Laventarine - 76

85 12 0
                                    

Bersama dengan Hannah sememangnya hanya senyuman kebahagiaan yang mengisi detik mereka. Dibawa ke suatu tempat privasi pada hari hujan sebagai ubat penenang diri. Hanya mereka berdua sahaja. Tenang, indah. Malam kian menjelmakan dirinya, langit kian gelap.

Sepasang matanya khusyuk terkunci pada pemandangan di luar tingkap yang dihiasi oleh titisan kecil air. Satu demi satu lampu dibuka dari beberapa buah bangunan tinggi mahupun rendah di luar sana. Ditemani oleh suasana nyaman, terhidang elok secawan kopi berserta pinggan pencuci mulut di sisi.

Dada Safyna naik turun perlahan, elok dia lentok kepala pada bahu Hannah. Gadis itu pun sedang menikmati suasana sambil jari tak lepas seret seret skrin telefon.

Mereka kini berada di sebuah tempat yang tak pernah lagi Safyna jejaki. Juga tempat kepunyaan mak kepada sahabat karib di sebelah. Mungkin akan jadi waris tempat ini suatu hari nanti.

SALVA LA ESTRENAR PALACE, sebuah bangunan besar yang boleh dikategorikan sebagai hotel lima bintang tapi ianya lebih mewah daripada itu. Sedap kata, penthouse. Ya, mak Hannah Adira ini ialah seorang CEO berjaya. Bukan calang-calang orang boleh log in. Orang-orang poket tebal, artis-artis mahupun politik sahajalah yang bertapa kat sini. Dia? Hmph, tengok dari luar boleh lah.

Sekarang ini mereka berada pada tingkat paling atas, tempat yang tidak semua orang tahu semestinya. Itu bermaksud pekerja-pekerja di sini juga tidak tahu akan kewujudan tempat serba indah ini. Hanya mereka dan orang lejen saja. Rasa bangga pula, eceh.

Dia juga tidak lupa akan kebencian keluarga Hannah terhadap dirinya. Lalu, bagaimana dua orang ketul ni boleh masuk sini? Senang saja jawapannya, memandangkan Datin Helena (mak Hannah) tak nak tengok muka rambut Midnight ni, jadi rakan ciliknya itu berkomplot dengan Mr. Driver mereka.

Tahu-tahu lah akal cerdik mereka berdua tu. Safyna geleng kepala, dia ukir senyuman. Hannah sanggup lakukan apa sahaja untuk dirinya yang tak seberapa ini.

Sedang kepala tenggelam dalam lamunan, tiba-tiba suis soalan dipetik kembali. Terus segar Safyna dibuatnya. Dia angkat kepala melihat Hannah di sebelah.

"Hannah.." Dengar nama diseru, Hannah toleh sekilas ke arah Safyna berada. Signal kepala diberi.

"Aku nak tanya.. kau dengan Ridzwan ada apa-apa ke?" Soalan ini sudah lama termaktub dalam mindanya sejak dia pertama kali jejak rumah mamat itu. Ada sesuatu yang aneh telah melintas anak mata.

"Kenapa? Kau fikir kita orang couple?" Terus dia tayang muka jijik. Tak kempunan dia nak berboiprenkan laki macam Ridzwan itu.

Safyna bantai gelak. Dah agak dah benda tu yang minah ni fikirkan.

"Bukan ler.. just.. kau orang berdua macam ada something tahu? Dia dengan kau kalau bercakap terus naik segala tanduk haha. Macam long lost sibling hahaha.." kebenaran yang tak dapat dinafikan lagi. Ridzwan bila dengan perempuan lain sopan saja perangainya tapi kalau dengan Hannah, bayang pun dia boleh bahan.

Hannah memperbetulkan tulang belakangnya pada sofa empuk itu, dia hela nafas.

"Buat apa aku nak tergedik-gedik kepit suara goyang-goyang manja depan dia, eh dengan mana-mana laki pun jangan harap aku nak buat camtu lah. We are nothing. Biasalah, dia dengan aku je berani tunjuk tanduk" bahas Hannah tentang persoalan Safyna.

"Tapi kenapa?"

"Dah dia cousin aku" pengakuan Hannah yang selamba itu membuatkan Safyna ubah posisi kepada duduk. Tak percaya.

"Asal? Tak percaya yang mamat tu boleh jadi cousin aku? Huh, aku sendiri pun tak nak percaya dia tu cousin aku. Sengkek!" Laju saja mulut nak mengutuk orang. Akibat geram skrin telefon jadi mangsa. Dihentak-hentak kuat kukunya pada skrin itu.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now