Laventarine - 11

287 40 0
                                    

Jika sudah tersebar di sekolah, semestinya berita tersebut sampai di pengetahuan Pak Zail juga. Safyna yang terlalu lali menghadap seksaan neraka di sekolah hanya menunggu masa hukumannya di rumah.

Teruk Safyna dibuli, dalam sehari sahaja sudah bermacam-macam ujian melanda. Bukan setakat makian dia terima, malah pakaiannya juga ikut jamah nasi lemak. Akhirnya dia bertapa dalam tandas gara-gara mahu membersihkan pakaian sekolah.

Wajarlah dia dihina sebegini rupa, pada pandangan dan fikiran mereka, Safyna tidak lantas dilayan seperti seorang manusia. Mungkin lebih teruk daripada sampah. Hanya kerana isu dia dengan Cikgu Hayyan, hampir kesemua warga sekolah memandang serong terhadap Safyna.

Cikgu Hayyan Eskandar, guru yang paling disayangi dan disenangi gara-gara sifat baik dan pemurahnya. Boleh dikatakan kalau bab terima hadiah semasa Hari Guru, dia ialah orang yang menggunung hadiahnya.

Tapi siapa saja tahu disebalik topeng suci itu tersembunyi satu muka durjana. Disebabkan itulah ramai orang akan menyebelahi Cikgu Hayyan jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan dia.

Agaknya kalau dia rogol orang depan-depan pun, ada lagi tak puak yang nak cop dia sebagai 'innocent'?

Safyna juga salah seorang mangsa topeng suci lelaki bermuka dua itu. Boleh dikatakan satu sekolah telah menjadi mangsanya. Dari orang atasan sehinggalah yang taraf biasa-biasa.

"Kalau kau mahukan pertolongan, datang je rumah aku. Panggil aku."

Pesanan dari Hannah sebelum dia balik ke rumah atas sebab tertentu. Hilang saja kelibat Hannah, syaitan-syaitan yang mahu mengerjakan Safyna terus bersorak gembira. Diorang tak berani sentuh kalau Hannah yang jadi pelindung.

Bila tiba waktu balik, Safyna bagaikan mahu meraung-raung sekuat hatinya. Dia tak sanggup nak hadap Pak Zail di rumah. Selama 15 tahun dia hidup dengan lelaki itu, segala jenis penderaan dan alat untuk mendera dia sudah hafal.

Ketika Safyna sedang berjalan, otaknya tak putus-putus memikirkan bagaimana cara mahu melarikan diri. Kalau dia balik, habis kena rejam dengan Pak Zail nanti.

Jadi, lebih baik dia lari sekarang juga! Safyna mengoyakkan senyuman, walaupun dia tiada arah tuju untuk destinasi seterusnya, tapi apa yang pasti dia tak akan balik rumah tu.

Jalan punya jalan, sedar-sedar dia sudah berada di sebuah lorong yang agak sunyi. Hanya dihiasi dengan beberapa buah bangunan dan beberapa biji kereta. Kaki Safyna berhenti di belakang sebuah bangunan lalu duduk beralaskan beg sekolahnya.

Kain baju naik mengelap peluh di muka. Tekak pula minta diisi tapi dirinya langsung tiada duit. Safyna menyandarkan tubuh di dinding bangunan, terlalu penat dengan semua benda.

Luka khas dari Pak Zail dan wanita kesayangannya masih belum pulih lagi. Celik saja mata tiba-tiba luka lain kirim salam. Hidup memang tak pernah adil untuk dia.

Nak menangis tapi air mata dah lelah mahu menitis lagi. Muka pucat mengalahkan mayat. Kepala dia juga tak habis-habis berdenyut.

Tanpa sedar, kedua belah kelopak mata Safyna kian tertutup dan akhirnya dia terlena.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now