bab 62

733 79 2
                                    

DARIPADA tadi, muka Rihanna dan Qayden langsung tidak ceria. Masam sahaja, tetapi bukannya sebab gaduh. Tapi sebab kena menganjing dengan Rania dan Faliq.

"Aku tak sangka langsung weh yang ada juga orang nak dekat kau, Qayden. Tahniahlah sebab kau masih lagi ada orang nak." tutur Faliq sambil menepuk Qayden di sebelah.

Qayden diam, padahal dalam hati dah menyumpah seranah Faliq.

"Sudahlah tu Faliq. Aku menganjing kau waktu kau baru kahwin tu, sikit saja. Habis, sekarang ni kau menganjing aku teruk punya. Apa ni? Ini tak adil." luah Qayden tidak puas hati.

  Bayangkanlah sejak dia dengan Rihanna sampai saja dekat kedai, Faliq dengan Rania tak berhenti menganjing mereka berdua. Dasar suami isteri tak guna.

"Tapikan, aku pelik juga tau Rihanna. Bukan dulu kau beria cakap dekat aku yang Qayden ni buaya daratlah, lepas tu tak hensem. Tengok-tengok kau bercinta dengan dia." kali ini giliran Rania pula menganjing Rihanna.

"Diamlah kau Rania. Eh kau pum samalah, dulu menyampah dengan Faliq sebab kau cakap dia selalu ikut kaulah apalah. Habis sekarang ni? Kahwin. Kau lagi teruk daripada aku tau." balas Rihanna. Rania mengangguk mengiyakan kata-kata Rihanna.

  Betul juga apa yang Rihanna katakan, dulu bukan main bencikan Faliq. Macam mana tak benci dah kalau asyik ikut dia ke mana saja dia pergi. Seram juga kadang-kadang.

  Perbualan mereka terhenti apabila pelayan restoran menghantar satu lagi pencuci mulut yang dipesan oleh Qayden iaitu buah nenas yang dipotong. Serentak dengan itu, Rania dan Rihanna terus beralih memandang antara satu sama lain.

Orang mengandung mana boleh makan nenas.

"Rania, makanlah." pelawa Qayden apabila cuma Rania seorang sahaja yang tidak menjamah buah nenas itu. Dengan penuh teragak-agak Rania mengambil garfu dan dicucuk dengan nenas itu. Baru sahaja mahu menyuap masuk ke dalam mulut, tangan Rihanna naik menampar tangan Rania. Garfu yang dipegang serta merta jatuh.

"Bukan ke haritu kau cakap dekat aku yang kau tak boleh makak nenas. Sebab kalau kau makan nenas nanti kau akan sakit kepala. Habis kenapa kau makan?" soal Rihanna. Rania tergamam dan dalam masa yang sama juga dia amat berterima kasih kepada Rihanna.

"Memanglah. Tapi aku sajalah nak cuba mana tahu dah tak sakit? Kan? Tak apalah. Aku 'order' benda lain." tutur Rania. Qayden dan Faliq yang sedang menjamu nenas turut berhenti mengunyah.

"Weh 'sorry' tau Rania. Aku tak tahulah pula yang kau tak boleh makan buah nenas sebab nanti kau sakit kepala..." Qayden beralih memandang Rihanna.

"Yang kau ni pun Rihanna, bukannya nak cakap dekat aku. Kalau tak aku 'order' benda lain pun takpa." sambung Qayden. Rihanna memandang Qayden tidak puas hati.

"Kau tak cakap dekat aku pun yang kau nak 'order' nenas. Lepas tu nak marah aku pula. Kau dah kenapa!" nada Rihanna mula naik seoktah. Rania dan Faliq mula geleng kepala, memang punca bergaduh betul.

"Eh takpalah. Lagipun aku okay saja, tak payahlah sampai nak gaduh bagai." ujar Rania dan bangun dari situ. Kaki mula melangkah menuju ke tandas. Sambil berjalan, membuka telefon bimbitnya apabila panggilan daripada Puan Aisha masuk. Butang digital berwarna hijau ditekan.

"'Hello', ada apa ibu telefon Rania?"

'Ibu sebenarnya nak ajak Rania, Faliq, Rihanna dengan Qayden makan malam dekat rumah ibu esok. Boleh tak?' soal Puan Aisha di dalam talian, Rania mengangguk walaupun dia yakin yang Puan Aisha tak nampak pun dia mengangguk.

"Boleh saja ibu, tak apa nanti Rania cakap. Okaylah ibu, kalau tak ada apa-apa Rania dulu letak. 'bye'." Rania menamatkan talian, telefon disimpan kembali di dalam poket seluar.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now