bab 12

1.8K 258 6
                                    

TANGAN kanan Rania naik mengesat air matanya yang semakin jatuh. Kedua dua tangannya naik memegang stereng keretanya. Kemudian, kedua dua kornea mata Rania beralih memandang kawasan sekelilingnya.

Sunyi.

Kemudian, Rania melangkah keluar dari keretanya. Udara segar dihirup melalui hidungnya. Nyaman sahaja rasanya. Kedua dua anak mata Rania mula memandang sekeliling. Perlahan lahan, Rania tersenyum tipis.

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Rania Ramanshah untuk datang ke sini bila ada benda yang menganggu fikirannya. Kepala Rania beralih memandang ke arah keretanya. Telefonnya yang agak bergetar dibiarkan sahaja. Malas dia nak angkat.

Entah siapa yang menelefonnya waktu malam ini,dia pun tak tahu. Entahlah, sekarang ini jangan ditanya apa yang perlu dia rasa.

Sakit?

Kecewa?

Dia sudah lali. Sudah menjadi satu kebiasaan baginya untuk menerima apa yang orang katakan kepadanya. Rasa sakit dan kecewa ibarat kawan rapat bagi seorang Rania Ramanshah.

Tak semua orang faham apa maksud depression.

FALIQ merebahkan badannya di atas katil milik. Tangan kanannya dibawa ke dahinya. Walaupun waktu sudah menginjak pada 12 tengah malam, Faliq masih lagi tidak boleh tidur.

Fikirannya serta merta mengingatkan apa yang terjadi diantaranya dan Rania. Rasa bersalah mula menjengah dirinya.

"FALIQ." Faliq terus mengangkat mukanya apabila satu suara menyebut namanya. Kedua dua mata Faliq tertancap pada figura Rania dihadapannya.

"A-ada apa kau datang sini?" Soal Rania perlahan. Mungkin agak terkesan dengan tindakannya sebentar tadi.

"Aku datang sini,sebab taknak kau salah faham." Rania pula hanya diam sambil mengangguk perlahan. Kemudian, Faliq mula melangkah menuju ke arah Rania. Namun masih lagi ada jarak diantaranya dan Rania.

"Aku faham,kalau kau taknak tengok muka aku dah. Lagipun,aku tahu tak ramai orang boleh terima orang yang ada penyakit macam aku ni....."

".... Gila,sakit,meroyan macam aku ni. Kau sudi lagi ke nak kawan dengan aku?" Soal Rania lagi. Faliq pula hanya mendiamkan diri lagi. Lidahnya masih kelu. Kedua dua anak mata Faliq masih lagi memandang figura Rania dihadapannya.

"Tapikan,semua orang hina aku macam macam. Ada yang kata aku gila. Tapi diorang tak pernah tanya aku. Aku dah usaha sehabis baik untuk keluar dari penyakit ni. Benda ni,dia yang cengkam aku Faliq. Dia yang kawal aku....." Rania berjeda sekali lagi untuk melihat reaksi Faliq. Faliq pula masih lagi statik dengan kedudukannya yakni diam tanpa berkata kata.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें