Laventarine - 72

84 14 0
                                    

"WOI BOTAK!" Jerkah satu suara yang baru menapak masuk ke dalam kelas itu. Semua kepala terus berdesup memandang ke arah tuan empunya suara tersebut. Pengetua sekolah, Encik Saiful.

Terserlah berang dan amarah di wajahnya, dia pantas menapak ke arah Rayyan, Hariz dan Fawaz. Tangan naik mencengkam kolar baju ketiga-tiga budak lelaki itu lalu ditarik dengan kuat. Mereka sekaligus jatuh terduduk ke atas lantai.

"Kamu semua ni dah kenapa? Tak ada benda lain ke nak buat selain tunjuk samseng dekat anak orang, hah?!" Tengking Encik Saiful. Dia pandang mereka bertiga dengan tajam sekali sebelum beri panahan mata pada para pelajar yang lain.

"Kamu bertiga memang lunyai saya tibai nanti! Berani naik tocang kat budak lain, batak sangat nak tunjuk kehebatan taik hanjing kamu tu! Kalau seteruk ini kamu buat dekat dia dan sekiranya mangsa yang kamu buat alami apa-apa kecederaan serius, saya selaku pengetua sekolah ni akan balas 10 kali ganda lebih dari apa yang kamu buat! Kamu bertiga tak layak jadi murid dekat sekolah ni! Hariz, Fawaz, Rayyan, kamu ikut saya pergi ke bilik disiplin sekarang!" Herdik Encik Saiful lagi.

Dia pandang seisi kelas tersebut.

"Kamu semua, saya nak satu kelas ni ikut pergi bilik disiplin sekali. Macam mana kamu boleh tengok saja hah?! Tak buat apa-apa tindakan pun! Tengok melangok jadi batu api macam orang tak ada akal! Pergi!" Jerkah Encik Saiful sehingga membuatkan beberapa tubuh terkejut. Mereka saling berpandangan seolah-olah mahu tuding jari.

"Buat apa tercegat kat situ lagi?! Tak faham bahasa ke?! Saya kata pergi sekarang! Kamu bertiga, pergi berambus dari sini! Jumpa saya dekat sana, jangan ada sesiapa yang cuba larikan diri!" Sejurus itu, seluruh kelas 3rk1 terus berpusu-pusu menapak keluar daripada kelas.

Encik Saiful geleng kepala lalu tunduk merapati Safyna. Dahinya berkerut melihat keadaan anak murid perempuannya itu.

"Ya Allah.. Safyna.. Apa yang dia orang buat dekat awak ni?" Tangan perlahan-lahan mahu memegang bahu Safyna. Tragis sungguh keadaan dia sekarang ini. Mulut berlumuran darah, lebam sana sini, ianya sedikit sebanyak mencabar jiwa Encik Saiful yang melihat.

"Err.. arr.." mulutnya bagai mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak kesampaian. Tak sampai hati mahu melihat dia sebegini, terus saja Encik Saiful mendukung Safyna di belakangnya. Terus berdesup lari bawa pergi ke bilik rawatan.

———

Suasana tegang mengalahkan kepahitan kafein dapat dirasakan oleh semua manusia yang berada di dalam bilik disiplin itu. Safyna yang telah diberi rawatan kini duduk di sebelah Hannah. Panjang umur budak itu, akibat beberapa tugasan yang perlu dia lakukan pada pagi ini jadi dia tidak dapat berada ketika waktu kejadian.

Dapat sahaja info bahawa kawan baiknya dikejarkan ke bilik rawatan kerana isu buli di dalam kelas, terus mengalahkan pelesit dia berlari mendapatkan Safyna. Rempuh pintu kayu bilik rawatan tersebut. Mujur tak patah.

Safyna kini setia merenung permukaan meja di hadapan mata, kiri kanannya diduduki oleh Hannah dan beberapa orang guru. Para pelajar kelas 3rk1 sedari tadi setia menatap kasut masing-masing. Ada tarikan magnet agaknya. Diam mengalahkan tanah perkuburan.

Muncul suara garau berdehem setelah hampir 5 minit berlalu. Pandangannya tajam sungguh, kalau sesiapa buat eye contact gerenti kerat lapan jawabnya.

"Hariz, Rayyan, Fawaz dan tak lupa.. Kak Long sekolah kita, Farhana Safa dan Syasya Rina. Saya rasa awak semua dah kunyah habis-habisan kenapa awak semua ni kena panggil berhadapan dengan saya. Berhadapan dengan para guru."

"Boleh awak jelaskan kenapa awak berada di sini?" Pinta Encik Saiful kepada lima orang pelajar tersebut.

Mulut masing-masing bagai digam dengan gam Gajah, tak mampu buka walaupun sedikit. Itu membuatkan sebelah kening Encik Saiful jongket ke atas.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now