Bab 28

1.1K 158 1
                                    

SAMPAI sahaja di Langkawi, mereka bertiga terus mengambil kereta yang telahpun disewa untuk beberapa hari dan menuju ke hotel yang bertempat di Pantai Cenang. Sepanjang perjalanan daripada Airport ke Pantai Cenang, Rania dan Rayyan tidak lepas daripada memandang ke arah luar tingkap. Begitu kagum dengan hasil bumi di Langkawi.

  Selesai sahaja check- in, Rania, Faliq dan Rayyan terus melangkah menuju ke Chenang Mall. Restorang Manhattan Fish Market dituju. Selesai sahaja memesan makanan, seperti biasa Rania membawa keluar telefonnya.

  Beberapa keping gambar diambil bersama dengan Rayyan. Dan ya, Rania sekali lagi lupa untuk mengambil gambar bersama Faliq. Faliq yang duduk berhadapan dengan Rania hanya mampu menjeling sahaja.

  Kalau ikutkan rancangannya, percutian kali ini dia langsung tidak mahu bawa Rayyan,tapi disebabkan Rania yang memujuk dan merayu kepadanya supaya membawa Rayyan, akhirnya Faliq terpaksa akur juga.

"Mama nanti kalau Mama suap Rayyan makan, boleh tak?" Soal Rayyan. Rania pula mengangguk perlahan.

"Tak boleh." Celah Faliq secara tiba tiba. Kedengaran ada nada yang tidak puas hati disitu. Rania pula sudah membulat matanya mendengar kata kata Faliq. Dengan anak sendiri pun nak cemburu?

"Dengan anak sendiri pun a-"

"Masalahnya ini bukan soal cemburu. Tapi awak berdua tu macam tak kisahkan saya langsung. Buat saya ni macam tunggu kayu. Ambil gambar pun asyik asyik dengan Rayyan. Yang Abah Rayyan ni taknak ambil pula?" Soal Faliq tidak puas hati.

"Oklah. Meh saya ambil gambar dengan awak."

.

RANIA, Faliq dan Rayyan mula melangkah menuju ke arah Dataran Cenang. Sambil berjalan, Rania memandang keadaan di sekeliling itu. Ramai dan meriah.

  Pegangan tangannya diantara tangan Faliq dipandang sekejap. Rania tertawa kecil,disebabkan terlampau cemburu dengan Rayyan. Faliq suruh Rania pegang tangan dia dan Faliq yang memegang tangan Rayyan.

Kuat cemburu.

"Awak nak makan dulu ke nak jalan jalan dulu?" Soal Faliq.

"Saya nak makan dululah. Lagipun saya laparlah sekarang ini." Ujar Rania. Faliq pula mengangguk perlahan. Beberapa buah kiosk kecil yang terdapat di Dataran Cenang dituju. Selesai sahaja memesan makanan, mereka terus duduk di tempat yang kosong.

  Sambil makan, mereka bertiga melihat persembahan api yang dilakukan oleh beberapa orang yang terlatih. Rezeki mereka bertiga juga memandangkan persembahan tersebut betul betul jelas untuk mereka lihat.

  Selesai sahaja makan, Rania dan Rayyan melangkah menuju ke arah kiosk Langkawi Creamy yang terletak tidak jauh dari tempat duduk mereka. Selesai sahaja membeli aiskrim, Rania dan Rayyan duduk kembali di tempat duduk mereka.

  Puas makan aiskrim, Rania, Faliq dan Rayyan bangun dari duduk. Kedai kedai yang menjual barang barang perhiasan dan juga baju dituju. Sambil berjalan sambil berbual kosong mereka bertiga.

  Kiosk kedai Napel dituju. Rania melangkah masuk ke dalam kiosk tersebut manakala Faliq dan Rayyan menunggu diluar sambil menikmati aiskrim Mcdonald yang baru sahaja dibeli sebentar tadi.

  Selesai sahaja bayar, Rania terus melangkah keluar dari kedai tersebut. Faliq dan Rayyan yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan dituju.

"Awak. Jomlah balik hotel. Saya dah tak larat dah nak berjalan." Ujar Rania. Faliq dan Rayyan terus bangun dari duduknya.

"Dah habis dah beli barang?" Soal Faliq. Rania menggeleng. Kalau bukan sebab dia tidak larat tadi,jangan haraplah dia nak berhenti shopping. Dahlah tadi kedai tu dia buat sale gila gila.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now