Laventarine - 25

230 27 2
                                    

"Aku tak tahu nak mula daripada mana. Aku tak tahu nak luah macam mana. Aku takut dengan pendapat orang. Aku rasa macam aku ni attention seeker je" sayu nada Safyna meluah.

"Sebab kau banyak kali kena tindas. Tak apa, dengan aku, kau nak meraung menangis macam mana sekalipun, buat je. Tak ada siapa halang. Kalau ada orang halang kau, jangan risau, aku akan pastikan dia daftar peti mayat" balas Hannah.

Kesunyian mengisi masa mereka buat seketika waktu, Safyna masih berada di dalam dilemanya. Memikirkan sama ada mahu memberitahu atau tidak. Berkali-kali anak mata menyinggah ke wajah Hannah sehingga mengundang riak canggung pada sahabatnya.

"Erm.. aku.. aku.." sudah jadi mak gagap, liur ditelan.

Tak boleh jadi ni! Safyna menarik nafas dalam-dalam, mengumpul kekuatan dan keberanian yang secukupnya.

"Okay macam ni. Kau tahu kan mak aku meninggal lepas lahirkan aku? Jadi dari situlah Pak Zail mula benci aku sedalam-dalamnya. Dia seksa aku sejak kecil, dia tak nak jaga, dia hantar pengasuh. Aku mula-mula ingat dia hantar sebab sibuk sangat dengan kerja. Dia bagi orang lain jaga aku sampai aku umur 5 tahun, bukan pengasuh yang sama, tukar-tukar. Dia tinggalkan aku lama sangat, jenguk pun tak pernah. Aku tanya pengasuh, kata Pak Zail sibuk. Aku percaya, satu hari tu aku keluar dengan pengasuh aku, and then.. aku ternampak Pak Zail dengan perempuan lain baru keluar dari hotel. Macam bukan orang bekerja" Safyna membuka cerita walaupun air mata turun mencurah-curah.

"Bila orang tu tak boleh jaga lama, dia hantar aku ke tempat lain. Jadi.. start umur 4 tahun, dia dah makin galak dera aku. Naik tangan bagai. Aku rasa lagi rela jadi barang tukar-tukar daripada jadi mangsa baran dia. Dia pukul aku sebab aku tak buat kerja, dia suruh aku tidur dalam tong sampah, bila aku menangis sebab penat atau lapar, dia tampar muka aku, tape aku punya mulut. Tak nak bagi jiran dengar, dia sumbat aku punya mulut dengan something, lepastu buat lah apa yang dia nak."

"Gunakan aku untuk duit. Paksa aku jadi pandai kalau tak dia pukul aku sampai mati. Dia pernah guna aku untuk video lucah dia, aku tak nak, aku ada maruah, aku takut. Aku lawan, lepastu kena libas dengan tali cemeti, dia lemaskan aku dalam baldi air."

"Masa aku nak beribadah, dia tarik telekung aku, dia pukul aku, dia hempas Al-Quran dekat muka aku. Dia cemuh aku, cakap 'setan pembawa bala macam kau ni tak layak nak hadap Tuhan'. Sampai aku jadi takut sangat-sangat nak beribadah, aku rasa berdosa, aku takut. Lagi takut dengan Pak Zail daripada takut Allah. Aku rasa hina sangat."

"Dia upah kawan dia untuk tidur dengan aku. Aku terdengar, lepastu aku lari. Tapi dia dapat tangkap.. kena pukul lagi. Dia hantar aku dekat lorong sebab nak bagi aku hidup cara pelacur. Sebab aku asal sana, jadi dia hantar. Malam tu ada orang langgan aku, aku tak nak. Sememangnya aku tak kan minta, aku pukul orang tu sampai berdarah. Lari lepastu kena tangkap, jadi mangsa pukul lagi. Dia tekap seterika, dia hampir rog—."

Tiba-tiba kepala mengimbas semula kejadian yang berlaku di dalam mimpinya. Detik-detik dimana dia disumbat seluar dalam, dilibas dan hampir menjadi hamba pemuas nafsu syaitan.

"Ini lah balasan untuk orang yang gatal sangat mulut nak pergi cerita masalah dekat orang lain!"

Suara itu datang dalam bentuk gelombang. Ia membuatkan Safyna mati kata-kata, lidah menjadi kelu, tidak bermaya untuk bergerak. Dia menekup muka dengan tapak tangan, kemam dan gigit bibir sekuat-kuatnya. Adakah dia baru sahaja bercerita rahsia ini? Dapat dibayangkan hukuman dan azab yang menanti diri.

"Fyn, kenapa ni?" Tegur Hannah yang baru sahaja melihat perubahan drastik itu.

Badan Safyna mula menggigil dan menggeletar ketakutan. Dia tidak dapat menumpukan perhatian buat masa sekarang. Dia akhirnya rebah di sisi Hannah lalu menangis teresak-esak.

"Fyn.. kalau kau tak boleh nak teruskan, tak apa aku faham. Aku yang dengar ni pun dah naik seriau. I can't imagine the pain you have to bear" pujuk Hannah seraya tangannya naik mahu memegang badan Safyna.

"You don't understand! You people will never understand! Korang tak akan faham! Kau tak akan faham sakit yang aku rasa! Kenapa semuanya aku kena hadap?! Arghh!" Protes Safyna secara tiba-tiba.

Dia bangun lalu menolak Hannah ke tepi, badan dibawa ke kepala katil lalu duduk sambil memeluk tubuh. Safyna menangis teresak-esak, mengingatkan betapa sakit dan duka hidupnya, terus kedua-dua belah buku lima naik memukul diri sendiri. Lutut dirapatkan ke dada, dia berasa sangat takut. Mata dipejam rapat, dia tak mahu lihat apa-apa.

Kepalanya sakit, suara-suara ganjil mula bercakap-cakap di dalam kepala. Suasana menjadi sangat bising dan itu membuatkan Safyna makin mahu memukul dirinya dengan lebih kuat. Sakit yang tak dapat digambarkan melalui perkataan mahupun lukisan.

"Fyn! Fyn! Jangan pukul diri kau! Fyn!" Kata Hannah dengan nada separuh menjerit, perit melihat sahabat baiknya berkeadaan sebegitu.

Dia cuba menangkap tangan Hannah dan akhirnya berjaya, Safyna dibawa ke dalam pelukan hangatnya. Dia menenangkan Safyna. Daripada seorang yang susah menangis, sekarang ini dia berasa mahu menitiskan air mata. Hanya Allah sahaja tahu betapa bencinya dia melihat kedukaan Safyna.

"Relax my darling.. you're safe with me" lembut pertuturan Hannah.

"Aku takut Hannah.. aku takut. Nanti Pak Zail pukul aku.. Dia tak kasi aku cerita masalah ni, tapi aku buat juga.. aku takut Hannah. Aku penat dengan semua ni. This shit really kills me" ujar Safyna di sela-sela tangisnya.

"Jangan takut, Fyn. Selagi aku hidup, aku tak akan benar dia senang-senang pukul kau, buat benda tak elok dekat kau. Dia buat juga? Then let me be your plaster."

"Dalaman aku lagi sakit daripada luaran. Biarkan aku diseksa, yang kena pukul fizikal aku, bukannya mental aku. Dia tak pukul tapi dia lunyai kan.. Aku nak rasa kesakitan fizikal, bukannya mental!" Raung Safyna.

Pelukan Hannah makin dikejapkan. Dia menyuruh Safyna luahkan segalanya, mahupun memukulnya. Sebab dia tahu, kesakitan yang dia alami tidak setanding dengan kesakitan Safyna hadapi.

"Aku tak boleh pukul kau.. kalau tak aku sama je dengan lelaki tu" ujar Safyna perlahan.

"Crazy how your trauma isn't your fault but you have to take full responsibility for it" balas Hannah mendatar.

Leher Safyna tidak tahu sama ada mahu mengangguk atau menggeleng, dia tiada apa-apa perasaan sekarang. Numb.

"Aku janji Fyn, aku akan jaga kau sampai kau betul-betul bangkit. Aku benci tengok kau macam ni, jadi hamba abdi seekor syaitan jadian. Agaknya waktu kecik tak pernah kena azan."

"Hannah.. janji. Tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku sorang-sorang. Even aku dah 'bangkit' sekalipun, kau jangan" jari kelingking dinaikkan lemah.

"Promise" Hannah menyambutnya, senyuman nipis terukir di bibir Safyna.

Pelukan mereka dileraikan, iris mata Safyna mendongak ke wajah Hannah, dia melihat sahabatnya itu umpama seorang pari-pari. Sememangnya Hannah mempunyai sifat kasar dan ganas, tetapi pernahkah mereka melihat sisi lembut gadis itu?

"Kau tak muak ke tengok aku mengadu dramatik macam ni?" Soal Safyna yang dibelenggu pelbagai perasaan.

Hannah tergelak kecil.

"Nope. I love it when people tell me their problems. Tak pernah sekalipun benda tu menganggu aku. It shows how a person put their trust on me and I'm able to help. Kau tahu? Bila ada orang meluah dekat aku, it doesn't make me a therapist friend or being used sebab itulah gunanya seorang kawan. Apa function kalau berkawan, bersahabat tapi benda senang macam ni pun kau boleh lepas tangan? Susah senang kita sama-sama. Aku tak mintak ganjaran pun, just be nice and I'm okay" balas Hannah selamba.

Setiap bait katanya jelas menunjukkan keikhlasan seorang manusia mahupun seorang kawan. Kalau lah semua orang berpersonaliti macam ni, pasti dunia aman.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now