bab 1

5.3K 445 41
                                    

DARIPADA tadi matanya tidak lari daripada memandang ke luar tingkap pejabatnya. Dapat dia lihat berpuluh puluh kereta yang sedang tersekat dengan kesesakan jalan raya. Kemudian,dia mula mengorak langkah menuju ke arah tempat duduknya. Sampai sahaja di meja ,dia mengambil tempat di atas kerusi buatan Jerman miliknya yang ditempah khas.

Tanpa melengahkan masa,laci meja miliknya dibuka. Sepucuk pistol Glock-19 yang disalut dengam emas diambil. Senyuman sinis mula terukir di bibir jejaka tersebut.

Dia,

Faliq Hanafi Shah.

  Seorang jejaka yang sangat beku. Auranya mampu membuatkan siapa sahaja yang melihatnya pastu akan tertarik, lebih lebih lagi golongan remaja perempuan. Tapi sayang, dalam ketampanan, kekayaan dan kemewahan yang dia miliki di dalam hidupnya, kebahagiaan yang setiap saat dia dambakan tidak pernah berkunjung tiba.

  Setiap saat, masa silamnya yang hitam itu, dia cuba sedaya upaya untuk keluar supaya ianya tidak lagi menghantuinya. Walaupun hakikatnya dia sendiri tahu yang itu adalah satu perkara yang sukar dia kecapi. Tapi dia percaya yang satu hari nanti sinar kebahagiaan akan berkunjung jua.

Tatkala ketukan di pintu mula menyapa gegendang telinga miliknya,terus Faliq tersedar dari lamunannya. Bingung selama 3 saat, cepat cepat Faliq menyimpan kembali pistol Glock-19 di dalam laci meja.

"Masuk."

Pintu pejabat miliknya terbuka dari luar,kelihatan seorang jejaka dengan ketinggian 187 cm melangkah masuk ke dalam pejabat milik Faliq. Tanpa disuruh,jejaka tersebut terlebih dahulu mengambil tempat di hadapan Faliq. Serta merta hujung bibir Faliq ternaik sedikit.

"What is it?" soal Faliq dingin tanpa beriaksi. Jejaka dihadapannya pula hanya tersenyum sinis. Jejaka tersebut berdehem seketika. Senyuman mula terbentuk di bibir.

Senyuman seorang psycho.

"For now,you don't have any 'work' to settle." ujar jejaka itu. Faliq pula hanya mengangguk tanda faham. Bibir langsung tidak berkata kata walaupun sepatah. Senyuman mula terukir di bibir.

"As usual,my Glock-19 always with me. I bring it everytime. So don't worry about me. I used to be okay with it." Laci meja dibuka kembali, pistol Glock-19 dibawa keluar dan diletakkan di hadapan jejaka itu.

"By the way,long time no see brotha." Tambah Faliq lagi. Jejaka dihadapannya pula hanya tertawa kecil. Posisi kedudukan diubah sedikit supaya dia selesa.

"Kau yang sibuk."

"Ok apa kalau aku sibuk. Daripada kau itu, kerja entah ke mana. Betul tak?" soal Faliq dengan nada yang agak sinis. Qayden hanya membuat derk sahaja dengan persoalan Faliq sebentar tadi.

Faliq dan kata kata yang pedas tidak boleh dipisahkan.

"Kau tahu tak sekarang ini, aku dah berazam untuk berubah. Berubah menjadi seorang manusia yang boleh membantu kau, dan mungkin berubah menjadi manusia yang berguna. " ujar Qayden lalu bersandar di kerusi sambil tertawa kecil apabila raut muka Faliq seakan tidak percaya dengan setiap bait bicaranya sebentar tadi.

"Wow.. Amazing. By the way, lepas ini kau ada apa apa tak? Ataupun hari ini kau free saja?" soal Faliq lalu bangun dari duduknya.

"Nope. I'm free today. Why?" soal Qayden. Pandangan mata Qayden mula beralih memandang pejabat Faliq yang berasaskan warna hitam kuning. Percaya atau tidak setiap dekorasi pejabat ini Faliq yang tentukan. Suasana di dalam pejabat ini boleh dikatakan simple but perfect.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now