bab 22

1.4K 189 8
                                    

MANGKUK besar yang berisi nasi goreng kampung dan jug besar Teh O diambil dan diletakkan di kitchen island. Selesai sahaja menyediakan sarapan untuk Faliq dan Rayyan, Rania terus melangkah menuju ke arah bilik Rayyan terlebih dahulu. Jam dinding dipandang sekilas.

8.20am.

Masih awal lagi dan tak perlulah untuk Rania tergesa gesa bersiap bagai untuk pergi ke kerja. Sampai sahaja di hadapan bilik Rayyan, Rania terus melangkah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Rayyan yang sedang nyenyak tidur di atas katil dituju. Rania duduk di sisi katil, tubuh Rayyan digoncang perlahan.

"Rayyan.. Bangun sayang, mandi lepas itu pakai baju." Kejut Rania. Rayyan pula perlahan lahan membuka matanya. Melihat Rayyan yang masih lagi mamai, Rania terus menarik tubuh kecil Rayyan untuk bangun. Tuala Rayyan yang tersangkut diambil dan diberikan kepada Rayyan. Baju dan seluar Rayyan yang terlipat elok di dalam almari diambil satu dan diletakkan di atas katil.

  Selesai sahaja bahagian Rayyan, Rania terus melangkah menuju ke arah biliknya dan Faliq. Memang setiap hari, inilah rutin dia. Sediakan sarapan lepas itu kejut Rayyan dan Faliq bangun tidur.

  Masuk sahaja ke dalam biliknya, Rania terus pelik apabila pandangan matanya dijamu dengan suasana biliknya yang agak bersepah dengan seluar dan baju kemeja yang dicampak di atas katil dan ada juga yang jatuh di atas lantai.

  Tanpa berfikir panjang, Rania terus melangkah ke bahagian wardrobe miliknya dan Faliq. Kelihatan Faliq yang sedang sibuk mencari kemeja dan seluar di dalam almari. Lebih teruk, baju kemeja yang sudahpun dilipat dicampak begitu sahaja.

Mohon bersabar Rania Ramanshah.

"Awak cari apa ni?" Soal Rania lalu mengambil semua baju kemeja dan seluar yang bertaburan di atas lantai. Faliq pula terus beralih memandang Rania.

"Awak ada nampak tak baju kemeja saya yang warna dark blue? Sebab saya cari dalam almari tak jumpa langsung. Sudahlah baju tu baju favorite saya." Ujar Faliq.

  Rania yang sedang mengambil baju kemeja dan seluar yang bertaburan di atas lantai terus terhenti perbuatannya. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Faliq. Baju kemeja dark blue yang tergantung elok dan sudah siap diseterika diambil dan diberikan kepada Faliq.

Faliq tertawa kecil.

"Awak tahu tak, saya sampai kena ambil cuti tak pergi butik sebab nak lipat baju kemeja awak semua ni lepas itu senang senang saja awak nak sepahkan balik. Penat tahu tak nak lipat balik." Ujar Rania lalu kembali mengamb baju kemeja yang bertaburan di lantai.

  Selesai sahaja menyarung kemeja dark blue ke tubuhnya, Faliq turut mengambil baju kemeja miliknya yang bersepah di atas lantai dan diberikan kepada Rania. Faliq hanya tersenyum sumbing apabila Rania menjelingnya tajam sewaktu dia memberi baju kemejanya yang telahpun diambil.

"Awak ni,lain kali tanyalah saya dulu. Janganlah buat macam ini, saya penat tahu tak?" Bebel Rania lalu meletakkan baju kemeja tersebut ke dalam raga. Kalau nak lipat sekarang memang tak sempat punya jadi dia akan lipat baju kemeja tu nanti bila dia balik kerja.

"Awak dah siap dah?" Soal Rania.

"Haah."

"Ok kalau macam itu awak turun bawah makan dulu, saya nak kemas bilik sekejap. Nanti dah habis kemas saya turun bawah."

"Ok sayang."

.

KAKI Rania mula melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Beg tangannya diletakkan di atas meja kerjanya. Rania memandang keadaan sekeliling di biliknya. Tiada apa apa pun yang berubah memandangkan sudah hampir seminggu lebih Rania bercuti.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now