kawal tingkah lakunya.

"Aunty janganlah salah faham. Saya ni.. err, nak balik kampung arwah. Jarang balik juga haha. Saya mahukan alamat rumah keluarga arwah yang asal. Mana tahu boleh jumpa balik. Sebab keadaan keluarga kami sekarang ni ada yang pindah randah. Alamat pun tak lengkap lah apalah." Okay wajar ke kalau dia nak meresap masuk ke dalam sofa ni sekarang?

Puan Sara termenung sekejap. Dia tarik senyuman manis.

"Ohh.. ingatkan apalah. Saudara, biasalah tu. Mungkin ada ramai yang tak balik, sebab tu boleh lupa ke salah bagi alamat ke. Rasanya.. aunty ada simpan lagi alamat tu. Jap eh."

———

Setelah alamat itu bertukar tangan, Safyna terus tertunduk-tunduk mengucapkan terima kasih. Dia bersyukur sangat-sangat. Misinya untuk menziarahi kubur dan kampung arwah ibu bergantung pada Puan Sara sahaja sekarang ni.

"Oh ya, aunty lupa nak tanya. Macam mana Safyna boleh tahu yang aunty ni pernah kenal arwah ibu Safyna eh?" Puan Sara senget sedikit kepalanya.

Waduh, Safyna lantas buat-buat mengimbas balik memori. Ini tak bohong, ini betul. Dia memang ada masalah ingatan.

"Err.. masa first time datang kat rumah aunty. Safyna ada nampak satu frame tu ada gambar aunty, suami aunty dengan arwah ibu. Oh, dengan Pa- ayah" cepat-cepat dia brek lidah dari sebut perkataan Pak Zail.

Rasa janggal pula panggil ayah. Kalau orang tua tu ada depan muka dia sekarang ni gerenti dah kena jahit mulut.

Kedengaran bunyi suara Puan Sara mengiyakan. Safyna bangun lalu tunduk badan separuh, umpama orang Jepun. Tak lekang bibirnya mengucapkan terima kasih.

Elok kaki mahu buka langkah, tiba-tiba satu suara jantan menyampuk. Pandang belakang, dah agak dah siapa.

Ridzwan, elok dia tercangak melihat mereka berdua. Gayanya macam baru lepas berkebun. Berpeluh lebat di dahi, hanya mengenakan seluar trek dan singlet hitam. Habis kena tegur dengan Puan Sara.

Safyna ukir senyum nipis, dia melihat kembali sekeping kertas yang bertulis sebuah alamat. Misi dia sekarang ini hanyalah untuk mencari kubur arwah ibunya. Sekali-sekala dapat juga merasa balik kampung. Bebas.

Dipanjatkan doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now