Laventarine - 70

119 16 1
                                    

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Siling tandas menjadi tatapan pertama cik mata. Seluruh badan terasa perit dan basah. Dibangunkan badan dengan berhati-hati. Air yang berada di sisi terlihat bercampur dengan darah. Safyna tutup mata apabila kepalanya seakan-akan berpusing. Hening sejuk yang menyentuh kulit mengundang perhatiannya, turun anak mata ke bawah dia melihat dirinya dalam keadaan tidak berbaju. Pening dengan situasi sekarang.

Perlahan-lahan badan cuba didirikan, tangannya meraba-raba permukaan dinding sebagai tongkat untuk dia berdiri stabil. Tombol pintu disentuh lalu dipulas, daun pintu ditarik dari dalam. Safyna menapak ke luar, hanya suasana rumah yang sunyi dan kosong menjadi hidangan mata.

Dalam keadaan sebegitu, dia menuju pula ke dapur. Ikatan plastik Gardenia dibuka, tangan mencapai sekeping roti lalu disuakan ke mulut. Kunyah penuh nikmat. Pandang sekeliling tempat dahulu sebelum Safyna menapak ke biliknya.

Dia mencapai sehelai tuala lalu kain lembut tersebut bersentuhan dengan kulitnya. Ada kala dia berdesis tatkala perit terasa. Laci kecil ditarik, menampakkan beberapa jenis barang perubatan yang sudah sedia menunggu untuk berkhidmat. Langsung dia menggunakan khidmat mereka untuk kali yang keberapa entah.

Usai merawat diri sendiri, sebuah keluhan dilepaskan. Safyna tenung gelas cermin yang berdiri tegak di hadapan, perlahan-lahan anak mata meratah dan merayap tubuhnya yang agak tragis keadaan. Dari perut, menuju ke dada, kemudian ke batang leher dan destinasi terakhir, muka. Lama dia terpaku dengan pantulan diri sendiri, agak kritikal juga keadaannya.

Tapi apa yang nak dikesahkan? Sebuah senyuman terukir di bibir, tangan ligat naik mengikat rambut. Bekas concealer dipusingkan lalu dia menepek alat kosmetik itu pada wajah. Menutup segala luka yang menempel. Kemudian, lip tint bertona merah ke-orengan perlahan dicalitkan ke bibir.

Dengan itu sahaja, dia sudah tamat. Belek-belek sedikit wajah, sengaja dia tak tepek banyak concealer kerana mahu tayang luka.

Ikatan rambut dileraikan, Safyna mengibas-ngibas rambut pendeknya. Dia lantas bangun lalu menukar pakaian. Seluar trek, singlet hitam berserta jaket kelabu disarungkan ke tubuh, tudung hitam menjadi penutup aurat bahagian atasnya. Mask dan topi hitam pemberian Hannah dikenakan. Dengan nafas baru dia keluar dari bilik.

Pintu pagar dibiarkan terbuka, Safyna menghayunkan langkahnya ke sebuah tempat. Kepala lekas menoleh kiri kanan untuk mencari sesuatu yang diingini. Dia masuk lebih dalam lagi dan akhirnya mata disapa dengan sebuah figura lelaki berpakaian hitam hijau, duduk nikmati minuman di tangan.

"Fyaz Rizqullah!" Laung Safyna mengundang tolehan tuan empunya badan.

"Fyaz! Aku dah agak dah kau kat sini!" Langkah dilajukan, Safyna berhenti di sisi Fyaz.

"Apa kau nak, perempuan?" Dia bersuara.

"Saja. Aku bosan sebenarnya. Tu datang cari kau, hehe.." punggung dilabuhkan bersebelahan Fyaz. Jejaka itu memutarkan bebola mata. Dia buang pandang ke tempat lain.

"Fyaz.. aku nak cerita sikit ni" nada suara diperlahankan. Safyna memanah anak matanya pada wajah Fyaz.

"Hm? Apa?" Nak tak nak, layan jela.

Safyna senyum sinis di balik pelitup muka hitamnya.

"Kau nak tengok kejutan tak?"

"Apa kau ingat aku ni budak-budak ke nak surprise surprise?"

Jawapan jejaka itu membuatkan Safyna berdecit sebelum kembali meneruskan ayatnya.

"Tengoklah gila.. sini tengok aku. Aku nak bagi something dekat kau."

Fyaz enggan dengan arahan Safyna. Gadis itu terus menerus memaksa dia untuk toleh kepala terhadapnya. Sebuah keluhan dilepaskan, Fyaz geleng kepala lalu dia menoleh sekilas. Safyna yang sedang panjang leher melontarkan suaranya pada telinga Fyaz sedikit terkedu dengan tindakan tersebut. Hanya tinggal beberapa inci sahaja sebelum wajah mereka berlaga. Safyna perlahan-lahan menarik kepalanya ke belakang. Kaget.

"Mana surprise tu? Bagi aku tengok" arah Fyaz dengan suara mendatar.

Topi dan pelitup muka perlahan-lahan dibuka, menampakkan keseluruhan wajahnya. Safyna kelip mata, dia cuba menyembunyikan senyumnya apabila melihat reaksi tersirat Fyaz. Mata jejaka itu merayap di sekitar wajah Safyna, walaupun masih tertutup dengan alat kosmetik tapi kepekatan warnanya membuatkan ia boleh dilihat.

"Kau tepek benda alah apa kat muka kau ni?"

"Hm? Concealer, kosmetik. Saja nak tutup surprise, tapi aku tak tekan sangat benda tu. Saja nak bagi kau boleh nampak" senyum.

Fyaz hela nafas perlahan, sekilas itu air mineral di dalam genggaman dituangkan ke dalam tapak tangan kanan. Naik menyentuh kulit wajah Safyna tanpa izin tuan empunya badan. Hampir terbuntang luas anak mata gadis itu apabila dirinya disentuh. Fyaz tanpa peduli akan keadaan hanya meneruskan kerja, ligat menggesek jari di keseluruhan
wajah.

"Kau pahal sia!" Safyna segera menjauhkan diri dari Fyaz. Dia bergerak duduk beberapa inci daripada jejaka itu.

"Apa?"

"Apa?! Hey kau sentuh aku gila!"

"So? Apa masalahnya? Aku buat kerja aku je" selamba dia berkata-kata.

"Kerja..? Kerja kepala otak kau lah, Fyaz."

Fyaz hela nafas, annoying. Dia lantas merapatkan jarak mereka lalu muka Safyna disentuh. Erat pegangannya pada rahang gadis itu.

"Listen, aku datang dalam hidup kau bersebab. Jadi aku boleh buat apa sahaja yang aku nak dan kau tak boleh halang. Selagi tak melampaui batas, selagi tu aku buat. If I want something, I will definitely get it. Termasuk dalam hidup dan diri kau. Yep, aku paling pantang kalau ada orang sentuh kau. Just a drop of your tears fall, don't ever dream of a good ending. I'm obsessed with what's mine and yes Nadda my soul is only full of your shadow and personality. Cuma kau, faham?" Mendatar keras suara Fyaz berbisik. Redup matanya yang tampak lembut melihatkan segala isi tersirat.

"Duduk diam-diam, aku nak repair kau" posisi tangan berubah turun ke bahu. Ibu jarinya tekun menyentuh dan menggesek setiap kecederaan yang dialami. Safyna pula bagai disumpah menjadi patung, terkaku dan terpaku. Bipolar ke mamat ni? Terasa bagaikan hati dipagut oleh sesuatu yang berat.

"Aku tak suka tengok kau tepek malaun pejadah ni kat muka. Your real look is already fine as fuck. Tayang je benda sebenar, ada orang buat lawak kau pancung je. Kepala tu basuh astu sidai. Daging kau masak bagi sempudal lain makan. Tips from your Vagabond" cakap tanpa ada rasa apa-apa. Benda biasa baginya, tapi lain pula pada Safyna. Dia tak mampu berkata apa tapi dalam hati setuju.

"Aku terfikir juga tau, Fyaz. Macam mana orang boleh rasa puas dan syok eh buat jenayah?" Soalan yang tak pernah terlintas dalam kepala tapi tanda sedar dihamburkan.

Fyaz menarik tangannya yang basah.

"Entah. Aku pula terfikir kenapa wujudnya perkataan jenayah? Kenapa wujudnya perkataan mangsa? Mungkin sebab 'jenayah' yang seseorang tu buat adalah disebabkan oleh 'penjenayah'. Seseorang tak akan buat sesuatu tanpa sebab. Lihat dari segi jenayah, kita dapat tahu kenapa. Apa yang penting dalam isu ni adalah mindset. Akal fikiran. We don't know the truth and we can't deny the truth" kedua belah kening dijongket.

Safyna kerut dahi. Tak faham satu, tak faham dengan cara dia jawab satu.

"Hah? Apa kau cakap ni? Jawapan kau tak ada kena mengena dengan soalan aku, mat. Ibarat jodoh aku dengan Hilman kau tahu?"

Hujung mata Fyaz menjeling Safyna. Andai budak ni tahu yang dia ni malas jawab.

"Haih.. Nadda. Senang cite macam ni, contoh kau nak lawan orang dan kau nak kepuasan. Masa kau lawan tu kau kosongkan fikiran dan letak seseorang. Sempitkan fikiran dan hayun tenaga kau. Dah settle. Banyak tanya" dia lekas bangun.

Safyna terkaku di tempat duduknya. Telinga hanya mendengar bunyi derapan kaki seseorang tapi tidak menunjukkan apa-apa refleksi. Tiba-tiba terasa belakang jaket ditarik kasar dan dia terus terbangun dari situ.

"Woi, mat! Kalau aku jatuh tadi..!" Marah Safyna.

"Padan muka."

"Eh lepaslah! Aku boleh jalan sendiri. Aku tak kudung lagi. Ni kau nak bawak aku pergi mana?"

"Repair kau ar" sejurus itu Fyaz melepas kasar tangannya. Safyna pejam mata sebelum punggung lelaki itu diterajang.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now