bab 2

3.1K 356 55
                                    

PINTU bilik dibuka, Rania melangkah masuk ke dalam bilik. Beg tangannya diletakkan di atas meja kerjanya dan Rania duduk bersandar di atas katil. Telefonnya dibawa keluar dari poket seluar dan diletakkan di atas meja nightstand.

  Baru sahaja mahu memejamkan mata, niat Rania terus terhenti apabila matanya terpandang akan sebingkai gambar yang terletak elok di atas meja kerjanya. Rania bangun dari duduknya, gambar tersebut ditatap lama.

  Kelopak mata Rania mulai membahang , deraian manik manik jernih mula jatuh menyembah bumi. Terketar-ketar tangan Rania memegang setiap wajah ahli kelurganya yang tersenyum girang. Gambar diambil dan dibawa ke dada, air mata Rania semakin lama semakin deras.

  Hati Rania saat ini seperti ditoreh dengan begitu dalam. Kesedihan yang terlalu sukar untuk dia ungkapkan. Kesedihan yang sudah sebati dengan jasad dan rohnya, boleh dikatakan hampir setiap masa Rania akan menangis apabila dia menatap ataupun terpandang akan gambar setiap ahli keluarganya.

  Rania bersandar pada dinding. Perlahan lahan tubuh Rania jatuh melorot. Gambar tersebut digenggam erat. Esakan mula keluar daripada mulutnya, rasa sebak semakin menebal. Fikiran Rania bercelaru tika ini, memori hitam putih mula menjengah fikiran.

  Rania seakan akan tersedar daripada kesedihannya apabila telefonnya berdering. Rania bangun dari duduknya dan duduk di atas katil. Nama Safya tertera di skrin telefon, Rania berdehem sebelum menjawab panggilan telefon Safya.

"Ye, Safya. Ada apa tiba tiba a-awak telefon saya?" soal Rania sambil mengesat air matanya yang masih lagi jatuh.

"Tujuan saya telefon Cik Rania ni sebab saya nak tanya yang Cik Rania dah beli tiket bas saya ke belum? Sebab kalau Cik Rania dah beli, saya nak tanya pukul berapa bas bertolak." ujar Safya di dalam talian.

"Sa-saya tak beli lagi tiket bas awak. Nanti esok baru saya beli." Rania bangun dari duduknya. Kaki mula melangkah menuju ke arah meja solek.

"Ouh kalau macam itu tak apalah, Cik Rania. Lagi satu saya nak tanya yang Cik Rania nangis ke?" soal Safya lagi, di dalam talian.

"Tak. Saya tak menangis pun, dahlah saya letak dulu. Assalamualaikum." Punat berwarna merah ditekan, Rania meletakkan telefon di atas meja solek. Nafas berat terlepas juga daripada mulut.

Rania terlalu penat untuk semua ini.

.

MATA Faliq daripada tadi tidak lepas daripada memandang fail yang berada di hadapannya. Sesekali Faliq menyelak setiap helaian kertas. Bibir terkumat kamit membaca maklumat yang tertera di dalam fail tersebut.

  Faliq terus mengangkat mukanya bersama dengan kerutan di dahi apabila pintu diketuk dari luar. Faliq bangun dari duduknya. Kaki mula melangkah menuju ke arah pintu. Tanpa teragak agak , Faliq memulas tombol pintu tersebut. Figura Rayyan mula menyapa pandangan matanya.

"Eh..tak tidur lagi ke?" soal Faliq lalu mendukung tubuh kecil Rayyan. Rayyan pula hanya menggeleng perlahan sambil menggosok matanya.

"Kenapa taknak tidur?" soal Faliq lagi dengan nada yang lembut. Anak mata Faliq tidak lepas daripada memandang Rayyan yang berada di dalam gendongannya.

"Tak ngantuk lagi abah..." ijar Rayyan lembut. Faliq hanya tersenyum tipis apabila kata kata daripada Rayyan mula menyapa gegendang telinganya.

"Dah. Rayyan duduk dekat sofa sekejap. Abah nak buat kerja jap." Tubuh Rayyan diletakkan di atas sofa. Rayyan hanya memandang figura Faliq yang sudahpun mengorak langkah menuju ke arah meja kerjanya.

"Kalau Rayyan nak tidur dulu, Rayyan tidur je. " Ujar Faliq lalu mengambil tempat di atas kerusi miliknya. Pen yang berwarna hitam diambil.

"Habis , kalau Rayyan tertidur. Nanti , siapa nak dukung Rayyan?" soal Rayyan polos. Faliq yang sedang menulis sesuatu di atas kertas kosong berwarna putih terus mengangkat mukanya memandang Rayyan.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now